About Me

Thursday, January 28, 2016

...part time EDITOR...

seronok rasanya bila buat kerja-kerja editing dengan layout ni.
dulu saya memang editor kat alaf 21.
saya amek keputusan berhenti kerja sebab nak fokus buat novel.
selain buat novel saya ada buat bisnes jugak.
so bila kerja, saya macam tak boleh nak buat 3 kerja.
rasa macam serabut kepala.
masa kerja teringat nak buat novel.
bila buat novel terfikir pasal kerja pulak.
tapi bila buat dua-dua tu, kepala otak menerawang mengenangkan hal bisnes.
sebab tu saya decide nak berhenti kerja.

tapi bila kak Hezzy Azra offer nak saya jadi editor cum designer antologi yang dia buat dengan kak Lynn Dayana & kak Dhiya Zafira... rasa excited pulak.
saya tak caj mahal pun.
harga kawan-kawan je. 
herherr...

maka saya buat semula kerja yang pernah saya tinggalkan 2 tahun dulu.
saya buat kerja part time editor.
saya masih ingat lagi ukuran page, margin, susun letak, susun atur semua details.
masih ingat lagi teknik-teknik mengedit, membaca dan sebagainya.

lalu terhasil buku Antologi Cinta Dia karya Hezzy Azra, Lynn Dayana & Dhiya Zafira.
mereka novelis yang dah tersohor dalam arena penulisan novel ni. 
masing-masing dah taraf prolifik.
so saya belanja sikit layout dan editing yang saya buat untuk buku antologi ni.



nama saya sebagai editor, tipografi & reka bentuk. cover pulak designer lain yg buat. ehehehheee...

intro page cerpen kak Hezzy Azra.

layout untuk cerpen kak Hezzy Azra. 

intro page untuk cerpen kak Lynn Dayana.

layout cerpen kak Lynn Dayana.


intro page untuk cerpen kak Dhiya Zafira.

layout cerpen kak Dhiya Zafira.

amacam layout saya?
cantik ke idookk..?
huhuhuu...

saya belanja gambar sikit-sikit je.
nak baca, bolehlah order terus dengan Hezzy Azra, Lynn Dayana atau Dhiya Zafira sendiri.
sebab buku antologi ni tak dijual kat kedai.
print pun tak banyak.
limited edition gitu.
kalau habis, memang takkan reprint lagi.
so cecepat la buat pre-order sebelum 5 februari nanti.

dan sesiapa yang nak part time editor yang boleh buat layout ni semua dengan harga kawan-kawan, bolehlah emel saya di murni.aqila@gmail.com.
(^____^)


~end~

Tuesday, January 26, 2016

...review Gila Tak RINDU...


ini review kak Imaniah Fajaya Othman untuk novel Gila Tak Rindu.
kak iman dah review bulan 12 tahun lepas.
tapi saya ni super duper busy.
tak sempat nak post kat sini.
bila dah tak sempat, lama lama jadi lupa pulak.
adeh! 
(>__<)

siapa yang tak kenal kak iman.
novelis, penulis, peminat novel... mesti kenal.
seorang yang sangat suka baca novel.
sanggup beli novel bertimbun-timbun untuk buat koleksi.
kiranya pembaca tegar novel.

thanks kak iman untuk review yang ikhlas dari hati.
dalam banyak-banyak novel yang kak iman ada, kak iman sudi nak baca novel saya.
ya Allahh... terharu sangat.
hepi giler kot!
tengkiu tengkiu tengkiuuu...

moon doakan kak iman sentiasa sihat dan dirahmati Allah.
masa kak iman admitted sebab denggi, moon tak sempat nak datang melawat.
hanya kirimkan doa dari kejauhan.
moga Allah makbulkan doa moon tu.
amiiinnn...

okey!
berbalik pada review kak iman, ni saya copy paste apa yang kak iman tulis dalam facebook.
agak panjang tapi terasa kejap je baca.
sebab padat dengan apa yang dikomen. 
sila la baca...

"Kredit untuk Encik Chucky yg suggestkan novel ini pada saya untuk dibaca , dia cakap best Kak Iman … mesti kak iman suka … dah lm dia baca , br semalam ku selongkar almari dan cari kerana novel ni dah dibeli pada Penghujung May tahun ini semasa Karnival Karangkraf. Gigih gak dia Ayman beratur untuk ambil tandatangan ngan adik cantik Novelis MuRni AqiLa kerana ku dah lepak di bawah pokok kepenatan kerana ramai sangat org di Karnival itu… Ini kisah benar bukan main2 macam si Risham dan Hazza dalam novel ini yang memainkan hati org , lps tu menyesal kerana tersalah pilih dan leh lak buat jahat untuk merampas semula org yg dulu pernah suka pada mrk . Bangang abadi tul .. elok benor lah 2 2 saling menyimbah akhirnya.

Kerana terlibat dengan We Chat ketika percutian dan janji bodoh untuk bertemu untuk kali pertama setahun kemudian , Risham dan Nomi tidak tahu apa yang terjadi nanti . Dalam masa setahun Risham sudah bersma Kisya yang pada pendapatnya gadis yg cukup sesuai dan perfect untuknya. Nomi pula tidak sabar hendak menemui lelaki itu . Untuk tidak memungkiri janji dan Risham juga merasakan Kisya jauh lebih hebat dr Nomi yang berkerja di butik pakaian itu , Risham telah meminta rakan kolejnya, Adib untuk mengantikan untuk bertemu dengan Nomi, Adib pada mulanya tidak mahu akur kerana Risham berjanji baki hutangnya akan dikira langsai jika dia membantunya . Adib yg bekerja sebagai technician kerajaan yg hanya mempunyai motor lama pergi ke tempat pertemuan itu . Terjadi perkelahian antara Nomi dan Adib kerana ini bukan kali pertama mrk bertemu , mrk pernah bertekak di jalanraya kerana kesalahan yg dilakukan Nomi . mrk saling berbalah kata dan Nomi terus meninggalkan tempat itu , ketika hendak mengundurkan keretanya , Nomi telah terlanggar motor Adib sehingga motor itu terhumbang ked dalam parit dan rosak . Tanpa rasa bersalah Nomi meninggalkan tempat itu dan menyebabkan Adib bengang dan mengugut akan menyebarkan video apa yg Nomi dah lakukan pada motor dia . Nomi takut dan akhirnya dia bersetuju membiayai kos membaiki motor Adib . Tidak semudah itu Adib ingin melepaskan Nomi , sepanjang dia tiada pengangkutan , Nomi dikendaki membawanya dan mengambilnya dr tempat kerja tetap dan partime nya . Sehingga membuatkan Nomi kadang2 letih kerana Adib bekerja sehingga pukul 10.30 malam . Setiap Sabtu dan Ahad juga Adib berkerja dan Nomi tu lah juga drivernya itu. Mereka seringkali bertengkar didalam kereta setiap masa.

Pada suatu hari , Nomi yang baru lepas menghantar Adib ke tempat kerja dan baru sampai ke ofisnya menerima panggilan emergency dari lelaki tersebut dan menyuruhnya terus mengambilnya di ofis … Nomi bengang tambahan lagi Adib menyuruhnya menghala ke highway , akan tetapi apabila tiba di Port Dickson , perpeksi Nomi terhadap Adib mula berubah kerana rupa2nya mak Adib telah jatuh sakit , apabila melihat kasih sayang ikhlas yg ditunjukkan Adib kepada keluarganya , Nomi mula mengagumi lelaki itu , apabila Adib menangis menceritakan kesusahan keluarga mereka selepas bapanya meninggal sehingga menyebabkan dia terpaksa bekerja sambil belajar . Cerita Adib yang dia terpaksa meminjam wang sebanyak 30 ribu untuk membiayaian perbedahan jantung ibunya juga membuatkan Nomi jatuh kesian terhadap lelaki itu … Oleh sebab itu lah Adib terpaksa bekerja part time , lagipun 2 adiknya masih belajar , demi tanggungjawap sebagai anak sulung , Adib rela berkorban .

Hari demi hari hubungan Nomi dan Adib rapat sehingga Adib meminta Nomi membelikan tudung untuk dihadiahkan kepada Hazza rakan sekerja yg dicintainya, Hazza walaupun baik dengan Adib , tetapi dia tidak menyukai lelaki itu kerana lelaki itu hanya menyukai motor , kehadiran Helmi menyebabkan Hazza menerima huluran cinta lelaki itu dan Adib yang belum sempat meluahkan isi hatinya di kad yg dilampirkan bersama hadiah yg dibelinya itu tidak jadi memberinya . Dia kecewa dan meluahkannya pada Nomi , Demi memujuk Adib yg terluka itu , dia mengajak lelaki itu pulang ke Port Dickson . Mak dan adik Adib berkenan dengan keperibadian dan tingkahlaku Nomi yang pada mereka sangat baik dan sopan walaupun cantik..timbul perasaan malu di hati masing2 tambahan lagi apabila keluarga mereka bergurau tentang sikap masing2 yang berubah selepas berjumpa . lama kelamaan cinta mula tumbuh di hati masing2 dan akhirnya mereka saling meluahkan isihati . Apabila sering bertemu dan mereka hampir melakukan perbuatan yang menyalahi agama, Adib bertekad untuk terus meminang Nomi dan mrk akan dikahwinkan dalam masa 1 bulan .. memang betul lah darah manis banyak dugaannya . Risham yang menghadapi masalah dengan Kisya yg kuat cemburu bertemu dengan Nomi teman We Chat itu dan menyesal kerana menyuruh Adib bertemu dengan gadis itu . Kecantikan dan lemah lembut Nomi memikat hatinya tambahan lagi bila dia mengertahui , Nomi bukan pekerja butik , tetapi ownernya . Hazza yang ditinggalkan oleh Helmi selepas habis madu dihirup pula menangis dan dia telah melihat hadiah dan kad yg ingin diberi Adib padanya dahulu , apabila membaca luahan hati Adib , dia menyesal dan mula mendekati lelaki itu kembali. Adib mula dilema mendengar luahan isihai Hazza tambahan lagi akan berkahwin dengan Nomi . Risham pula mengejar Nomi sehinggakan Kisya mengertahui hal itu dan menyerang Nomi .

Bahagia yang diimpikan selepas perkahwinan hanya dikecapi Nomi selama 2 hari sahaja , selepas itu Adib mula berubah , setiap masa dia meghabiskan masa dengan Hazza dan mengabaikan rumahtangga … Ini menyebabkan Nomi sedih tambahan lagi apabila melihat si suami sembunyi2 bermeseg dengan org lain . Risham tidak melepaskan peluang menambah cerita tentang hubungan Adib dan Hazza yg kembali rapat . Nak tahu kesudahan novel ini . Sila beli . best best best."

so kalau berminat nak beli novel ni, boleh la e-mel saya di murni.aqila@gmail.com.
RM30 + postage RM5 = RM35 sahaja.
(^____^)

~end~

Friday, January 15, 2016

...top 5 novelis alaf 21...

serius saya tak sangka tersenarai dalam top 5 novelis alaf 21.
sebab novelis yang lain semuanya otai-otai belaka:

1. aisya sofea
2. anis ayuni
3. damya hanna
4. aleya aneesa

tetiba nama saya yang memenuhi ruangan senarai top 5 tu.
mungkin rezeki menyebelahi saya.
saya difahamkan senarai top 5 ni berdasarkan jualan novel tertinggi.
alhamdulillah...
terima kasih sangat sangat sangaaaat pada yang bagi sokongan dan dorongan pada saya selama ni.
terima kasih banyak-baaaaaaanyakkk yang sudi beli novel-novel saya.
kalau tak ada yang beli, tak adalah saya termasuk dalam senarai tu.
syukur alhamdulillah...

so pada 12 januari 2016 hari tu meeting untuk top 5 novelis alaf 21 diadakan buat pertama kali.
tapi sayang hanya saya, aisya sofea dan damya hanna je yang dapat datang.
anis ayuni dengan aleya aneesa tak dapat hadirkan diri.




banyak yang kami bincangkan masa meeting ni dengan pengurus bahagian novel grup buku karangkraf, encik ali... pengurus designer, rozie... darina selaku assistant designer dan suraya, editor alaf 21.
tapi saya tak boleh nak kongsikan.
sebab ni private & confidential.
rahsia syarikat. 

cuma yang boleh saya katakan ada projek khas yang menggemparkan untuk kami berlima.
nak tau apa... kena la tunggu pengumuman rasmi dari alaf 21, grup buku karangkraf dan kumpulan media karangkraf. 

apa-apa nanti saya akan update.
tolong doakan semuanya berjalan dengan lancar ek?
moga semuanya dipermudahkan.

mudah-mudahan.
aminnn..

~end~


Thursday, January 14, 2016

...jadilah seperti RASHID...

gais....

sana rashid. 

sini rashid. 
mana mana pon asyik nama rashid je. 
semua pening tak tau siapa sebeno nyer yang bernama rashid.
tetiba je viral semacam.

ada page Jadilah Seperti Rashid kat facebook.
rashid ni kiranya macam nak menegur dan bagi nasihat.
tapi dengan cara yang santai.
gambar kartun rashid tu kebanyakannya orang lidi.
yang pasti rashid ni tak pernah tak bagus.
bagus memanjang je dia ni.
cam poyo pun ada.
huhuhuu...

ni beberapa teguran dan nasihat rashid.
mana yang baik amik je la.
herherrr...








bila ada rashid, muncul la nama-nama lain.
nak jugak glamer macam rashid.
kuh kuhh kuhhh...


tapi kadang-kadang rasa ni semua propaganda je ni. 
supaya kita perlahan-lahan lupa pada nama yang lebih misteri.
sangat sangat misteri.
sampai sekarang orang tertanya-tanya.
memang misteri nama ni.
namanya wan emdibi. eh!

lol

~end~

Monday, January 11, 2016

...koyak usus kalau tak makan...

bila baca kisah student U yang takde duit nak makan sanggup ikat perut sampai koyak usus, teringat saya masa study dulu.
saya pun orang susah.
banyak kali duit belanja saya RM100 je untuk sebulan.

mujur saya duduk asrama.
breakfast, lunch, dinner semua ditanggung.
mujur jugak saya jenis makan tak memilih.
sedap ke.. tak sedap ke.. ikan jaket ke.. ikan pecah perut ke.. semua saya makan.
kalau tak makan, koyak usus saya nanti.
nak beli makanan yang sedap sedap tak mampu.
so.. hadap je mknan kat dining hall.
kena tunjuk kad pada orang yang jaga kat pintu masuk.
pastu nnti dia tanda kad kita tu.
tak boleh la kita makan 2 kali.
huhuhuu..

nak makan sedap, tunggu kengkawan kita beli mknan kat luar.
kalau dia pelawa, merasa la saya makan sedap.
kalau tak, telan liur je la tengok dia mkn.
bila kawan pelawa, saya acah acah jual mahal dulu.
tapi makan jugak la pastu.
kawan saya cakap: "kau ni semua kau makan. tolak batu dengan kayu je."

masa dengar dia cakap camtu, koyak hati saya.
sob.. sob.. 😢

~end~

Friday, January 8, 2016

...riak KE...??...

sejak dato' seri vida tunjuk rumah-rumah dan segala kekayaan yang dia ada kat tv, berduyun semua orang nak komen.
apa taknya.. rumah 17 biji. besar dewan. 
handbag berjenama limited edition penuh satu bilik.
tiara yang dia selalu pakai tu bukan beli kat petaling street ok?
beribu riban punya harga. ori..!!
dengan kereta lagi. 
serba-serbi la semuanya mewah.
nak tahu boleh tengok sendiri kat sini:


ada yang puji - tabik spring - kagum - bangga.
yalah.. siapa tak bangga bila ada orang melayu islam kaya.
tapi ada jugak yang kutuk - mengata - mencebik.
buat ulasan acah-acah macam pengkritik macam wartawan.
katanya berlagak la.. menunjuk-nunjuk la.. riak la...

lantak dia la nak tunjuk mewah pon. 
orang hasad je yang berbulu mata tengok kemewahan orang lain. 
dia riak ke.. takbur ke.. tu antara hati dia dengan Tuhan. 
kaann..?

kalau nak tau.. ada lagi 1 perangai menunjuk ni. 
yang ni lagi dahsyat.
semua ibadat yang dia buat dia nak bagi tau.

- done maghrib.
- done terawih.
- done sahur.
- check in surau depan kpg.
- ngantuk la sbb mlm td tahajud.
- td dhuha buat 4 rakaat je.

ustaz ustazah pon tak up status camtu. 
herherrr..

bab ibadat kalau boleh sorok-sorok la.
mungkin memang tak ada niat nak riak.
tapi bila orang start puji, dibimbangi sifat riak tu wujud.
bila dah riak, semua pahala habis..!!
Allah benci.
ingat tu..??

~end~

Saturday, January 2, 2016

...TERCULIK tanpa sengaja...

1 malaysia terkujat badak bila berita penemuan Amirah Athirah yang dikatakan diculik tersebar.
umur budak tu baru nak masuk 15 tahun. 
tapi cara penemuan dia tu yang paling tragis.
berdarah hati semua orang.
kuh kuhh kuhh....

sebelum tu kita flashback apa yang jadi.
Amirah Athirah hilang pada 27 disember 2015.
dia tinggal kat pelabuhan klang.

amirah athirah

bila amirah ni tak balik balik rumah, 1 famili dia risau.
lebih risau lagi bila si kakak dapat call dari amirah ni.
kakak amirah ni kakak angkat. 
lala nama dia. 
si lala ni ada rakam phone call dengan amirah.
amirah kata dia kena culik dengan van putih.
disorokkan dalam gudang pulak tu!
yang kena culik tu ramai katanya.
lagi la semua orang susah hati.
usaha mencari viral kat facebook, twitter, instagram... semua social media heboh pasal ni.




tapiiii.....
sekali polis dapat jejak si amirah ni kat banting.
jumpa dalam kereta kat stesen minyak dengan boifen uolsss...!!
apa lagi.. 1 malaysia la bengang!




ya Allaahhh....
semua orang risaukan dia, doakan dia... tapi dia senang lenang dengan boifren..!!
mana la orang tak bengang.
sampaikan trending kat twitter hashtag #TukarTajukFilemDenganAmirah.
sebab ramai gila yang geram dengan amirah ni.
dalam banyak banyak tu, ada 1 yang buat saya tergelak jugak la.



mak ayah famili dia dah tentu la malu + sakit hati + marah dengan perangai amirah ni.
memang la dia budak lagi. 
darah muda. hati muda. jiwa membuak-buak.
tapi dah ramai sangat yang nekad lari ikut boifren.
buang mak buang bapak buang keluarga.
kejarkan cinta yang sia-sia.
sudahnya hidup merana tak tentu hala.
dah susah tahu pulak cari famili balik.

tapi masih ramai yang tak ambil iktibar. 
masih ramai yang anggap cinta la segala-galanya.
padahal patutnya kejarkan cita-cita dulu.
kejar impian dan harapan keluarga dulu.
aduhhhaaaiii....

nak salahkan dia semata-mata pun tak boleh jugak.
didikan keluarga tu penting.
suasana persekitaran penting jugak.
dengan siapa dia berkawan pun penting.

dan yang paling penting didikan agama.
jiwa yang kosong, longgar, lompong dengan iman dan akidah, mudah sangat terpengaruh dengan benda yang negatif. 
apa yang jadi ni kita jadikan pengajaran. 
untuk saya jugak.
sebab kita sama-sama ada keluarga yang perlu dijaga.
pastikan amalan sebagai orang Islam dititikberatkan.
pasti Allah akan pelihara kita daripada terjebak dengan dosa dan noda.

untuk adik amirah athirah...
akak doakan awak bertaubat. 
tak ulang lagi kesilapan ni.
moga tabah apa pun yang berlaku lepas ni.
memang orang akan mengata sampai bila-bila.
tapi jadikan ni semua semangat supaya awak dapat buktikan yang awak boleh berubah jadi baik.
fokus pada pelajaran demi nak majukan diri sendiri.
jangan buat mak bapak dan famili awak menangis lagi.
bila awak dah berjaya, orang akan tutup mulut jugak nanti.

~end~