About Me

Thursday, November 29, 2012

...jualan GUDANG karangkraf...

Jualan Gudang Karangkraf bagi diskaun sehingga 80%...!!!
Harga serendah RM10, RM5 dan RM3...!!!
Ahhh..... bisa menggugat iman ni.


Sesiapa yang tinggal berdekatan dengan Shah Alam, Lembah Klang dan kawasan yang sewaktu dengannya... Moon nasihatkan anda semua pergilah.
Peluang ni sekali okey.



Dan jangan lupa beli novel-novel Moon tau!
Novel terbaru Moon Sayang Awak, Sayang... pun ada jugak.
Siap ada pakej dengan novel terbitan Disember sekali.
RM65 je. Murah kot! 
(^_^)v

Yang penting, anda MESTI datang!

~end~

...fragmen sayang awak, SAYANG...

Ini fragmen novel Sayang Awak, Sayang...
Dalam banyak-banyak scene, editor Moon suka sangat part ni.
Baca yok! (^_^)v












Dapatkan novel Sayang Awak, Sayang... di kedai-kedai berdekatan. 
Atau dapatkan di mall.karangkraf.com secara online. 
Juga boleh beli terus dengan Moon. 
E-mel saja ke murni.aqila@gmail.com.

~end~

Sunday, November 18, 2012

...trailer SAYANG awak SAYANG...

Dulu Moon buat trailer untuk novel Ingat Janji Kita.
Dan sekarang pulak buat trailer untuk novel Sayang Awak, Sayang...

Video ni hasil kerja keras Irsyad Isz yang comel.
Jom menonton..!!



Moon puas hati sangat sangat sangat sangat sangat dengan trailer ni. 
Harap sayang sayang sayang sayang sayang saya yang saya sayang pun suka jugak.
(^_^)v

~end~

...tawaran ISTIMEWA...

Demi sayang sayang sayang sayang saya yang saya sayang semua.....
Saya nak bagi promosi harga 'baik punyer' untuk sesiapa yang beli novel Sayang Awak, Sayang...
Sah hanya sehingga 31 DISEMBER 2012.

Untuk Set A, ada novel Sayang Awak, Sayang... + kalendar meja 2013 (direka khas) + T-shirt bergambar novel Sayang Awak, Sayang. Harga 'baik punyer' cuma RM80.



Untuk Set B, ada novel Sayang Awak, Sayang... + kalendar meja 2013 (direka khas). Harga 'baik punyer' cuma RM50.



Untuk Set C, ada novel Sayang Awak, Sayang... + T-shirt bergambar novel Sayang Awak, Sayang. Harga 'baik punyer' cuma RM50. 



Siapa yang buat tempahan awal Moon akan bagi cenderahati misteri. 
Pen holder berbentuk T-shirt. Comel kan? 


Tapi siapa cepat dia dapat. Benda ni sangat-sangat LIMITED. Ehehee.....

So sesiapa yang berminat boleh e-mel pada Moon details semua selepas buat bayaran di akaun Maybank 562218111067 (Inkprez Enterprise) di murni.aqila@gmail.com. Atau boleh mesej Moon di Facebook. Harga dah termasuk kos pos.

Okey sayang sayang sayang semua. 
Siapa cepat dia dapat tau! 
(^_^)v

~end~

Saturday, November 17, 2012

...sayang AWAK sayang...

Pejam celik pejam celik sekejap aje masa berlalu kan?
Dari 1 novel dan sekarang Moon dah ada 5 NOVEL!

Bermula dengan SEBUTLAH NAMAKU, kemudian UCAPKAN KAU RINDU. 
Selepas itu CINTA AKU SEADANYA dan INGAT JANJI KITA.
Perasan tak yang tajuk-tajuk novel Moon semuanya berbentuk ucapan?
Dan yang terbaru..... SAYANG AWAK, SAYANG...
Comel je kan? Ehehehee..... :)

So Moon nak tayang cover novel ni dengan sinopsis sekali.



SINOPSIS:
Suatu tragedi yang menyayat hati terjadi menyebabkan Junaira dan Haziq yatim piatu, lalu tinggal di rumah Datin Ros yang sangat baik. Tetapi Nazif... menyampah sangat dengan mereka berdua. Asyik menjeling sahaja. Suka cari pasal pulak tu! Bagi Junaira, kalau nak lawan api, mes...
tilah dengan air. Sebelum anak Datin Ros itu ‘kenakan’ dia, di
a mesti ‘kenakan’ Nazif balik.

Bila Nazif cuba menyakitkan hati Junaira, hatinya sendiri yang sakit. Junaira suka berloyar buruk. Juga suka buat lawak yang entah apa-apa. Tetapi kadang-kadang dia berasa lucu juga. Namun, amanah Datin Ros yang mahu dia mengahwini Junaira, bagai satu malapetaka baginya.

“Aku tak faham kenapa aku disuruh kahwin dengan kau. Sebab aku sayangkan mummy, aku terpaksa terima jugak. Hati aku ni sakit setiap kali pandang muka kau tu, sakit sangat. Semuanya disebabkan kau tu...”

Walaupun Junaira tahu kesudahan hubungannya dengan Nazif, cinta untuk lelaki itu kekal tersemat dalam jiwa. Sehinggalah akhirnya, dia tahu kenapa Nazif membencinya.

CAPTION:
Kalau sayang, cakaplah sayang... Nanti terbayang-bayang.
 

So..... sekarang rasa nak cakap sayang kat Moon tak? :P
 
~end~

...diumumkan...

Urghh... busy busy busy.
Sorry sayang sayang sayang semua.
Dah lama Moon tak update blog.
 
Okey... sekarang nak cerita pasal Peraduan Click! Click! Bersama Murni Aqila tu.
Alhamdulillah. Segalanya berjalan dengan lancar. 
Ada 33 orang peserta yang join.
34 orang sebenarnya. Tapi Moon careless. Tertinggal 1 nama ni.
So Moon dah settle dengan dia baik-baik. Ehehee... 
Nasib baik dia okey. :)

Tempoh voting LIKE gambar Moon bagi 8 hari aje.
Tapi huru-hara jadinya. Notification kat FB dan e-emel masuk bertubi-tubi.
Tu belum cerita pasal peserta yang haru-biru nak mengejar LIKE.
Memang happening. Peserta semua sporting walaupun ada yang malu meow meow.
Ahahahaa...

Dan setelah voting LIKE ditutup, inilah barisan pemenangnya. 

Pemenang tempat pertama ialah ALYSSA EZZURA ~ menerima sebuah smartphone Samsung Galaxy Ace Plus, sebuah novel terbaru Murni Aqila bertajuk Sayang Awak, Sayang, sebuah kalendar meja 2013 dan sehelai t-shirt bergambar novel Sayang Awak, Sayang. 



Pemenang tempat kedua LIYANA AHMAD ~ menerima sebuah smartphone Samsung Galaxy Y, sebuah novel terbaru Murni Aqila bertajuk Sayang Awak, Sayang, sebuah kalendar meja 2013 dan sehelai t-shirt bergambar novel Sayang Awak, Sayang. 




Pemenang tempat ketiga LAGENDA NOVEL ~ menerima sebuah iPod Shuffle, sebuah novel terbaru Murni Aqila bertajuk Sayang Awak, Sayang, sebuah kalendar meja 2013 dan sehelai t-shirt bergambar novel Sayang Awak, Sayang. 



Nak tengok gambar-gambar peserta yang lain boleh tengok di sini: Click! Click!
Nak tahu pemenang tempat ke-4 hingga ke-33 boleh tengok di page Moon.
Yang bestnya, semua gambar peserta-peserta ni Moon abadikan dalam kalendar meja yang Moon buat sendiri.
So memang LIMITED EDITION gitu. Hehehee.....
 
Moon enjoy sangat buat contest ni. Happy sangat tengok peserta-peserta pun enjoy. 
Daripada tak kenal terus boleh jadi kawan. 
Tak sangka benda ni boleh mengeratkan silaraturahim.
Anyway... thanks a lot muah muah muah untuk semua peserta, yang bagi support kat peserta, yang siap tolong promot kat kawan-kawan suruh LIKE walaupun tak ada kena-mengena, yang LIKE page Moon sekali... untuk semuanya la. 
One more time... MUAH..!!

~end~