About Me

Monday, October 25, 2010

uNtuk diA..... keRana ciNta













 


Dia.....
Dulu dia punya hati yang ingin dikasihi. Dia juga amat pengasih.
Bertemu cinta kala dia merasakan keindahannya mengasyikkan.
Dia larut dalam cinta yang dicipta bersama perasaan rindu.
Segala-galanya begitu sempurna dan menyempurnakan hidup dia.

Tapi bentuk cinta itu ada tajam di hujungnya.
Amat menyakitkan kala tertikam di hati.
Curang. Tak setia. Khianat. Tiada kejujuran..... semua itu jadi duri.
Dia memendam rasa kecewa hingga tercetus api yang membara.

Di celah-celah hati dia mula muncul sebuah dendam.
Ingin dibalas kekecewaan yang melumpuhkan seluruh kudratnya.
Setiap jiwa akan merasa kepedihan yang pernah dia rasa dulu.
Satu demi satu hati dilukai..... demi mentertawa sebuah cinta yang dipermainkan.
Dan hati yang telah dilukai itu turut menyimpan dendam yang sama.
Dilukai hati yang lain pula sehingga sama berdarah seperti hatinya.
Hati yang lain juga begitu. 
Kerana sudah terluka, ingin pula melukakan.

Di mana ia akan berakhir?
Di mana tempat ia berpenghujung?
Insan..... tiada lagi berjiwa suci, yang membawa cinta semerah hati.

Dia.....
Jangan biar luka di hati terus berdarah.
Usah biar kekecewaan dulu membayangi setiap langkah.
Melukakan takkan dapat merawat parah yang dia pernah alami.
Hati yang luka itu penawarnya hanya kasih sayang..... bukan kebencian.
Kerana cinta menjadi berharga andai tidak pernah memiliki.
Saat dia tidak menemukan cinta lagi, jangan pernah mengharap ia akan kembali.

~end~

Wednesday, October 20, 2010

...beR + ubaH + Lah...

Setelah bertahun-tahun......
Bertemu semula dengan member-member 1 sekolah dulu.
Rasa macam tak percaya je boleh jumpa balik. 
Semuanya kerana dipisahkan oleh masa dan jarak.

Bila jumpa, antara ayat yang kerap Moon dengar:
"Kau tak berubah. Sama macam dulu."

Moon berkerut dahi memikir.
Betul ke Moon tak berubah? Rasanya dah banyak transformasi berlaku pada Moon.
Dari segi fizikal kot. 
Tapi takkan Moon sama kecik, sama comel dengan muka naif giler macam dulu-dulu jugak?
Ahahahhaaa...... memang tak patut.

Terus terang.... sejujurnya Moon nak dengar diorang cakap:
"Iskhh..... lainnya kau sekarang. Dah tak macam dulu."

Mungkin ada yang tak setuju dengan pendapat Moon ni. 
Mesti ada yang lebih suka kalau dikatakan masih seperti dulu.
Terpulanglah pada diri masing-masing.

Bagi Moon, apa salahnya berubah kalau yang positif.
Dan sebenarnya Moon dah berubah, tak macam dulu.
Moon bukan lagi orang yang akan mengulangi kesilapan lalu.
Juga sedang memperbaiki kelemahan dan kekurangan diri.






















~end~