About Me

Tuesday, September 22, 2015

...superhero GARBAGEMAN...

dalam kelas di sebuah sekolah rendah. 
cikgu suruh murid-murid lukis gambar super hero pujaan. 
habis kelas semua hantar.

cikgu tanda markah.
superman : 8/10
spiderman : 7/10
magnetman : 7/10
garbageman: ???

"dalam banyak-banyak super hero dia nak jadi garbageman dah kenapa? main-main..!!" cikgu rasa marah.

cikgu cari murid yang nak jadi garbageman tu. 
tak jumpa. 
dia jumpa kawan sekelas budak tu.

"dia dah balik, cikgu. dia pergi satu tempat."
"dia pergi mana?" cikgu hairan.

lalu terbongkar la rahsia.

budak yang nak jadi garbageman tu setiap hari lepas habis kelas terus jumpa mak dia. 
mak dia kerja tukang sapu sampah. 
dia akan tolong mak dia. 
bila cepat siap, boleh la mak dia balik rumah cepat-cepat. 
dia kesian kat mak dia. 
mak dia pernah kena langgar kereta masa tengah sapu sampah sampai kena operate lutut.

dia bercita-cita nak cipta alat yang dapat bantu mak dia buat kerja dengan cepat. 
dia jugak nak cipta alat yang buat mak dia selamat masa menyapu sampah. 
sebab tu dia nak jadi garbageman.

cikgu sebak dan bangga dengan murid yang berhati mulia tu. 
terus dia bagi markah 10/10.

saya: nanges.

~end~

Thursday, September 17, 2015

...acah-acah baju MERAH...

nak tahu tak?

orang melayu ni tak boleh tengok bangsa sendiri berjaya.
dibomohkan - disantau - disailang - didengki - difitnah.

orang melayu jugak la yang bila kaya sikit dah sibuk beli kereta besar, rumah besar, berlagak besar, tambah bini... pastu melingkup.

dan sekarang ada hati nak salahkan bangsa lain.
siap buat perhimpunan baju merah.
acah-acah mempertahankan maruah melayu katanya.
maki-maki bangsa lain.

nak salahkan bangsa lain 100% tak boleh jugak der. 
kena tengok orang melayu tu sendiri macam mana pulak. 
kenapa cina kaya? 
sebab rajin. 
kenapa melayu miskin? 
sebab kurang rajin. 

melayu dengan cina mana yang lagi ramai hisap dadah? 
sendiri jawab.
melayu dengan cina mana yang lagi suka melepak berpoya-poya merempit?
jawab la sendiri.

so nak racist jugak ke? 
nak salahkan bangsa lain ke?
nak banggakan sangat bangsa sendiri ke?

setiap bangsa ada baik dan jahatnya. 
tak payah la nak sebut-sebut tentang bangsa lain kalau bangsa sendiri ke laut.
Tuhan jadikan pelbagai bangsa supaya kita berkenalan.
mana yang baik dari sesuatu kaum dan bangsa kita ambil jadikan pengajaran.
so masih nak racist lagi ke gais..?

*sekadar secebis pandangan.*

~end~

Tuesday, September 15, 2015

... pelik tak?...

pelik tak?
nak derma RM50 rasa banyak sangat.
tapi
nak shopping RM50 rasa sikit pulak.


pelik tak?
nak sedekah punya la susah.
tapi
nak membazir rasa senang je.


pelik tak?
nak belanja keluarga berkira-kira.
tapi
untuk diri sendiri tak cukup-cukup.

pelik tak?
makin kaya
tapi
makin kedekut.

pelik tak?
nak memberi mengungkit-ungkit.
dah memberi pun mengungkit-ungkit.

sebab...
itu tanda kufur nikmat.
balasannya...
Allah akan beri sepedih-pedih azab.

******

p/s:
ni untuk peringatan bersama.
untuk diri saya sendiri sebenarnya.
bukan nak tujukan pada sesiapa.
bukan nak perli sesiapa.
kalau semua benda nak menyindir orang, sampai bila-bila kita rasa diri sendiri je yang bagus.
susah kalau jadi orang yang rasa diri sendiri mulia ni.
tak elok perangai macam tu.
bukan orang je yang meluat, Allah pun benci.

tak salah kan saling mengingati?


~end~

Wednesday, September 9, 2015

...pray for SYRIA...

pergolakan di syria membuatkan rakyatnya lari mencari tempat tinggal di negara-negara jiran.
salah satunya negara hungary.
pelarian syria terpaksa ke sana demi kelangsungan hidup.

malangnya negara hungary tak terima pelarian syria ni.
ketika mereka melepasi sempadan negara itu, ramai polis hungary dah menunggu.
wartawan, photographer, videographer semua tunggu kat situ nak buat liputan.

sekumpulan pelarian syria tetap membolos ke sempadan.
polis hungary cuba nak tangkap mereka.
ketika kecoh-kecoh begitu, ada jurukamera perempuan sepak kaki seorang lelaki tua.
lelaki tua yang dukung budak-budak tu terjatuh.
sungguh keji perbuatan jurukamera tu.

dilaporkan dia dipecat dari syarikat tempat dia kerja.
sebab perbuatan dia tu dah melanggar etika kewartawanan.
malah memalukan!
sebak bila tengok lelaki tua yang jatuh tu.
tengok la video ni. 




rasa sedih mengenangkan umat Islam sekarang ni.
ada tanah air sendiri tapi terpaksa jadi pelarian.
tanah dirampas orang kafir.
dihalau diseksa dibunuh.
kisah seorang kanak-kanak ditemui mati di perairan turki masih tak dapat membuatkan dunia membantu rakyat syria.

jadi, apa lagi?
bagaimana lagi supaya pemimpin dunia terutama pemimpin negara islam nak buka mata?
lebih-lebih lagi negara jiran syria... benua arab.

moga Allah sentiasa memelihara hamba-hambaNya.
moga apa yang jadi ini ada hikmah.
aminn...

Tuesday, September 8, 2015

...harimau MALAYAng...

malam ni malaysia lawan lagi untuk kelayakan piala Asia.
ni perlawanan ke 4 malaysia dalam grup.
lawan dengan Arab Saudi.
3 perlawanan sebelum ni 2 kalah 1 seri.
kalah paling teruk hari tu lawan dengan UAE.
kalah 10 - 0 bak  hang...!!
huhuhuu....

terkejut ke malaysia kalah? 
tak terkejut la. 
saya akan terkejut kalau malaysia menang. 
herherr....

nasib baik kalah 10 - 0. 
kalau kalah 2.6B - 0 lagi la malu.
eh! apa la cakap gitu. 
tak baik taw.

saya tengok live streaming masa lawan dengan UAE hari tu. 
bola malu-malu pun boleh gol. 
goal keeper sampai 3 orang tukar. 
pertama kali dalam sejarah kot.
tiga-tiga keeper pun bolos jugak.
hadoyaaaiii....

coach punya alasan kalau kalah biasa la. 
asyik nak ber DOLLAH-DALIH je. 
dan sekarang dia dah letak jawatan.
FAM pulak acah-acah FAMfair (fun fair) punya pengurusan. 
kata presiden dia akan letak jawatan.
AKAN okey? belum letak jawatan lagi.
nak letak jawatan pun macam-macam pulak dia punya terma & syarat.
patutnya bukan setakat letak jawatan.
tapi kena rombak betul-betul rombak.
31 tahun mengurus tapi ranking dunia? menjunam-junam.

players pun poyo jugak. 
main macam tak ada roh.
control bola tak pandai.
asyik kena tackle je dengan pasukan lawan.
bola tak lekat kat kaki.
passing bola ke laut.
main long ball bodoh. 
don't play-play la players.
padan la kalah sampai 10 - 0.
tactical hancur..!!

mungkin ada yang kata kalah sebab main kat tempat lawan.
ok... kita tengok malam ni.
coach ong kim swee.
main kat stadium shah alam.
nampak macam ada harapan.
tapi kalau kalah jugak, salam takziah la untuk bola sepak malaysia.

kita layan video ni. 
sesuai untuk pasukan yang kalah.
bukan pada players je.
dengan coach, dengan semua yang ada dalam FAM termasuk presidennya memang patut kena cepuk bertubi-tubi.



~end~

Friday, September 4, 2015

...karnival usahawan desa KUD...


ok gais....

ni nak bagi tahu ni.
kat presint 3 putrajaya ada KUD.
Karnival Usahawan Dewa.
macam-macam booth ada.
dari 2 - 6 september 2015.

yang penting booth karangkraf pun ada.
banyak betul aktiviti kat situ.
happeninggg...!!
nak tahu aktiviti apa, siapa yang datang kat karnival tu... tengok la poster-poster kat bawah ni.
kalau tak nampak tulisan dia, klik je kat gambar.
membesar la gambar-gambar tu nanti.
so datang la ke karnival tu.
cari booth karangkraf.
siapa tak datang rugi teruk la dia.
huhuhuu....

dan saya pun ada jugak!
saya ada pada 5 september 2015 hari sabtu.
dari pukul 12.00 tengah hari sampai pukul 2.00 petang.
kalau sudi datang la. 
kalau sudi la. 
kalau laa...




ni poster sayaaaaa.....!!! ( ^_____^ )






~end~