Dalam segmen tinta penulis novel Ucapkan Kau Rindu, Moon ada catatkan sesuatu.
Dan ada pula yang sukakannya.
Thx... (^_^)
So, Moon nak abadikan tulisan tu di blog ni pula.
Ayatnya begini:
"Penceritaan tanpa mesej ibarat kertas yang kosong.
Novel ini dicipta untuk menyampaikan kepada pembaca bahawa;
setiap manusia yang hadir dalam hidup kita, sama ada berpersonaliti 'jahat' atau baik...
semuanya ada peranan tersendiri.
Sungguh mustahil dalam sebuah kehidupan hanya dikelilingi mereka yang baik-baik sahaja.
Pasti wujud insan yang mencetuskan pergolakan.
Di situlah bergunanya akal yang positif.
Menilailah dengan lebih berhikmah, agar lubuk dendam tidak akan berdasar di dalam hati."
Dulu... Moon pernah menempuh perjalanan hidup yang sukar.
Dugaannya begitu besar apabila berdepan dengan si pendera perasaan.
Tiada bezanya jika didera secara fizikal.
Cuma perasaan yang didera tidak terzahir di mata, sebaliknya bernanah di jiwa.
Mental yang ketika itu sangat rapuh akarnya menerima impak.
Sering Moon menangis... tertanya-tanya, kenapa Moon dipertemukan dengan manusia sedemikian rupa?
Sukar nak menjawab soalan tu. Sampai sekarang Moon tak ada jawapannya.
Apa yang pasti, ia mengajar Moon agar tak memperlakukan perkara yang sama pada orang lain.
Hikmahnya...
Moon jadi diri Moon yang sekarang.
~end~