About Me

Wednesday, January 21, 2009

...LaGu UnTuKmU...

Lagu merupakan salah satu arkib yang luas dalam pencarian sesuatu ilham penulisan. Moon banyak kali menggunakan kaedah ni ketika nak mencari idea. Moon akan dengar lagu dan menghayati lirik-liriknya yang puitis sambil menelaah pengertiannya. Sebagai penulis, Moon rasa cara begini sangat berkesan. Terutama sewaktu menghayati garapan yang sangat mencabar seperti adegan sedih. Memang payah nak menangis kalau kita sebenarnya sangat gembira.

Kemenangan Meet Uncle Hussain mengungguli Juara Lagu 23 baru-baru ni menerusi Lagu Untukmu, mencetuskan perasaan yang ingin Moon kongsikan bersama. Bait-bait lirik yang melankolik begitu ke dasar definisinya. Apa yang membuatkan Moon kagum, penulis lirik lagu ni ialah Taja dan Tass. Lelaki yang berjiwa rock dalam kelompok indie progresif! Memang kagum! Moon catatkan liriknya di bawah:

Tiada bintang
Dapat menerangkan hati yang telah dicela
Bagai ku lumpuh tak mampu berdiri

Aku tetap begini takkan berubah
Kerana aku tetap aku

Dan alur hidupmu bukanlah aku

Guna hati, akal dan fikiranku
Berbeza engkau dan juga aku
Dua hati yang tak mungkin bersatu

Adakah aku
Hanya boneka yang engkau sering mainkan
Yang dikawal oleh jari-jarimu
Kupunya hati dan perasaan
Pernahkah engkau fikirkan
Cukup cukuplah oh cukuplah

Guna hati, akal dan fikiranmu
Berbeza engkau dan juga aku
Dua hati yang tak mungkin bersatu

Tak tahan tak tahan
Sabarku tak tertahan
Melayan sikapmu perawan

Berbeza berbeza
Kau dan aku berbeza
Kita memang tak serupa
Bebaskan bebaskan
Kuingin dilepaskan
Kita tidak sehaluan

Cukuplah sudahlah
Sampai di sini sahaja
Hubungan kita berdua

Mana bait-bait yang Moon highlight, itulah yang paling Moon suka. Lirik lagu sebenarnya juga sama seperti sebuah novel. Kadang-kadang Moon rasa bosan dengan lirik yang dah biasa digunakan. Dah boleh agak apa yang ditulis dengan mudah. Klise!

Tapi inilah sebenarnya cabaran bagi penulis. Tak mahu karyanya sama seperti orang lain. Tak mahu adegannya sama seperti karya orang lain. Tak mahu cara penyampaiannya juga sama seperti garapan orang lain. Juga tak mahu dialog watak-wataknya biasa diungkapkan penulis lain. Kerana persamaan itu membuatkan ia bosan, kaku, menjengkelkan, tak teruja dan bayangan kelemahan diri penulis itu sendiri.


Susah giler! Inilah yang sedang Moon lakukan. Tak mahu sama seperti orang lain. Tapi boleh ke? Kalau tak sama, hampir-hampir sama pasti akan terjadi juga. Nak nak buat macam mana? Kenalah cabarkan diri juga.


Moon, berusahalah!

Friday, January 9, 2009

...2008 diBaWa pErGi...

Rasanya masih belum terlambat untuk Moon ucapkan Salam Maal Hijrah 1430 dan Selamat Tahun Baru 2009 buat semua pembaca blog Moon. Tahun baru bagi kedua-duanya kali ni hampir serentak. Cuma Moon masih mengharap agar sambutan kedua-duanya dengan cara yang lebih kejiwaan. Pengisian jiwa yang memerlukan 'makanan' itu lebih bermakna daripada menyaksikan letupan bunga api untuk menyedapkan pemandangan malam yang terlalu seketika.

Biasalah... di awal-awalnya mesti asyik tersasul menyebut tahun. 2009 yang sudah berada di depan mata, masih dikatakan tahun depan. Wakakakah... Dan kali ni Moon nak kongsi kenangan 2008 yang telah mewarnai kehidupan Moon.

:Kenangan Manis:

1. Pertama kali dalam hidup Moon dapat menjejakkan kaki ke premis yang diberi nama PENJARA. Wah, kedengaran macam beruntung sangat dapat ke sana. Bukan macam tu... Moon ke sana atas dasar kerja. Jadi, pengalaman yang hanya beberapa jam itu dapat menyaksikan pelbagai kisah hidup yang bergelodak campur baur menjadi rencah kehidupan. Timbul keinsafan yang bukan sedikit di dasar hati Moon.
Penjara Wanita Kajang yang Moon pergi dengan beberapa teman sekerja dan beberapa orang penulis mengingatkan Moon betapa hidup ini mestilah diiringi dengan rasa takut pada ALLAH. Ketakutan itu sekurang-kurangnya mampu mengelakkan diri daripada terjerumus ke lembah durjana. Moon percaya, tak semua penghuni premis itu mahu berada di sana. Dan ada juga yang teraniaya. Namun, pasti di sana ada hikmah yang lebih besar maknanya daripada dunia luar yang terlalu banyak 'dajjal'.

Berdoalah semoga hanya kebaikan yang ALLAH beri pada kita sama ada di dunia, mahupun di akhirat. Kenangan inilah yang Moon rasa paling manis untuk dikenang. Ia bagaikan menyentak bahu Moon yang terlalu banyak ketawa ni. Insaflah kerana kehidupan Moon jauh lebih baik daripada mereka yang berada di sana. Dan berdoalah agar Moon dipelihara-NYA daripada kehinaan itu. Bukan Moon saja, tapi seluruh keluarga Moon juga.

Moon juga ada terfikir... kalaulah Moon dapat mencatatkan kisah riwayat seorang demi seorang penghuni penjara di situ, entah berapa ratus cerita yang boleh Moon garapkan menjadi novel...

2. Pada Julai 2008, novel pertama Moon diterbitkan oleh Alaf 21. Alhamdulillah... tercapai juga hasrat untuk melihat karya sendiri berada di pasaran. Novel Sebutlah Namaku tu Moon anggap sebagai pengenalan untuk Moon melangkah lebih jauh lepas ni. Apatah lagi bila Moon terima komen yang membina daripada kenalan dan pembaca.

Sejak novel tu keluar, barulah Moon merasa tempiasan glamor. Tapi taklah terlalu sangat. Adalah sikit-sikit. Orang barulah katakan. Setakat ni, ramai jugalah yang dah mendapatkan tandatangan Moon yang biasa-biasa tu. Sebagai kenang-kenangan...

Bila dah tengok novel pertama ada depan mata, tak sabar pulak nak tunggu novel kedua. Entah bila agaknya akan menjengah di pasaran. Tunggu...

:Kenangan Pahit:

1. Puas Moon belek-belek diari 2008. Macam tak ada yang pahit aje. Dah tiga kali ulang belek. Masih tak jumpa kenangan pahit tu. Setakat gaduh-gaduh manja, nangis-nangis suka tu... adalah. Itu biasalah, kan? Disebabkan tak ada, Moon bersyukur kerana doa Moon dimakbulkan ALLAH. Moon harap, hanya yang baik-baik saja yang Moon dapat. Begitu juga pada tahun 2009. Amin...
Kesimpulannya, tahun 2008 adalah tahun 9/10 bintang untuk Moon. Kira cemerlanglah, kan? Wahahahaha... Bagus-bagus! Teruskan berusaha!