About Me

Wednesday, June 24, 2015

...iftar dengan yang MANIS-MANIS...


#RamadhanPickUpLines

amboi amboi amboi amboooii.... 
pick up line dia. 
boleh la kot sesiapa nak cuba-cuba pick up line dalam gambar ni kalau nak ajak crush iftar bersama. eh!
ahahhahaa...

btw ini la watak hero untuk my next novel. 
okey tak?
afgan syahreza.. penyanyi indonesia.
dia la yang nyanyi lagu paling popular Padamu Ku Bersujud.
sebab watak hero kali ni ada lesung pipit kat pipi dan pakai cermin mata.
so memang sesuai sangat la dengan afgan ni.

tajuk novel takde lagi. 
mungkin #ManisnyaKurmaKita atau dalam bahasa omputeh #OurDateSoSweet
ahahahaa.. 
mentang-mentang la sekarang ni bulan ramadhan.
#RamadhanPickUpLines lagi. lol 

~end~

Thursday, June 18, 2015

...puasa tapi TAK SOLAT?...

macam mana puasa hari pertama?
mesti rasa tak larat.
muka lemah je.
nak cakap pun malas rasanya.
rasa jam lambat je bergerak kan?
hehehee...

sabar-sabar.
hari pertama memang macam tu.
dah tiga empat hari nanti baru la rasa steady je.

ada orang tanya, kalau puasa tapi tak solat, boleh ke?
ye la... sebab ada yang beria-ia puasa.
tapi solat fardu tak cukup 5 waktu.
ada yang puasa tapi langsung tak solat.

haa... macam mana tu?
sama-sama kita tengok video ni kalau nak tahu jawapannya.
selamat beribadah.
(^____^)v


~end~

Wednesday, June 17, 2015

...harapan RAMADHAN...


salam kepada semua yang beragama Islam.
tahniah kerana diberi peluang bertemu dengan bulan ramadhan yang mulia tahun ni lagi.

alhamdulillah..

dikesempatan ni saya nak mohon maaf jika ada perkataan saya, perbuatan saya atau apa saja yang saya buat tak menyenangkan dan melukakan hati sesiapa. 
sesungguhnya saya hanya insan yang banyak kelemahan. 
maafkan saya.

saya doakan kita semua dapat menjalani ibadah puasa, terawih dan apa saja ibadah yang memberi ganjaran pahala dengan tenang setelah bermaaf-maafan. 
moga apa saja amalan yang kita lakukan di bulan ramadhan ni diterima Allah. 
amin ya rabbal alamin.

selamat menyambut ramadhan. 

~end~

Tuesday, June 16, 2015

...PELAKON novel Gila Tak Rindu...

komen daripada seorang yang TAK PERNAH baca novel.
dan PERTAMA KALI baca novel saya.
alhamdulillah.... hepi sangat sangat sangat!
hepi giler ganda kuasa sabun basuh cap TOP.
ahahhahaaa...

hepi sebab dapat buat dia 'tenggelam' bila baca novel GILA TAK RINDU.
dia siap dah bayangkan pelakon yang pegang watak kalau novel tu diadaptasi jadi drama.
hehehehee... 


klik gambar untuk bacaan yang lebih jelas.


insya-ALLAH... kalau ada rezeki tak ke mana.
doa-doakan la moga novel ni jadi drama ek? 
kalau tak ada rezeki nak buat macam mana kan?
rezeki tu Allah yang bagi.
DIA tahu mana yang terbaik untuk kita.

~end~

Thursday, June 11, 2015

...nama nenek URBAN...


macam tak percaya!
semalam 9.6.2015 saya dikurniakan cucu! 
anak takde lagi tapi dah dapat cucu. 
ahahahahaa...

syukur alhamdulillah. 
anak kakak saya menimang cahaya mata pertama baby girl.


sekarang ni saya tak tau nak gelarkan diri kat cucu saya ni apa. 
anak saudara panggil saya MUSU. 
so cucu nak panggil saya apa ek?

saya tak nak nama 'nenek'. 
oh tidak! 
ahahhahhaa...

ada cadangan nama utk saya tak? 
nama pangkat 'nenek' tapi kedengaran urban & moden.
lol


~end~

Wednesday, June 10, 2015

...beli novel ONLINE...

ramai yang kata susah nak cari novel saya kat kedai buku.
tak ada jual la.
dah habis stok la.
stok tak sampai lagi la.

kalau macam tu, beli je terus dengan saya.
insya Allah sentiasa ada stok.
siap ada tandatangan untuk kenang-kenangan lagi.

caranya senang je.
e-mel saya kat murni.aqila@gmail,com.
bagitahu nak novel apa, berapa kuantiti.
nanti saya akan bagi jumlah bayarannya.
postage semenanjung RM5.
postage sabah/sarawak RM10.
untuk ahli murninspire FC free postage.
nak jadi ahli murninspire FC kena beli kad ahli berharga RM10.
keahlian untuk seumur hidup. 
tak payah renew bagai.

lepas dah tahu jumlah bayaran, boleh bank in ke akaun maybank 562218111067 (inkprez enterprise).
bayar guna online banking boleh.
pergi kat mesin ATM pun boleh. 
guna mesin Cash Deposit pun boleh.
janji ada resit.

ambil gambar resit lepas tu e-mel kat saya.
bagi sekali nama, alamat & no phone.
insya Allah saya akan poskan secepat mungkin.
dengan guna pos laju, sehari dah boleh dapat novel tu.
senang kan?

setakat ni saya ada 7 buah novel:
1. Sebutlah Namaku (2008)
2. Ucapkan Kau Rindu (2009)
3. Cinta Aku Seadanya (2010)
4. Ingat Janji Kita (2011)
5. Sayang Awak, Sayang (2012)
6. Awak Jangan Nakal (2014)
7. Gila Tak Rindu (2015)

kalau nak baca sinopsis, nak baca novel secara online atau tonton trailer.. boleh la klik gambar-gambar novel kat ruang sebelah kanan blog ni.

dan saya akan terus berkarya, berkarya dan berkarya dan terus berkarya.
insya Allah...

~end~

Tuesday, June 9, 2015

...2nd print GILA TAK RINDU...

ya Allah... tak tahu macam mana nak cakap betapa seronoknya.
petang semalam ketua editor Kak Ruby wasap saya.
dia kata novel Gila Tak Rindu nak diulang cetak untuk 2nd print!
alhamdulillah... dalam tempoh sebulan novel ni diterbitkan dah diulang cetak.

yahooo...!!

cetakan pertama novel ni ada beberapa kesilapan yang dapat dikesan.
minor correction je.
biasa la typo sikit-sikit.
mana-mana novel pun akan ada kesilapan untuk cetakan pertama.
adat la tu. 
sebagai manusia tak lepas daripada kesilapan.
huhuhuu...


pagi tadi saya dah bagi re-edit copy novel ni pada editor. 
so segala kesilapan akan diperbetulkan. 
untuk cetakan kedua nanti insya Allah tak ada lagi kesilapan. 
kepuasan anda keutamaan kami. 
ewah!

yang belum beli novel Gila Tak Rindu ni jangan lupa beli ok? 


~end~

Monday, June 8, 2015

...menulis bukan kerana NAMA...

nak jadi penulis?
ni berita baik untuk anda.


kerjaya sebagai penulis ni mungkin ada yang anggap 'biasa saja'.
tak ada yang istimewa.
leceh!
buang 'karen'.
huhuhuu...

sejujurnya, saya tak menyesal menjadi penulis.
sebabnya?
1. saya dapat berkongsi sesuatu kepada pembaca. pengajaran/pengetahuan/pengalaman.
2. terapi untuk saya meluahkan perasaan yang berbuku. kalau ada yang saya tak puas hati tentang sesuatu perkara, saya akan selitkan dalam tulisan saya. herherr...
3. selagi buku saya tu dijual kat pasaran, selagi itu saya mendapat bayaran royalti. kalau nak royalti banyak, buatlah buku yang bagus dan best dibaca. boleh jadi income atau side income.
4. andai saya mati suatu hari nanti, buku-buku saya la yang saya tinggalkan buat semua sebagai kenangan. kenangan yang boleh dibaca, boleh dipegang, boleh dihayati, boleh disimpan sesiapa saja. nama saya dicatat kat buku tu sampai bila-bila. mungkin pada tahun 2175, buku saya masih dibaca. waahh... tahun 2175 tu! hahahhaa...

yang penting, tulis la yang baik-baik supaya memberi impak positif pada pembaca.
selagi buku kita tu memberi kebaikan, selagi tu kita dapat pahala.
insya Allah...

~end~