About Me

Saturday, June 29, 2013

KELANTAN vs JOHOR DT


Piala FA 2013 mempertemukan....
KELANTAN dengan JOHOR DARUL TAKZIM.
The Red Warrior dengan Southern Tiger. 
Gomo Kelate Gomo dengan Luaskan Kuasamu Johor. 
Pantai Timur dengan Selatan.
Kota Bharu dengan Johor Bahru. 
Pantai Cahaya Bulan dengan Desaru. 
Nasi kerabu dengan nasi beriani gam.
Pesta wau dengan pesta layang-layang.
Tarian mak yong dengan tarian zapin.
Dikir barat dengan ghazal.
Apa lagi....?

Semua tahu Kelantan juara piala FA 2012. 
Dan dah tentu la Kelantan nak pertahankan gelaran tu. 

JDT yang mengaum kuat musim ni tiba-tiba datang mencabar. 
Rasa-rasa mampu ke?
Memang la JDT ada barisan bintang. 
Tapi tu belum menjamin JDT mampu mencabar TRW.
Apatah lagi dalam minggu ni JDT ada 3 match. 
Dia orang dah guna banyak tenaga. Letih kot.
Mungkin sebab tu TMJ nak reward 2 best player kalau JDT menang. 
Nak naikkan semangat diorang. 

Agak-agak siapa menang? TRW atau JDT?
Moon orang Johor.. dah tentu la support JDT. 
Tapi sejujurnya Moon rasa Kelantan menang. 
Kelantan dah biasa ke pentas final. Mungkin ada kelebihan kat situ. 
Apatah lagi bila JDT tak 100 peratus cergas. 
Entah la.... Moon rasa Kelantan yang menang. 
Tapi Moon tetap berharap ada keajaiban berlaku dan JDT merampas tahta Kelantan. 
Amin amin amiiinnnn....

Jangan lupa pentas pertarungan akhir di Stadium Bukit Jalil. 
Sabtu 29 Jun 2013 jam 8.45 malam. 
Di situ la penentu. 
The best man win!

Anyway congratz untuk TMJ yang menginspirasikan team JDT. 
TMJ yang mula menggerakkan kemajuan bola sepak Johor. 
Banyak yang TMJ improve. 
B.O.S pulak mencetuskan gelombang chanting yang gemuruhkan semangat. 
Dan kerana ini la yang menyatukan rakyat Johor. 
Semua bersatu hati. 
Luaskan kuasamu Johor!

~end~



Wednesday, June 12, 2013

...kamu kamu kamu ADA...

Dua tiga menjak ni Moon asyik dengar lagu ni je.
Ulang berulang-ulang. 
Syok kot.





KERANA KAMU - EZAD
Luka Terubati
Saat Hadirmu Isi Hidupku
Kau Balut Luka Di Masa Laluku

Badai Telah Berlalu
Kau hapus Semua Dari Hatiku
Terhempas Perih Ini Berlalu
Kau Balut Luka Di Masa Laluku

Aku Bahagia
Kamu Kamu Kamu Ada
Semua Sakit Ini
Terhenti Oleh Cintamu

Tak Ada Lagi
Luka Luka Luka Di Hatiku
Senangnya Hatiku
Kerna Ku Mengenal Kamu


Badai Telah Berlalu
Kau hapus Semua Dari Hatiku
Terhempas Perih Ini Berlalu
Kau Balut Luka Di Masa Laluku

Aku Bahagia
Kamu Kamu Kamu Ada
Semua Sakit Ini
Terhenti Oleh Cintamu

Tak Ada Lagi
Luka Luka Luka Di Hatiku
Senangnya Hatiku
Kerna Ku Mengenal Kamu



-*-*-*-*-*-*-

Best kan kalau lepas kita kecewa bercinta, dapat pengganti yang lagi bagus 40 ribu kali ganda daripada ex kita tu. Huhuu....
So jangan risau kalau putus cinta. 
Mesti ada yang sanggup ubati luka hati kita. 
Dan kita kena percaya yang Allah akan berikan kita yang terbaik. 
Paling baik.

~end~