About Me

Saturday, November 18, 2017

...manuskrip SERAM...

setelah kira-kira 6 bulan akhirnya siap manuskrip terbaru saya.
alhamdulillah...

saya dah hantar manuskrip tu pada editor pengurusan alaf 21.
kali ni genre seram misteri.
andai diterbitkan maka ini novel ke 10 saya.
insya Allah.

sebelum ni saya buat novel cinta je.
tapi hati ni nak cuba buat genre seram pulak.
masa mula-mula nak buat manuskrip ni memang mencabar.
huhuu...

sebelum saya mula menaip, saya akan siapkan rangka dulu.
saya buat macam yang saya pernah ajar cara-cara nak buat novel.
boleh klik sini.

dah siap semua rangka dari A sampai Z barulah saya menaip.
masa mula nak menaip tu meremang bulu roma.
padahal nak buat perenggan pertama je pun.
tapi saya dah meremang sampai saya tak boleh nak menaip.

dekat sebulan jugaklah saya tak boleh menaip.
saya rasa seriau, seram, meremang.
dengar macam-macam bunyi kat rumah.
sedangkan saya sorang je kat rumah ni.
dengar bunyi kat dapur la, kat bilik air la, kat bilik la, kat siling la.

sejujurnya saya ni seorang yang berani.
setakat tidur sorang kat rumah malam-malam takde hal punya.
saya cuma takut dengan cicak je.
ekekekkekekee...

tapi bila nak buat manuskrip seram, saya jadi penakut.
bila masuk bilik air saya dengar macam ada orang kat luar bising-bising.
kadang-kadang rasa macam ada 'benda' perhatikan saya dalam rumah.

kalau dah dekat sebulan tak boleh nak menaip, apa cerita?
nak tak nak saya kena siapkan manuskrip ni.
saya terpaksa beranikan diri tengok sebanyak mungkin cerita hantu.
google sebanyak-banyak gambar hantu.
sebab nak kuatkan semangat balik.
saya kena beranikan diri.

lepas solat baca doa tu saya buat macam biasa la.
saya tak rasa saya diganggu makhluk tu.
lagipun saya bukan jenis yang terlalu taksub percaya kewujudan hantu.
benda ghaib memang wujud.
iblis dan jin memang wujud.
tapi bukan hantu.
so apa yang saya alami tu saya anggap cuma perasaan je.
mindset kena kuat.
hahahahaa...

dah dekat sebulan cuba lawan tu semua, akhirnya saya dapat jugak teruskan menaip manuskrip ni.
buat manuskrip genre seram bagi saya sangat susah.
kena guna banyak teknik dan elemen surprise.
tak macam genre cinta yang straight je ikut kronologi.
kalau ada flashback pun tak boleh banyak.
so lebih senang berbanding genre seram atau thriller.

ni pengalaman baru bagi saya.
dengan pengalaman ni saya akan lebih matang dalam dunia penulisan.
mohon semua doakan manuskrip ni diluluskan para jemaah editor tau.
doakan ek?
tengkiu3...




~end~

...KENANGAN jualan gudang karangkraf...

10 hari jualan gudang akhir tahun karangkraf berlangsung.
hanya 6 hari je saya ada kat sana.
tak boleh la nak datang hari-hari.
banyak kerja nak kena buat.
dah la manuskrip tak siap lagi.

yang seronoknya bila ada jualan buku macam ni, saya dapat jumpa dengan rakan staf karangkraf dan rakan novelis.
yang paling best dapat jumpa pembeli-pembeli novel saya.
ada yang hanya kenal kat facebook.
ada yang tak kenal langsung.
ada yang baru nak kenal.
kat situ la tempatnya.

so saya kongsikan gambar-gambar yang sempat dirakam masa tu.
ada jugak gambar yang ditag kat facebook. 
ini la kenangan yang akan saya kenang sampai ke akhir hayat saya.





































terima kasih yang tak terhingga kepada semua staf karangkraf, rakan novelis dan semua yang datang memberi sokongan.
terima kasih banyak-banyak.
sampai kita bertemu lagi di lain kali.

~end~

Wednesday, October 25, 2017

...jualan gudang akhir tahun 2017 karangkraf...

jualan gudang akhir tahun karangkraf datang lagi!

setiap tahun memang event ni yang paling ditunggu-tunggu.
biasa la akhir tahun kan.
jualan penghabisan stok.
so murah giler harga bahagia la orang kata.
hahaa...



bermula 27 oktober sehingga 5 november 2017.
10 hari!
tapi nama pun jualan penghabisan stok.
mana stok buku/novel/majalah yang murah tu kalau habis, maka habis la.
so kena datang awal-awal.
kalau datang dah hujung-hujung tu mesti banyak title yang dah habis.


novelis alaf 21 yang turun ke jualan gudang karangkraf 2017
novelis buku prima yang turun ke jualan gudang karangkraf 2017

insya Allah saya akan berada di sana setiap jumaat, sabtu dan ahad.
kalau nak jumpa, nak bergambar, nak berbual... apa salahnya.
kita jumpa kat sana okey!
di mana?
di kompleks kumpulan karangkraf seksyen 15 shah alam.
alamat ada di poster.
jumpa di sana di sana di sana...

~end~

Tuesday, September 19, 2017

...meet & makan GBK 2017...

dalam kesibukan mengejar deadline nak siapkan manuskrip, saya terima jemputan untuk ke majlis meet & makan GBK 2017.
kerana nak siapkan manuskrip jugak la sebulan saya tak update kat blog ni.
hurhurr...

kita lupakan sekejap pasal manuskrip.
sebab majlis tu lebih penting untuk di update kat sini.
bukan apa... takut lama-lama kang lupa.
dah lupa kang terus malas nak update blog.


majlis ni julung-julung kali diadakan pada 16 september lalu. 
mempertemukan novelis Alaf 21, Buku Prima & Pojok.
novelis genre cinta, seram/thriller dan juga indie.
motifnya untuk mengeratkan silaturahim, bergembira, meraikan dan sambil merancang hala tuju masa depan.
ada penyampaian penghargaan untuk novelis evergreen dan novel bestseller.
juga ada cabutan bertuah dan peraduan mencipta karangan pendek.
makan-makan dah tentu la ada. 
meriah sungguh makanan yang ada.
ramai novelis yang membawa buah tangan sendiri.
dan yang paling penting bergambar.
saya yang pemalu ni tak ada bergambar sangat.
hahahaa...



















yeaayy dapat hadiah! hahaa...
bos buat lawak masa bagi hadiah. keras perut tahan tak nak gelak sebab nak ambil gambar. ahahahhahaha.. 
dapat hadiah cabutan bertuah yeayy yeaayy..

dapat hadiah menang buat karangan yeaayy yeaayy...

dapat goodies al-quran yeaayy yeaayy..

gambar ramai-ramai. macam semut je tengok. hahahaa..


anyway tahniah kepada semua yang hadir.
tahniah juga kepada crew GBK yang bertungkus lumus nak pastikan majlis ni meriah.
moga karya yang kita terbitkan terus menempa nama dalam industri dan hati pembaca.

harap-harap ada lagi majlis sebegini diadakan pada masa akan datang.
dan lebih ramai novelis berpeluang hadir memeriahkan majlis.
terutama novelis yang tinggal jauh dari selangor.

~end~