About Me

Thursday, February 6, 2020

...semangat baru di tahun baru...

Selamat tahun baru 2020!

Dah bulan 2 baru nak ucap selamat tahun baru. 
Ekekekekee...
Sibuk sangat-sangat sampai tak sempat nak update apa-apa kat blog.
Sekarang baru rasa ada masa nak menulis.

"Apa yang disibukkan sangat tu?" soal netizen prihatin.

Sibuk buat editing dan buat design buku untuk penulis-penulis yang terbit sendiri.
Sibuk menulis novel sendiri juga.
Sibuk siapkan skrip bicara berirama untuk sekolah lagi.
Haa... sekarang saya buat skrip bicara berirama tau.
Atas permintaan guru-guru sekolah yang mahu guna khidmat saya, maka saya terjebak dengan penulisan skrip ni. 
Seronok sebenarnya buat bicara berirama ni. 
Otak kena kreatif dan pandai bermadah.


Salah satu skrip bicara berirama yang saya buat. Yang terkini.

Dan yang terbaru saya edit dan design dua buah novel. 
Satu novel seram, satu lagi novel cinta.
Novel seram tajuknya Lelaki Exit 217 karya Lynn Dayana. 
Novel cinta tajuknya Bahasa Kalbu Reload karya Pena Kayu.



Layout yang simple tapi padu untuk novel genre seram. Seram kan?

Nak baca sinopsis novel Lelaki Exit 217?
Nah...

Ferhad. Lelaki yang muncul dalam lena. Bermaharajalela juga di dalam jaga. Benar-benar melumpuhkan tampuk pemerintahan jiwa Riya.

Tapi menurut Syafiq, Ferhad itu tidak wujud. Tiada di alam nyata. Tidak wujud sebagai manusia normal seperti mereka.

Jika begitu, siapa yang mengelap pipi Riya ketika dia sedang berduka? Dengan siapa dia bercerita kisah hidupnya dalam episod yang panjang berjela.

Hantu?
Bunian?
Makhluk asing?

“Apa yang kita nampak itu tak semestinya betul, Riya. Mungkin halusinasi. Mungkin mimpi. Mungkin air sirap you anggap air kopi.” Ferhad ketawa dan mengenyitkan matanya.

Riya terpaku. Ferhad memang memeningkan kepala.

“Jangan hidup dalam alam khayal kau, Riya. Sampai mana yang betul, mana yang tidak… kau hentam keromo letak dalam satu gua. Lepas tu bila malam tiba, segala benda keluar dari gua tu dan kau lari tak cukup tanah.” Bicara sinis Syafiq menjengkelkan tapi seperti benar.

Tuhan, siapa sebenarnya lelaki di Exit 217 ini? Mengapa mengganggu setiap detik nadinya berlagu?



Macam best kan? Nak order bolehlah WhatsApp nombor dalam poster ni:




Dan novel cinta pula bertajuk Bahasa Kalbu Reload.
Ini design yang saya buat untuk layout novel ni.


Untuk novel design kena mendayu. Daun berguguran gitu...
Cover yang comel...

Meh kita baca sinopsis novel ni:

Bertahun Zalia hidup terasing di luar negara. Hidupnya tenang-tenang sahaja selama ini, sehinggalah syer miliknya dalam Merbayu Engineering, jadi rebutan dua lelaki gila kuasa. Farhan dan juga Farouk. Memandangkan bisnes bunga rose keluarganya sangat memerlukan dana besar, Zalia menjual syer miliknya pada Farhan dan tawaran Farouk ditolak. 


"Awak tolak tawaran saya dan kemudian terima tawaran Farhan. Awak belum kenal Farhan, Zalia. Dia gila." - Farouk 

Farouk betul. Farhan dua kali ganda gila. Semua staf syarikatnya lelaki. Dari tingkat bawah sampai tingkat atas, semuanya kumbang. Farhan juga ada anak perempuan. Masih kecil. Namanya Seera. Masalahnya, Farhan itu belum berkahwin. Habis tu, Seera anak siapa? Terlalu banyak aura gelap dalam diri Farhan. Farhan terlalu menyakitkan dan rumit. Tetapi kenapa semakin Zalia mengenali Farhan, semakin dia dibenarkan menyentuh hati lelaki itu? Kenapa Zalia rasa, semua aura gelap Farhan sekadar penyamaran menutup hatinya yang koyak dua sejak kecil? 

"Belum tidur?" Farhan menyapa. Tubuh tegapnya nampak semakin tinggi. 

"Belum." 

"Kenapa?" Zalia tidak punya jawapan. Farhan yang sedang melangkah mendekatinya membuat jawapannya terbang ke langit. Bau asap rokok pula semakin kuat. Dia tahu Farhan bukan perokok. Jadi dia sangat tak faham kenapa lelaki itu berjinak-jinak dengan rokok. 

"Awak hisap rokok." 

Farhan berhenti melangkah. Sorotan matanya tajam menikam Zalia. Kemudian jari tangannya naik menguis tali halus gaun tidur Zalia. Biar melurut jatuh dari bahu Zalia. 

"Ya," akuinya kemudian. Matanya masih milik Zalia. 

"Kenapa?" 

"Sebab awak." Terlalu banyak versi Farhan. Terlalu banyak luka yang disembunyikan, sedangkan Zalia mahu melihat Farhan yang sebenar. Bukan Farhan yang memakai topeng penyamaran.
"Awak tak boleh suka saya, Zalia." Farhan tunduk melihat sepuluh jarinya. Ada kesalan pada wajahnya.

"Sebab jiwa saya dah lama rosak."

Best jugak kan? Nak order boleh klik link ni:
https://wasap.la/rumahpk

Okey, sesiapa nak terbit buku atau novel dan perlukan editor dan juga designer, boleh hubungi saya di e-mel murni.aqila@gmail.com
Yang nak buat skrip bicara berirama pun boleh juga hubungi saya.
Insya-Allah rate yang saya caj sangat-sangat rakyat marhaen.
Terima kasih.

~end~

No comments: