About Me

Wednesday, January 26, 2011

seMuanYa LEBIH !!!

Wah seronoknya......
KARNIVAL KARANGKRAF bermula lagi!
Nak tahu apa yang best?
Baca ni:

Kali ini lebih banyak DISKAUN, lebih banyak AKTIVITI, lebih banyak GAME, lebih banyak HADIAH, lebih ramai ARTIS, lebih ramai PENULIS buku, lebih banyak BOOTH majalah + buku-buku dan lebih lebih lebih MERIAH!

Dato’ Seri Utama Dr. Rais Yatim, Menteri Penerangan, Komunikasi & Kebudayaan akan merasmikan pada 29 Jan 2011, jam 9.30 pagi di Pentas Utama Karnival Karangkraf.

Antara aktiviti2 menarik daripada Grup Majalah Karangkraf:

=> Persembahan artis Adam AF, Fazley Zainal, Haiza, Siti Nordiana.
=> Demo pertunjukan ular oleh Jabatan Perkhidmatan Awam.
=> Pameran Piala Malaysia & Piala Suzuki yang dimenangi Malaysia.
=> Demo dan aktiviti pentas setiap majalah terbitan Karangkraf.
=> Sambutan NONA yang ke 25 tahun.
=> Saringan Pencarian Gadis Bintang Kecil.
=> Penampilan khas Dewi Remaja.
=> Penampilan khas Finalis Pencarian Maskulin 2011.
=> Lucky Draw.
=> Diskaun sehingga 30% bagi majalah-majalah Karangkraf.
=> Bagi yang melanggan majalah Karangkraf layak memenangi Perodua Alza.
=> Penampilan Eric Leong bersama majalah Impiana.
=> Pameran istimewa kereta mewah terpanjang.
=> Penampilan grup motor besar Ladies Bike.
=> Beli sebarang majalah, buku berjumlah RM30 dan senaskah sinar harian layak menyertai peraduan teka dan menang Sinar Harian.
=> Pameran Islamik Uzbekistan di Bangunan Baru Kumpulan Media Karangkraf.

Dan aktiviti Grup Buku Karangkraf pulak:

















So datanglah memeriahkan suasana lagi.
Mesti ia akan jadi kenangan manis dalam hidup.

Macam kejadian yang Moon lalui hari tu.
Pertama kali dalam sejarah Moon join tournament boling.
Tak ada la terror sangat. Boleh la.....
Moon dapat tempat ke 17 daripada 72 team yang masuk tournament tu.
Tu kira permulaan yang baik. Kan....? Huhuu.....
Walaupun balik tanpa apa-apa hadiah, tapi Moon bawa sebuah memori yang indah.




















kam kam tu me!
chumel nyer nama team ni. hehee..... 
(^_^)v

~end~

Tuesday, January 11, 2011

...janGan FikiRkannYa...

Pejam celik pejam celik..... dah tahun 2011.
Sekejapnya masa berlalu.
Nasib baik umur masih maintain. Hehee..... =P

Sempena kedatangan tahun baru ni, kita layan lagu ni.
Kalau nak tahu, lagu ni lagu wajib Moon setiap kali pergi karaoke.
Tak selalu pun Moon karaoke.
Dalam setahun 3-4 kali je. Huhuuu....
Suara Moon merdu syahdu sangat.
Kalau ada komposer yang dengar karang dia melamar Moon jadi artis pulak.
Dah tak ada masa nak mengarang novel nanti.
Tu yang tak nak tu. Ahahhaaa.......

Jom karaoke lagu ni..... (^_^)v

JANGAN PERNAH BERUBAH - ST12
Biarkan waktu teruslah berputar
Mencintai kamu penuh rasa sabar
Meski sakit hati ini kau tinggalkan
Ku ikhlas untuk bertahan

Cintaku padamu begitu besar
Namun kau tak pernah bisa merasakan
Meski sakit hati ini kau tinggalkan
Ku ikhlas untuk bertahan

 
Kau meninggalkan ku tanpa perasaan
Hingga ku jatuhkan air mata
Kekecewaan ku sungguh tak berarah
Biarkan ku harus bertahan

Jangan pernah kau cuba untuk berubah
Tak relakan yang indah hilanglah sudah
Jangan pernah kau cuba untuk berubah
Tak relakan yang indah hilanglah sudah

Kau meninggalkan ku tanpa perasaan
Hingga ku jatuhkan air mata
Kekecewaan ku sungguh tak berarah
Biarkan ku harus bertahan

Jangan pernah kau cuba untuk berubah
Tak relakan yang indah hilanglah sudah
Jangan pernah kau cuba untuk berubah
Tak relakan yang indah hilanglah sudah

Jangan pernah kau cuba untuk berubah
Ku relakan yang indah dalam hatinya

-*-*-*-*-*-*-

Kita amat berharap seseorang yang kita sayang tak berubah.
Juga tak berpaling arah.
Tak ada sesiapa yang sanggup berdepan dengan insan tersayang.....
sedangkan di hatinya telah hilang segala keindahan yang pernah dicipta.

~end~