About Me

Monday, April 12, 2010

meLUKAkan vs meMAAFkan

Lama Moon termenung merenung skrin komputer.
Tak tahu nak mulakan mukadimah ni dengan ayat apa.
Kalau ikutkan hati, nak tulis semuanya kat sini.
Semuanya. 
Tanpa ada yang tertinggal walau satu huruf.

Salah satu tujuan ada blog nak luahkan perasaan. Kan?
Tapi Moon belum setega itu.
Ada satu sudut dalam hati ni yang Moon dah kosongkan untuk memendam segala-galanya.
Cukuplah Moon sorang yang tahu.

Cuma Moon nak katakan bahawa...
Betapa memaafkan itu perkara terindah.
Walau dilukakan. Kemudian dilukakan semula. Dan dilukakan lagi...

Tentu saja memaafkan sebenarnya tak menyelesaikan masalah. 
Hati yang dah terluka takkan sembuh sebaik-baik memaafkan.
Peristiwa pahit itu terlalu mustahil akan lenyap dari fikiran.
Air mata sentiasa bergenangan kala terimbas saat dilukakan.
Keadaan seperti asal tak mampu dikembalikan semula.
Betapa pun kemaafan itu diturunkan bagaikan salji. 
Tak mungkin...


Tapi Moon dengan rendah hati memaafkan.
Kerana sesungguhnya...
Kemaafan itu perbuatan yang lebih dekat dengan takwa.

~end~