About Me

Friday, May 29, 2015

...jualan GUDANG karangkraf...

jualan gudang di karangkraf dah bermula....!!!

wowww...!! diskaun sehingga 95%. 
novel, buku, majalah, surat khabar sinar harian & al-quran... semua dijual murah-murah.

ni saya kongsikan harga istimewa jualan gudang. 
banyak sangat yang murah, so sekadar beberapa novel yang saya tunjuk.















so jangan lupa datang ke pekarangan pejabat kumpulan media karangkraf.
kat seksyen 15, shah alam selangor. 
landmarknya berhadapan dengan kilang volvo, sebelah kilang toyota, belakang bangunan bomba.
bermula hari ini 29 mei sampai hari ahad 31 mei 2015. 

saya ada kat sana 3 hari ni.
kalau datang ke sana boleh la kita jumpa.
insya Allah...

~end~

Thursday, May 28, 2015

...terbangkan aku ke LANGIT KETUJUH...


memperkenalkan...
ini barisan watak-watak dalam novel Gila Tak Rindu.
ewah!
macam press conference filem pulak. 

huhuu...

masa saya menulis novel ni, ini la watak yang saya bayangkan:

Nomi = Hana Tajima
sebab dia ada butik. 
dan dia model untuk butik dia sendiri.
sangat independent.

Adib = Flynn Rider
sebab dia ada janggut sejemput kat dagu.
opkos la dia kacak. lol

Hazza = Fida Ibrahim
sebab dia ni nampak kelembutan.
tapi tamak dalam cinta. 
persis perempuan bahaya gitu. lol

Risham = Henry Golding
sebab dia lelaki metroseksual.
lelaki bergaya maskulin yang mementingkan rupa.

Kisya = Amyra Rosli
sebab dia gadis urban yang moden.
soal adab dan budi pekerti tak penting bagi dia.



dan ini la lagu yang Nomi suka nyanyi terpekik-pekik dalam toilet.
ahahhahahaa....

Bagaikan Langit - Melly Goeslaw

Bagaikan langit di sore hari
Berwarna biru sebiru hatiku
Menanti khabar yang aku tunggu
Peluk dan cium
hangatkan untukku

Bagaikan langit di sore hari
Berwarna biru sebiru hatiku
Menanti khabar yang aku tunggu
Peluk dan cium
hangatkan untukku

Oh asmara yang terindah
Mewarnai bumi yang kucinta
Menjanjikan aku terbang ke atas
Ke langit ketujuh
Bersamamu

Bagaikan langit di sore hari
Berwarna biru sebiru hatiku
Menanti khabar yang aku tunggu
Peluk dan cium
hangatkan untukku

Bagaikan langit di sore hari
Berwarna biru sebiru hatiku
Menanti khabar yang aku tunggu
Peluk dan cium
hangatkan untukku


Oh asmara yang terindah
Mewarnai bumi yang kucinta
Menjanjikan aku terbang ke atas
Ke langit ketujuh
Bersamamu

Oh dewi cinta
Sandarkan aku di bahumu
Ada kurasa tingginya hati
Reredakan sudah
Hadirmu sayang tenangkan diriku

Oh asmara yang terindah
Mewarnai bumi yang kucinta
Menjanjikan aku terbang ke atas
Ke langit ketujuh
Bersamamu
Oh oh...

Oh asmara yang terindah
Mewarnai bumi yang kucinta
Menjanjikan aku terbang ke atas
Ke langit ketujuh
Bersamamu

Oh dewi cinta
Sandarkan aku di bahumu
Ada kurasa tingginya hati
Reredakan sudah
Hadirmu sayang tenangkan diriku

Oh asmara yang terindah
Mewarnai bumi yang kucinta
Menjanjikan aku terbang ke atas
Ke langit ketujuh
Bersamamu...


~end~

Tuesday, May 26, 2015

...jangan menangis ROHINGYA...




Selamat Malam Rohingya - Sahabat

Selamat malam Rohingya
Meski lenamu di sisi mayat
Jangan menangis sahabat
Ini Tuhan mengujimu

Selamat malam Rohingya
Dunia sedang tidur lena
Kami doakan untukmu
Sejahteralah selalu

Selamat malam Rohingya
Meski lenamu di sisi mayat
Jangan menangis sahabat
Ini Tuhan mengujimu

Selamat malam Rohingya
Dunia sedang tidur lena
Kami doakan untukmu
Sejahteralah selalu

Selamat malam Rohingya
Esok kan ada matahari
Berbanyaklah berdoa
Jangan kau terlepas talinya

Selamat malam Rohingya
Meski lenamu di sisi mayat
Jangan menangis sahabat
Ini Tuhan mengujimu

Selamat malam Rohingya
Dunia sedang tidur lena
Kami doakan untukmu
Sejahteralah selalu

Selamat malam Rohingya
Esok kan ada matahari
Berbanyaklah berdoa
Jangan kau terlepas talinya

Selamat malam Rohingya
Meski lenamu di sisi mayat
Jangan menangis sahabat
Ini Tuhan mengujimu

Selamat malam Rohingya
Dunia sedang tidur lena
Kami doakan untukmu
Sejahteralah selalu

Selamat malam Rohingya
Meski lenamu di sisi mayat
Jangan menangis sahabat
Ini Tuhan mengujimu

Selamat malam Rohingya
Dunia sedang tidur lena
Kami doakan untukmu
Sejahteralah selalu

*-*-*-*-*-*

rasa sebak setiap kali tengok keadaan orang rohingya.
bersesak-sesak dalam kapal yang tak sebesar mana.
tak tahu arah tujuan.
entahkan makan entahkan tidak.
malah dah ramai yang mati dalam kapal tu.
Allahuakbar...

hal berkaitan perundangan negara antarabangsa ni leceh.
kita rakyat marhaen ni hanya mampu tengok je la.
oleh itu panjatkan la doa untuk mereka.
mereka saudara sesama Islam kita.
moga Allah balas kebaikan dan kesejahteraan pada mereka yang bersabar dengan ujian ni.
mereka dihalau hanya kerana mereka beragama Islam.
astagfirullahalazim...
 
apa yang membuatkan saya kagum, ketika mereka ditimpa ujian sebesar ini, mereka tetap berpegang kuat pada Islam. 
tak ada yang sanggup menjadi kafir demi kesenangan hidup.
subhanallah...

semua ini menginsafkan saya... betapa pentingnya iman di dada. 


~end~

Monday, May 25, 2015

...diskaun TAK INGAT DUNIA...



banner sebesar-besar alam dah digantung.. 
supaya seluruh penduduk alam tahu ada jualan gudang...!!! 

karangkraf mengadakan jualan gudang pertengahan tahun untuk semua novel, buku, majalah, al-quran dan surat khabar sinar harian.

DISKAUN SEHINGGA 95%. 
perrghhh...!! meleleh air liur dibuatnya.

so jangan lupa datang pada 29 - 31 MEI 2015. 
hari jumaat sehingga ahad.
di pekarangan kompleks kumpulan media karangkraf seksyen 15 shah alam, selangor.

kita jumpa kat sana ok..?!

#jualangudang #jualangudangshahalam #jualangudangbuku #jualangudangnovel#jualangudangselangor #novel #majalah #buku #karangkraf #alaf21 #bukuprima#karyabestari #shahalam #selangor #redgiant

Tuesday, May 19, 2015

...radang DARAH...

pasti ramai yang tak tahu saya mengalami radang darah baru-baru ni.
ada yang tahu saya sakit.. tapi tak tahu sakit apa.
bila jumpa je mesti tanya "sakit apa?".
so saya akan cerita kronologi macam mana saya kena radang darah.
sekurang-kurangnya, saya dapat berkongsi info.
sebagai pedoman pada yang lain juga supaya tak mengalami sakit ni.

pada awalnya saya mengalami demam. 
masa tu pertengahan bulan Mac. 
tapi demam ni macam lambat nak baik. 
dekat seminggu jugaklah baru rasa betul-betul baik dari demam.
lepas tu seminggu kemudian 1 badan rasa tak sedap.
rasa lemah je macam nak demam balik.
bukan setakat lemah je, badan rasa sengal-sengal.
serius saya cakap, saya rasa macam nak lumpuh 1 badan masa tu.
tapi buat tak tahu je la.

pada 3 April hari jumaat saya ada talk kat kolej Uniti Tanjung Agas Negeri Sembilan.
talk pasal penulisan novel.
masa tu keadaan badan saya makin sengal makin lenguh.
ditambah pulak dengan betis yang kejang.
oleh kerana dah diamanahkan bagi talk, saya kuatkan semangat.
pagi-pagi saya telan panadol actifast 2 biji.
tak lama lepas tu saya rasa badan macam dah okey.

so saya drive ke kolej tu, bagi talk dengan jayanya. huhuu...
on the way nak balik petang tu, saya rasa badan saya lemah-lemah semula.
tapi saya buat tak tahu je. saya tahankan je. 
sampai rumah kat shah alam, makin lemah badan saya. 
rasa sengal giler 1 badan.
mungkin kesan panadol tu dah hilang, tu saya jadi macam tu.

malam tu saya pergi berurut.
tukang urut kata, urat saya semua tak ada masalah.
pelik jugak!
saya ingatkan kaki saya ni tersalah urat.
sebab malam tu saya berjalan kena seret kaki.
solat pun kena duduk kat kerusi sebab kaki dah makin kejang.
disebabkan saya susah nak berjalan, saya tak pergi klinik.
saya makan pil tahan sakit mak. rasa elok sikit la.

hari isnin keadaan makin teruk.
kat kaki saya ada bintik-bintik merah. 
saya dah tak tentu arah dah. 
bila nampak bintik-bintik tu saya mula fikir macam-macam.
dah membengkak pulak kaki saya masa ni.
nak tak nak saya kena pergi klinik jugak.
saya paksa diri jalan perlahan-lahan.

bila doktor tengok kaki saya yang bengkak tu, dia tanya.
"ada demam tak sebelum ni?"
baru la saya ingat yang saya dah 2 kali demam.
bulan februari sekali, bulan mac sekali.

doktor kata, mungkin saya jadi macam ni disebabkan demam tu.
dia tak berani nak bagi ubat.
saya mintak ubat bengkak pun dia tak nak bagi.
dia cuma bagi surat untuk saya refer ke hospital.

esoknya 7 April saya pergi SALAM hospital.
doktor tengok kaki saya, terserlah bintik-bintik merah yang makin membesar.
soalan dia sama macam doktor yang kat klinik tu... pasal demam.
dia kata, saya kena admit sebab banyak benda yang saya kena check up.
dia kata lagi, pembuluh darah kaki saya dah pecah.

bila dengar dia kata pembuluh darah pecah, bergenang terus air mata.
so hari tu jugak saya admitted.
doktor yang in charge saya bagi tahu, saya mengalami radang darah.
kuman masa saya demam hari tu tak mati dan aktif dalam badan.
kuman ni dah masuk dalam darah membuatkan darah saya jadi radang.
simptomnya ialah pembuluh darah kaki saya pecah. 
saya tak boleh la nak tunjuk kaki saya kat sini.
so saya ambil gambar kat google.



search je radang darah, haa.... keluar la gambar macam ni.
huhuuu... sungguh mengerikan. 
mujur kaki saya tak seteruk tu sebab dapat dikesan lebih awal.
gambar yang ni dah teruk bebenor sakit dah ni.
mengikut kata doktor, dalam setahun yang mengalami sakit ni cuma 2-3 orang je.

cara rawatan saya cuma antibiotik drip, antibiotik kapsul & steroid drip.
antibiotik drip mula-mula 2 kali sehari. 
lepas tu ditambah 3 kali sehari.
steroid pulak 4 kali sehari.
ubat-ubat ni la yang buat saya rasa mamai. 

yang memburukkan keadaan bila saya demam semula.
ditambah pulak dengan batuk-batuk & selesema.
bila buat x-ray, doktor kata kuman tu dah ada kat paru-paru saya.
dalam keadaan begini, immune system badan saya tengah down.
sebab tu senang kena penyakit.
so makin lama la saya ditahan kat hospital. 

antibiotik drip ditukar yang lebih kuat lagi. 
saya diberi gas 3 kali sehari untuk batuk & paru-paru. 
ada lagi rawatan yang doktor bagi untuk selesema. 
sebab doktor nak pastikan bintik-bintik merah kat kaki saya tu hilang.
dan dia nak saya keluar hospital tanpa demam dan sakit lagi.
saya diarahkan berpantang makan.
ikan, ayam, daging, seafood, telur & semua jenis protein saya tak boleh makan.
saya jadi vegetarian dalam tempoh 3 minggu sekurang-kurangnya.

selama 9 hari saya kena tahan kat hospital.
sabar je la. huhuu...
dah keluar dari hospital pun masih kena makan ubat.
badan masih lagi tak berapa kuat. 
lepas tu saya pergi ke pesta buku PWTC. 
novel terbaru saya Gila Tak Rindu kan baru keluar.
saya kenalah promote novel tu.

konon-konon skip makan ubat sebab tak nak nanti mamai kat situ.
tapi badan rasa semacam. 
saya kena makan ubat jugak nampaknya.
masa kat PWTC tu sebenarnya tak ada mood sangat.
dengan badan 'membulat' sebab banyak sangat drip antibiotik & steroid.
muka pulak sembab je rasa. 
nak ke mana-mana pun tak ada selera. 
tapi saya kuatkan semangat nak bertahan sampai habis pesta buku.

3 hari terakhir pesta buku, ubat saya habis.
badan saya rasa lemah semacam. 
terpaksa ambil ubat kat klinik. 
alhamdulillah... sampai hari terakhir pesta buku saya dapat promote novel saya.
dah beberapa hari pesta buku habis, baru la saya berani tak pantang makan.
sebab saya risau nanti tak pasal-pasal datang balik penyakit masa pesta buku.
huhuu...

moralnya, kalau demam pastikan ubat antibiotik dimakan sampai habis.
saya ni jenis yang kalau dah betul-betul sakit baru nak makan ubat.
kalau dah baik demam, terus tak makan ubat dah.
bukannya apa.. saya tak nak biasakan diri dengan ubat.
ubat pil-pil ni bukan elok sangat untuk jangka masa panjang.
kalau kita dah biasa makan pil-pil ni, lama-lama badan kita tak immune dengan pil tu lagi.
tapi pengajarannya kalau dah sakit, makan la ubat sampai habis.


atas katil hospital ni la saya terima novel Gila Tak Rindu yang baru siap dari kilang. adehh...






















sakit tu sebenarnya tanda peringatan.
membuatkan kita mengenang kembali betapa bernilainya kesihatan.
dan membuatkan kita lebih menghargai masa yang kita ada setiap hari.
kerana esok mungkin kita jatuh sakit atau mungkin tiada lagi di dunia ini.

dan alhamdulillah... saya dah jumpa penawarnya. 
boleh baca kat SINI.

~end~

Friday, May 15, 2015

...novel TERLARIS...



novel GILA TAK RINDU antara novel yang terlaris sepanjang berlangsungnya Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur di PWTC baru-baru ni.
alhamdulillah....

terima kasih pada semua yang membeli, yang menyokong, yang mendoakan dan yang beri semangat serta yang memahami keadaan saya ketika itu yang kurang sihat. terima kasih sebanyak-banyaknya.

moga novel GILA TAK RINDU naskhah yang mencuit dan menyentuh hingga ke dasar hati... menjadi kesayangan semua.


‪#‎gilatakrindu‬ ‪#‎novel‬ ‪#‎novelterlaris‬ ‪#‎novelterlarisPBAKL2015‬ ‪#‎novelalaf21‬‪#‎alaf21‬ ‪#‎karangkraf‬ ‪#‎PBAKL‬ ‪#‎PBAKL2015‬ ‪#‎PWTC‬ ‪#‎kualalumpur‬‪#‎malaysia‬



~end~

Thursday, May 14, 2015

...pergi yang DIRINDUI...


Allahuakbar..
tak tahu macam mana nak luahkan perasaan ketika ini. 

sedih, sebak dan rindu. :'(

saya menerima berita duka. 
seorang pembaca novel saya, ahli murninspire fc dan juga sebagai teman... 
Bica Bie Comel​ menghembus nafas terakhirnya pagi tadi. 
innalillahi wainnalillahi rajiun.

kali terakhir bertemu ketika PBAKL di PWTC tahun lepas. 
masih terbayang bagaimana kuatkan kami berpeluk ketika itu. :'(

baru-baru ni arwah bergambar dengan salah 1 novel saya - Awak Jangan Nakal. 
terharu, tersentuh, rasa hiba... :'(


mohon tolong sedekahkan al-Fatihah dan doakan untuk arwah Nabisa Bibi binti Kassim Khan agar segala dosanya diampunkan, rohnya dirahmati Allah dan ditempatkan di syurga. aminn...

arwah bersama suaminya dengan novel dan t-shirt Sayang Awak Sayang. doa saya dimakbulkan ke akhir hayat arwah. arwah sangat beruntung mempunyai suami yang baik, supportive, romantik, memahaminya, bertanggungjawab & sangat sweet padanya. 

‪#‎salamterakhir‬ ‪#‎bicabie‬ ‪#‎alfatihah‬ ‪#‎pergitakkankembali‬ ‪#‎kenanganterakhir‬ ‪#‎novel‬ ‪#‎peminattegarnovel‬ ‪#‎mogatenangdisana‬ ‪#‎rinduawak‬

Monday, May 11, 2015

...di mana kasihnya IBU...


kawan-kawan bercerita
tentang ibu mereka
yang masakkan makanan
malah menyuapkan
yang mengajar itu dan ini
penuh kasih sayang
ketawa dan bahagia.

sedangkan aku tertanya
kenapa aku tiada ibu?
kata orang ibuku ada
tapi tak tahu ke mana
hilang tanpa berita
dibiarkan aku sendiri
ternanti-nanti.

hiba hati ini
melihat kawan-kawan
dipeluk dicium ibu
sedangkan aku
tidur ditemani air mata
merindui sebuah cinta
daripada insan yang pergi
tak pedulikan diri ini.

bibir ini memanggilmu ibu
walau kau tak mendengarnya
aku ingin mengadu
tiada siapa peduli tentangku
entah makan entah tidak
poket tak berduit
bila sakit aku tahankan saja
derita ini aku saja yang rasa.

aku tak mengharap
tapi jika ibu kembali
ucapanku hanya satu
selamat hari ibu.

‪#‎selamathariibu‬ ‪#‎happymothersday‬ ‪#‎ibu‬ ‪#‎emak‬ ‪#‎mama‬ ‪#‎cinta‬ ‪#‎ibubapa‬‪#‎kasihsayang‬


*-*-*-*-*-*

semalam (10 Mei 2015) merupakan sambutan hari ibu.
di Facebook, twitter, instagram, blog... semua orang update status.
semua orang buat ucapan hari ibu. 
semua upload gambar dengan ibu masing-masing.

hati saya terdetik.
ketika semua orang tunjuk betapa gembiranya mereka sambut hari ibu, saya terbayang bagaimana perasaan mereka yang tak ada ibu.
apa perasaan mereka bila tengok gambar-gambar orang lain dengan ibu masing-masing. 
mesti sedih kan?

tak semua orang bernasib baik dalam dunia ni.
ada yang kematian ibu.
ada juga yang ibu bapanya bercerai dan berpisah dengan ibunya.
ada ibu yang membeza-bezakan kasih sayang di antara anak-anaknya.
mungkin ada anak yang dibiarkan ibunya tanpa kasih sayang.
pasti ada juga anak yang langsung tak kenal siapa ibu dia.

so, puisi yang tak seberapa saya karang ni luahan daripada insan yang tak pernah rasa kasih sayang seorang yang bernama ibu. 
saya cuba menyelami perasaan mereka.
sebab saya juga pernah merasakannya. 
(T___T)


~end~ 

...order t-shirt lengan pendek & t-shirt muslimah...


oleh kerana byk sangat permintaan nak beli t-shirt novel GILA TAK RINDU, maka dengan ini saya membuka semula PRE ORDER..!!

t-shirt lengan pendek = RM30/sehelai.
t-shirt muslimah = RM35/sehelai.

postage semenanjung = RM5
postage sabah/sarawak = RM10

e-mel saya di murni.aqila@gmail.com. 

nyatakan item serta kuantiti juga size. 
pembayaran boleh dibuat melalui akaun maybank 562218111067 (inkprez enterprise).

TARIKH TUTUP PRE ORDER: 17 MEI 2015.

so e-mel saya SEKARANG..!!



~end~

Thursday, May 7, 2015

...review GILA TAK RINDU...

novel GILA TAK RINDU diterbitkan untuk bulan MEI 2015.
tapi bersempena pesta buku antarabangsa KL, novel ni keluar lebih awal. 
gembiranya bila ramai yang dah baca novel tu.
malah ada yang baca 1 hari dah boleh habis 734 mukasurat...!!
cayalah! huhuu....

ok!
ni review mereka yang dah baca novel GILA TAK RINDU.
saya screen shot dari instagram dan facebook. 









saya tak tahu macam mana nak gambarkan betapa gembiranya dapat buat pembaca menjiwai cerita dan watak dalam novel saya. 
alhamdulillah....

~end~

Tuesday, May 5, 2015

...bye bye PBAKL 2015...


3 Mei 2015 hari terakhir pesta buku kat pwtc. 
hari tu saya pakai t-shirt novel GILA TAK RINDU. 
saja je nak menunjuk yang saya ada baju tu. herherr...
ramai yang kata t-shirt tu cantik. t-shirt je yang cantik. :P

hari tu saya stay kat pwtc dari pukul 11 pagi sampai la PWTC tutup..!!
sebenarnya sebelum pukul 9 malam saya dah keluar dewan.
tapi dah keluar baru tahu hujan lebat giler.
dah la saya parking kereta kat luar bangunan PWTC.
so nak tak nak terpaksa la tunggu sampai hujan reda.
dalam pukul 10 malam jugak baru la saya dapat balik. 
huhuu...

anyway saya nak ucap terima kasih sebanyak bintang di langit.. 
seluas lautan yg terbentang pada yang datang dan beli novel-novel saya. 
yang sudi bergambar dengan saya dan beramah mesra.

saya ada kat PBAKL 25 & 26 april dan 1 - 3 mei.
sepanjang 5 hari tu saya promosikan novel GILA TAK RINDU.
saya sign autograph sekali. 
ada jugak yang nak bergambar.
tapi saya tak ada bergambar kat handphone saya.
saya macam takde mood nak bergambar.
tak macam tahun lepas.. penuh handphone saya dengan gambar.

sebenarnya saya masih tak berapa sihat. 
saya masih bergantung pada ubat. 
so muka jadi sembab, badan rasa lemah, takde mood sangat. 
tapi saya kuatkan semangat dan cuba senyum walaupun rasa macam senyum tak jadi. 
ngee..

oh!
mungkin ada yang tak tahu yang saya pernah admitted kat hospital. 
9 hari saya duduk kat hospital akibat radang darah.
nanti bila-bila saya akan cerita pasal penyakit saya ni.

so saya minta maaf jika ada kekurangan.