About Me

Saturday, June 25, 2016

...jodoh dengan LAILA...

Rasanya macam baru je beberapa hari di bulan Ramadhan.
Sekejap je dah sampai ke hari 10 terakhir.
Dan bila dah tiba 10 hari terakhir ni, mestilah kita tertunggu.
Bagaikan menunggu jodoh.
Harap-harap adalah jodoh dengan laila... 
Jangan salah faham. 
Nama pendek laila.
Nama penuh lailatul qadar.
Insya Allah.



Banyak kelebihan malam lailatul qadar ni.
Sebab tulah jadi rebutan bagi mereka yang tahu.
Yang tahu dan rasa rugi melepaskannya berlalu pergi.
Kalau panjang umur boleh jumpa lagi Ramadhan tahun depan.
Kalau tak... alangkah ruginya.



Tapi tak bolehlah hanya menunggu je.
Kenalah berharap dan berdoa serta berusaha nak berjodoh.
Kita doa sama-sama yek.
Mudah-mudahan Allah kabulkan doa kita.




Ketahuilah...
Antara doa malaikat jibril ialah:
"Celakalah orang yang menjumpai Ramadhan lalu tidak diampuni."

Lalu Rasulullah saw yang pada ketika itu melangkah tangga mimbir mengucapkan "Amîn."

Kita tak nak tergolong dalam kalangan yang celaka yang diaminkan Rasulullah saw.
Teramatlah rugi dia sama ada di dunia dan akhirat.
Nauzubillah minzalik.

Moga kita menjadi hamba yang dapat berjodoh dengan lailatul qadar dan diampunkan segala dosa agar tak menjadi orang yang celaka.
Amiinn...

~end~

Monday, June 13, 2016

...kenangan jualan gudang karangkraf 2016...

sebelum terlupa saya nak tayang gambar-gambar kenangan selama jualan gudang karangkraf pertengahan tahun pada 26 mei hingga 2 jun tempoh hari.
novel tunang tak guna secara rasminya berada di pasaran pada 27 mei 2016.
panas-panas keluar dari kilang masa tu.
seronok sangat dapat pegang novel tu.
dengan cover yang comel warna hijau merah tu rasa geram je.
huhuu...

terima kasih sangat-sangat kepada semua yang datang masa tu.
yang sudi bergambar dengan saya.
yang sempat saya turunkan tandatangan kat novel-novel saya.
terima kasih daun keladi.
ada jodoh kita jumpa lagi.
so layan la gambar-gambar ni.




























so sesiapa yang nak beli novel tunang tak guna bolehlah ke kedai buku berdekatan.
atau kalau nak beli online boleh beli di sini:
http://mall.karangkraf.com/webshaper/store/viewProd.asp?pkProductItem=4989

~end~

Monday, June 6, 2016

...1 RAMADHAN 1437...


alhamdulillah...
kita bertemu lagi dengan bulan yang penuh barakah.
penuh dengan keberkatan.
yang takkan sama dengan bulan-bulan yang lain.
yang sentiasa ditunggu-tunggu setiap tahun...
iaitu bulan ramadhan.

di kesempatan ini, saya mohon maaf kepada semua atas segala kekurangan, kelemahan, kesalahan, kesilapan dan kekhilafan.
saya maafkan juga segala salah silap sesiapa saja pada saya. 
sebab saya tak nak ada perasaan benci, sakit hati, dendam dan apa saja yang mengotori jiwa.
yang mencacatkan atau mengurangkan pahala saya.
moga tiada yang menghalang segala ibadah kita diterima Allah di bulan yang mulia ini. 
dan moga kita dipertemukan dengan lailatul qadar. 
amin..

salam ramadhan al-mubarak.
moga ramadhan tahun ini lebih baik dari tahun lepas.
insya Allah.

~end~

Friday, June 3, 2016

...lolongan HISTERIA...


Jemput baca cerpen seram saya yang pertama.
Sudi-sudilah bagi sokongan pada saya.
Terima kasih.

*-*-*-*-*

Heboh bila sebuah rumah sewa yang didiami student U jadi tumpuan jiran tetangga. Puncanya disebabkan salah seorang student itu histeria. Student perempuan pulak tu!

Kawan serumah yang seramai 2 orang tu menggigil tengok perempuan yang histeria tu meracau-racau terjerit-jerit. Satu taman dengar suara yang bisa merindingkan bulu roma. Ada kala kedengaran seperti menghilai. Sudahlah ketika itu remang-remang senja mula kelihatan. Masing-masing tak berani masuk ke dalam rumah sewa itu. Hanya terjengah-jengah dari luar pagar.

Setelah seketika melolong dan meracau, gadis itu rebah tak sedarkan diri. Melihat sahabat yang sudah terlentang di tengah-tengah ruang tamu, 2 orang sekawan itu tak berani mendekat. orang kata, kalau sorang dah kena histeria... jaga-jaga! benda halus ni akan mengganggu sesiapa saja yang berhampiran sampai histeria juga. benda yang kita tak pernah nampak, akan muncul makhluk hodoh menyeringai nampak gigi taring berdarah depan mata.

"Err... kita jirus Ina dengan air. mesti dia sedar balik," cadang Aini yang kesian melihat Ina tak sedarkan diri di atas lantai.

"Kalau dia sedar lepas tu histeria semula macam mana? Nanti dia cekik kita!" Ros menggeleng kepala tak setuju.

"Ya Allah... macam mana nak buat ni? Bangunlah, Ina. Kenapa kau boleh histeri pulak ni? Kau nampak apa? Ya Allah..." Aini seperti nak menangis. Dia melilaukan pandangan ke setiap segenap sudut rumah. Riak takut tergambar di wajahnya. Macam-macam rupa bayangan yang menakutkan menerpa ke fikiran.

Ros memeluk Aini. Dia juga takut sebenarnya. Dari tadi tubuhnya menggeletar. Jantung berdegup macam nak pecahkan dada. Dia turut meliarkan pandangan ke setiap sudut rumah sewa mereka. Inilah kali pertama mereka mengalami situasi begini.

"Kita minta tolong orang pulihkan Ina. Yang pandai bab-bab ilmu ghaib ni." Ros pula terfikir nak minta bantuan.

"Nak minta tolong siapa? Kita dahlah tak kenal orang. Kita baru je pindah rumah ni bulan lepas. Kalaulah aku tahu rumah ni berpuaka, aku tak ingin nak duduk kat sini," gumam Aini. Bertimpa-timpa rasa menyesal.

"Assalamualaikum..."

Mendengar suara dari luar rumah, bergegas Ros dan Aini keluar. Lega apabila melihat seorang lelaki yang berjubah dan berkopiah muncul di situ. Mengikut perkiraan mereka, pasti lelaki itu seorang ustaz. Mereka menjawab salam lelaki itu.

"Saya dengar, ada yang histeria dalam rumah ni." Lelaki itu berbicara dengan sopan.

Serentak Ros dan Aini mengangguk.

"Kawan saya histeria tadi. Sekarang dia dah pengsan. Ada kat ruang tamu tu, ustaz." Aini memberitahu.

Mendengar kata-kata Aini, lelaki itu terdiam. Dari ekor mata dia memandang ke satu arah dengan tajam.

Ros dan Aini memerhatikan tingkah lelaki itu. Dari pandangan lelaki itu bagaikan ternampak sesuatu yang menyeramkan ketika ini. Makin berdiri bulu roma mereka. Dibiarkan saja lelaki itu kemudian melangkah masuk. Di luar pagar masih ramai yang terjenguk-jenguk nak tahu apa yang berlaku.

Lelaki itu kelihatan terkumat-kamit membaca sesuatu yang tak didengari mereka. Sambil membaca, matanya meliar ke siling rumah. Tak lama kemudian lelaki itu melutut di tepi Ina yang masih tak sedarkan diri. Lelaki itu tunduk ke tepi telinga Ina. Mulut masih terkumat-kamit.

Terkejut Ros dan Aini sampai melompat ke belakang dengan mata terbeliak bila melihat Ina sudah sedar, bangun dan duduk berlunjur.

Lelaki itu memandang Ros dan Aini sambil mengukir senyum. "Alhamdulillah... semuanya dah selamat." Lantas dia keluar dari rumah sewa itu.

Ros dan Aini terus menerpa Ina.

"Kau okey ke, Ina? Apa jadi dengan kau ni?" Aini betul-betul risau.

Ina mengangguk-angguk. Kelihatan dia seperti berfikir.

"Macam mana kau boleh histeria ni, Ina? Kau nampak apa-apa ke?" soal Aini lagi.

Ina menggeleng. "Aku stress agaknya. Assignment banyak sangat nak kena buat. Aku rasa penat kot."

Aini dan Ros fikir, mungkin Ina tak nak berterus terang. Sebab risau kalau mereka takut nak tinggal di rumah sewa itu lagi.

"Hebat betul ustaz tu. Sekejap je kau dah sedar. Dah tak histeria. Dia baca apa kat kau, Ina?" Ros kagum sungguh dengan lelaki tadi. Teroikat dia dibuatnya.

Ina mengingat semula. "Kat telinga aku dia bisik... Yusuf Taiyoob. Yusuf Taiyoob. Baru aku sedar yang Ramadan hari Isnin ni. Aku tak tempah baju raya lagiii...!!!"

Mendadak Aini dan Ros berdiri bercekak pinggang. Kembang kempis hidung mereka menahan marah.

Mengekek Ina gelak. ekekekekekkeee....

p/s: cerita ini tak ada kena-mengena dengan sesiapa saja yang masih hidup, yang pengsan, yang dah meninggal dunia atau yang menaiki kapal terbang. lol

selamat menyambut ramadan semua...
jangan puasa yang yang yok pagi pagi bukak periuk.
huhuu...

~end~

...on air di selangor fm...

pada hari rabu lepas 26 mei dalam keadaan kelam kabut saya sempat promosikan novel tunang tak guna kat selangor fm.


tak lama pun on air.
dari 3.10 sampai 3.40 petang je.
seronok kenal dengan DJ anis yang handle segmen tu.
ceria dan menghiburkan.
best!






tahniah pada 2 pemenang yang jadi caller bertuah menang novel saya.
dan maafkan saya kalau terlebih lebih masa on air.
sebab saya rasa macam banyak gelak dari cakap pulak
tak percaya boleh tengok video ni.
huhuu...


harap-harap lain kali selangor fm panggil saya lagi.
jadi DJ mungkin.
ahahhahahhahaaa...
lol

~end~