About Me

Tuesday, July 26, 2011

...tiada...

Apa yang anda rasa bila terjadi sesuatu secara.....
TIBA-TIBA....?

Mesti rasa surprise.
Tapi bukan semua benda yang berlaku secara TIBA-TIBA ni menggembirakan.

TIBA-TIBA.
Bermaksud 'sesuatu' yang muncul secara mendadak lagi mengejutkan.
Dan adakala 'sesuatu' itu yang kita tak jangkakan sama sekali.

Sejak kebelakangan ni, Moon menyaksikan satu demi satu situasi TIBA-TIBA ini.
Situasi yang berlaku pada insan-insan di sekeliling Moon.
Hingga membuatkan hati ini.....
sayu.

TIBA-TIBA.....
seseorang yang selama ini dianggap 'sakit' dan tidak pernah bersuara,
boleh berbicara dan bercerita. 

TIBA-TIBA.....
seseorang yang tegap berdiri, longlai terduduk apabila disahkan sakit.
Malah, sudah berada di peringkat terakhir.

TIBA-TIBA.....
tanpa sebarang tanda dan isyarat, 
seseorang kehilangan orang yang disayangi buat selama-lamanya.

TIBA-TIBA.....
seseorang disihirkan hingga menderita.
Berserta bukti, rupanya jiran sebelah rumah punya angkara.

Moon sedar.
Keadaan TIBA-TIBA ini boleh berlaku pada Moon.
Dan mungkin bakal berlaku.

Bersediakah hati ini?

~end~

Monday, July 4, 2011

...menGira deTik...

Sebenarnya, susah nak buat sesebuah novel.
Susah sebab:
=> nak cipta watak-watak yang tak wujud.
=> mereka peristiwa-peristiwa yang tak pernah berlaku.
=> wujudkan pelbagai konflik yang merencahkan lagi cerita.

Kepala boleh biol nak fikir semua ni.
Huhuu......

Teringat zaman sekolah masa buat karangan.
Rasa senang je nak buat.
Dah la pendek. Ringkas pulak tu.
Sekejap je dah siap.
(Ceh! Berlagak la pulak)

Zaman sekolah dulu, kalau tak buat karangan analogi, memang tak sah.
Yang paling popular karangan bertajuk AKU SEBATANG PEN.
Senang sangat nak buat.
Kacang boncis!

Tiba-tiba Moon rasa macam nak buat karangan analogi macam zaman dulu-dulu.
Tapi bukan kisah pen.
Moon nak cerita pasal jam.
Tajuknya AKU SEUTAS JAM TANGAN.
Heheee.....

Aku dilahirkan sebagai jam tangan.
Badanku diperbuat daripada besi berwarna hitam.
Mukaku bulat dan ada jarum yang menunjukkan waktu.
Aku direka untuk dijual kepada pelanggan yang berminat untuk membeliku.
Ramai yang memujiku cantik.
Apatah lagi aku ditempatkan di ruangan khas dalam rak berkaca.
Di situ aku mendabik dada menayangkan kecantikanku.

Pada suatu hari, seorang gadis datang ke kedai tuanku.
Dia mahu membeli kasut.
Setelah mendapat kasut yang diidamkan, penjual memberitahunya tentang promosi baru.
Pelanggan boleh membeli jam tangan di situ dengan harga yang murah selepas membeli kasut.
Lalu, gadis itu memerhatikan jam tangan di rak kaca.
Alangkah gembiranya apabila dia memilih aku.

Rupa-rupanya, dia membeliku bukan untuk dirinya sendiri.
Tetapi sebagai hadiah hari jadi untuk seorang kawannya.
Pada mulanya aku teruja kerana bakal dimiliki seseorang.
Malangnya, aku tidak diendahkan tuan baruku itu.
Kini, aku tidak tahu di mana aku berada.
Suasana sekelilingku gelap gelita.
Aku berdoa suatu hari dia sudi dan membenarkan aku memeluk pergelangan tangannya.
Aku mahu berbakti kepada tuanku sebaik-baiknya.
Dan harapanku agar dia juga menghargaiku.

-*-*-*-*-*-*-

Agak-agaknya, berapa bintang cikgu nak bagi bila baca karangan ni?
Hehehee.....

~end~

Friday, July 1, 2011

...tak bisa...

TUNJUKKAN AKU - BONECA
Muzik dari jiwa
Lagu dari hati
Cerita sepurnama
Canda dan menangis

Belum ku selami

Caturan terjadi
Lelah dipukul badai
Apa mungkin terlerai?

Oh...


Soalan tersendu

Balas hampa bisu
Tuhan, tunjuk sesuatu
Apa dia yang satu itu...
Tunjukkan aku...

Tunjukkan aku...

Apa bisa ku cinta kamu seperti mana
Aku dicinta kamu
Aku dijaga kamu
Atau kamu terlalu
indah buat diriku
Bidadari diriku
Aku pun tak menahu
 
Soalan tersendu
Balas hampa bisu
Tuhan, tunjuk sesuatu
Apa dia yang satu itu...
Tunjukkan aku...

Tunjukkan aku...

Apa bisa ku cinta kamu seperti mana
Aku dicinta kamu
Aku dijaga kamu
Atau kamu terlalu
indah buat diriku
Bidadari diriku
Aku pun tak menahu


Aku pun tak menahu... 3x

Apa bisa ku cinta... 3x
Tuhan tunjukkan aku... 3x

-*-*-*-*-*-*-


Cuba bayangkan......
Moon capai sebuah gitar tong kaler coklat tua.
Dan duduk di atas kerusi berkaki tinggi.
Lampu sorot menata cahayanya hanya pada Moon.
Suasana sekelilingnya kelihatan suram.
Tali gitar tu Moon petik dan alunkan melodi indah.
Pastu bergemalah suara Moon mendendangkan lagu ni.
Pergghhh......

Ahahhahaa......
Banyak beranganlah Moon ni.
Nak pegang gitar pun kekok cam pegang handle basikal.
Ada hati nak nyanyi macam Yuna.
Blah la woi. =P

Berbalik pada fokus.
Best kan kalau ada orang sayang kita lebih dari kita sayang dia?
Kita dapat lebih banyak kasih sayang. 
Heheee......
Tapi tak best jugak.
Lebih banyak memberi lebih baik daripada menerima sebenarnya.
Bukankah cinta seharusnya saling melengkapi?

~end~