About Me

Tuesday, December 28, 2010

...beRHaraP...

Hidup kita ni sebenarnya penuh dengan harapan.
Dan harapan tu sarat dengan kemanisan.
Tanpa sedar, kita selalu mengharap.
Dan banyak berharap.

Berharap.....
mentari yang tumbuh di ufuk timur terus menyinar.

Berharap.....
angin yang berhembus terus menyamankan.

Berharap.....
hujan yang membasahi bumi turun bersama rahmat-Nya.

Berharap.....
senyuman yang terukir menyejukkan jiwa yang memandang.

Berharap.....
kasih sayang yang ikhlas dari hati takkan luntur warnanya.

Kerana kala hidup sendinya dengan BERHARAP.....
segala-galanya menjadi HIDUP.














Tapi ada orang kata kita tak boleh menaruh HARAPAN.
Kala jatuh kerana tak tergapaikan ia, SAKITNYA AMAT PERIT.
Cukuplah..... 
jangan mengharap lagi.

~berhenti~

Sunday, December 12, 2010

...datang & temui aku...

Susah betul nak jiwai scene yang sedih-sedih kalau hati tengah gembira.
Selagi menulis tak menangis, selagi tulah tak puas hati.
Terpaksa cari lagu yang jiwang-jiwang nak bagi mood syahdu datang.
Ada satu lagu ni memang tangkap meleleh.
Bila pasang lagu ni, lepas tu menulis, air mata tak semena-mena berderai.
Lepas tu terus menangis tak berhenti.
Sebab lagu ni ada kena-mengena dengan diri sendiri pulak. 
Padan muka.
Ahahahaaa......

Thanks pada Mala yang introduce lagu ni kat Moon.
Sangat berkesan untuk cari idea yang sedih-sedih.
Sayang kamu banyak. (^_^)v
♪♫•*¨*•.¸¸❤¸¸.•*¨*•♫♪

SAAT AKU MENCINTAIMU - DADALI BAND
Mengapa kau pergi, mengapa kau pergi,
Di saat aku mulai mencintaimu,
Berharap engkau jadi kekasih hatiku,
Malah kau pergi jauh dari hidupku.

Menyendiri lagi, menyendiri lagi,
Di saat kau tinggalkan diriku pergi,
Tak pernah ada yang menghiasi hariku,
Di saat aku terbangun dari tidurku,

Aku inginkan dirimu datang dan temui aku,

Kan ku katakan padamu aku sangat mencintai dirimu,
Aku inginkan dirimu datang dan temui aku,
Kan ku katakan padamu aku sangat mencinta.

Menyendiri lagi, menyendiri lagi,
Di saat kau tinggalkan diriku pergi,
Tak pernah ada yang menghiasi hariku,
Di saat aku terbangun dari tidurku.

Aku inginkan dirimu datang dan temui aku,
Kan ku katakan padamu aku sangat mencintai dirimu,
Aku inginkan dirimu datang dan temui aku,
Kan ku katakan padamu aku sangat mencinta.

Semoga engkau kan mengerti tentang perasaan ini,
Maaf ku telah terbuai akan indahnya cinta,
Maaf sungguhku tak bisa untuk kembali padamu,
Maaf ku telah terbuai akan indahnya cinta.

Aku inginkan dirimu datang dan temui aku,

Kan ku katakan padamu aku sangat mencinta,

Aku inginkan dirimu datang dan temui aku,
Kan ku katakan padamu aku sangat mencinta.

-*-*-*-*-*-*-

Bahasa hati memang susah nak difahami.
Apatah lagi mengalami situasi di mana sebuah perasaan cinta mula berputik.
Tapi tak terluahkan. 
Bila kita dah mula cintakan seseorang, ingat senang ke nak ubah jadi tak cinta pulak?

~end~

Tuesday, December 7, 2010

...ingin HIJRAH...

Susah nak ubah perangai buruk. 
Kan? (-_-)
Moon tak tau macam mana nak kikis sifat negatif dalam diri.
Ada 1 sifat yang Moon rasa takkan berubah sampai bila-bila.
Moon jenis yang CEPAT SERIK.
Huhuuu.....

Sungguh. Tak tipu.
Sekali Moon 'terkena'.... dia punya rasa serik tu memang 'makan dalam'.
Entahlah ek.
Tak tau kenapa.
Dah cuba dah tak nak feeling sangat. Tapi tak boleh jugak.....
Susah nak tepis. Payah nak tangkis.
Tapi Moon taklah sampai nak berdendam dan bermusuh.
Moon akan buat macam tak ada apa-apa.
Cuma ambil masa yang lama nak 'pulih' dan kembali seperti biasa.

Pada sesiapa yang sakitkan hati Moon.....
yang khianat.....
yang cari gaduh.....
yang cari pasal.....
yang tikam belakang.....
yang 'plastik'.....
dan yang sewaktu dengannya.
Moon akan jarakkan diri dan tak akrab macam dulu.
Bukan niat nak membenci. Tak.....
Cuma Moon rasa serik. Takut hal yang sama berulang lagi dan lagi.
Hati rasa sangat terhiris wooo..... =P

Rasa-rasa, perlu ke Moon 'berhijrah' dari sikap ni?
Emmm..... mungkin kot.
Tengoklah nanti. 
Bergantung pada situasi dan mood.
Juga bagaimana cara hati Moon 'diambil' semula.
Heheee.....

Walaupun tak tahu entah bila Moon akan 'berhijrah' dari sifat ni.....
Moon tetap nak ucapkan salam maal hijrah 1432.






















~end~

Wednesday, November 24, 2010

...peJamKan maTaMu...

Soalan yang paling biasa Moon dengar:
"Macam mana dapat idea menulis?"
Jawapan yang biasa Moon bagi:
"Kena banyak berangan. Ahahahhaaa....."

Kedengaran macam Moon main-main. Kan?
Tapi sebenarnya Moon sangat serius. (Ini serius....)
Wahhh..... berangan pun boleh bikin duit.
Jangan fikir berangan tu kerja mudah tau.
Ia memerlukan tenaga dalaman yang cukup rakus.
Barulah keluar segala aura daya imaginasi yang mantooopp. Huhuuu....
Kalau nak tahu, kena banyak 'menuntut'. (^_^)v

Selain berangan.....
dengar lagu-lagu yang puitis pun banyak membantu.
Serius sekali lagi.
Bila mengarang, Moon mesti nak dengar lagu.
Lebih-lebih lagi lagu yang jiwang 24 karat tahap lelehan obesiti.
Ahahahaa......
Nak menegaskan tu kena over sikit. Hehehee.....

So.....
mulai entri ni dan kemudian berterusan dalam entri yang lain....
Moon akan tulis lirik lagu yang biasa Moon dengar untuk menghayati penulisan.
Kemudian Moon akan ulas lirik tu berdasarkan perspektif Moon.
Dari sisi sudut pandang yang hanya seluas katak bawah tempurung. Hahahaaa.....
Terima laa.....

SUNGAI LUI - AIZAT
Pejamkan matamu untukku
Dengarlah dunia berkata-kata
Usah kau ragu di sini tempatmu
Walau berubah di mata kita tetap indah
Selagi kau masih percaya

Ketawa kecewa terpisah
Jalan yang lurus kian berhalang
Adakah semua ini yang ku inginkan
Atau pun hanya mengejar dunia semata-mata
Ku harap ku masih percaya

Adakah semua ini yang ku inginkan
Atau pun hanya mengejar dunia semata-mata
Ku harap kau masih percaya

Buka matamu
Biar aku memelukmu
Kita bersama masih muda masih mentah
Ku harap kau masih percaya

Selama ini...... 

-*-*-*-*-*-*-

1st of all..... abaikan tajuk lagu ni. Huhuuu.....
Lirik lagu ni simbolik.
Yang paling Moon suka..... mula-mula dia suruh kita pejam mata.
Hayati segala yang kita ada, juga di sekeliling kita dengan hati.
Setelah kita rasa bahawa keindahan tu sebenarnya ada di hati, barulah dia suruh buka mata.

Alaaa...... chumel nyerrr...... sweet sangat-sangat. (^_^)v
Kan dah feeling dah. Ahahahaaa......
Dengan irama yang harmonis.... memang rasa terbuai.
Dan sebenarnya bila dengar lagu ni buat Moon teringatkan seseorang.
Hurrrmm.......
Dah, dahhh..... tak nak ingat dan tak nak fikir.

~end~

Wednesday, November 17, 2010

....aiDiL aDha....

kita rasa dah terlalu banyak berkorban selama ni.
korbankan tenaga.....
korbankan wang.....
harta benda.....
masa.....
perasaan.....
segala-galanya.

jika kita rasa sudah banyak berkorban dan mengorbankan.....
tapi takkan dapat menandingi pengorbanan Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail a.s.
dan kemudian pengorbanan para anbiya, para auliya..... 
dan semua pejuang agama Allah di sepanjang zaman.

ÜžSÜžAÜžLÜžAÜžMÜž       ÜžAÜžIÜžDÜžIÜžLÜžAÜžDÜžHÜžAÜž 

~end~

Sunday, November 7, 2010

...noVembeR raiN...

...4 Nov 2009...
Happy sangat bila dia call Moon.
Kitorang berborak-borak. Lama.
Sebab hari tu birthday dia.
Jadi dia boleh call Moon. Free.
Bukan sekali dia call.
Sampai 4-5 kali.
Macam-macam yang kitorang borak.
Sesekali diselang-seli dengan ketawa.
Ada harapan dalam setiap kata-katanya. 


...4 Nov 2010...
Takkan ada panggilan daripada dia lagi.
Tak mungkin dapat dengar suara dia semula.
Moon cuma boleh dengar suara dia di dalam hati.
Terdengar-dengar dia menyebut nama Moon.
Bergema-gema teringatkan tawa riangnya.
Ucapan hari jadi dah tak ada guna.
Panggilan percuma sepanjang hari pun tak ada maknanya lagi.
Sebab dia sudah dipanggil ILAHI.

Moon rindu dia...... 
Terlalu rindu.


 
















November.....
It's raining. 
Outside and inside. 

~end~

Monday, October 25, 2010

uNtuk diA..... keRana ciNta













 


Dia.....
Dulu dia punya hati yang ingin dikasihi. Dia juga amat pengasih.
Bertemu cinta kala dia merasakan keindahannya mengasyikkan.
Dia larut dalam cinta yang dicipta bersama perasaan rindu.
Segala-galanya begitu sempurna dan menyempurnakan hidup dia.

Tapi bentuk cinta itu ada tajam di hujungnya.
Amat menyakitkan kala tertikam di hati.
Curang. Tak setia. Khianat. Tiada kejujuran..... semua itu jadi duri.
Dia memendam rasa kecewa hingga tercetus api yang membara.

Di celah-celah hati dia mula muncul sebuah dendam.
Ingin dibalas kekecewaan yang melumpuhkan seluruh kudratnya.
Setiap jiwa akan merasa kepedihan yang pernah dia rasa dulu.
Satu demi satu hati dilukai..... demi mentertawa sebuah cinta yang dipermainkan.
Dan hati yang telah dilukai itu turut menyimpan dendam yang sama.
Dilukai hati yang lain pula sehingga sama berdarah seperti hatinya.
Hati yang lain juga begitu. 
Kerana sudah terluka, ingin pula melukakan.

Di mana ia akan berakhir?
Di mana tempat ia berpenghujung?
Insan..... tiada lagi berjiwa suci, yang membawa cinta semerah hati.

Dia.....
Jangan biar luka di hati terus berdarah.
Usah biar kekecewaan dulu membayangi setiap langkah.
Melukakan takkan dapat merawat parah yang dia pernah alami.
Hati yang luka itu penawarnya hanya kasih sayang..... bukan kebencian.
Kerana cinta menjadi berharga andai tidak pernah memiliki.
Saat dia tidak menemukan cinta lagi, jangan pernah mengharap ia akan kembali.

~end~

Wednesday, October 20, 2010

...beR + ubaH + Lah...

Setelah bertahun-tahun......
Bertemu semula dengan member-member 1 sekolah dulu.
Rasa macam tak percaya je boleh jumpa balik. 
Semuanya kerana dipisahkan oleh masa dan jarak.

Bila jumpa, antara ayat yang kerap Moon dengar:
"Kau tak berubah. Sama macam dulu."

Moon berkerut dahi memikir.
Betul ke Moon tak berubah? Rasanya dah banyak transformasi berlaku pada Moon.
Dari segi fizikal kot. 
Tapi takkan Moon sama kecik, sama comel dengan muka naif giler macam dulu-dulu jugak?
Ahahahhaaa...... memang tak patut.

Terus terang.... sejujurnya Moon nak dengar diorang cakap:
"Iskhh..... lainnya kau sekarang. Dah tak macam dulu."

Mungkin ada yang tak setuju dengan pendapat Moon ni. 
Mesti ada yang lebih suka kalau dikatakan masih seperti dulu.
Terpulanglah pada diri masing-masing.

Bagi Moon, apa salahnya berubah kalau yang positif.
Dan sebenarnya Moon dah berubah, tak macam dulu.
Moon bukan lagi orang yang akan mengulangi kesilapan lalu.
Juga sedang memperbaiki kelemahan dan kekurangan diri.






















~end~

Sunday, September 26, 2010

...hiLanG & peRgi...


Masa bulan puasa Moon berbual di telefon dengan satu-satunya kakak yang Moon masih ada.
Perbualannya lebih kurang begini:

Kakak : Sedih tak raya nanti tak ada arwah Tini? Terasa tak, dik?
Moon : Sedih sangat, kak. First time dia tak ada dengan kita.
Kakak : Akak bila teringatkan dia, akak mesti menangis. Rasa macam tak percaya dia yang pergi dulu.
Moon : (Diam menahan sebak)
Kakak : Adik balik tak beraya rumah arwah?
Moon : Mestilah balik. Kesian kat anak-anak dia. First time dia orang beraya tak ada mak.
(Diam lagi. Teringat kenangan raya tahun lepas)
Moon : Tahun lepas kita bertiga beraya sakan. Tulah kenangan terakhir dengan arwah. Nasib baik kita ada ambil gambar bertiga. Kan kak?
Kakak : Baru akak teringat, dik. Kata orang-orang tua, tak baik bergambar ganjil. Kena genap. Tak boleh ambil gambar bertiga. Ada yang meninggal nanti. Menyesal pulak rasanya. (Sambil mengeluh)
Moon : Tak baik akak percaya benda-benda macam tu. Syirik, kak. Dah ajal dia dah sampai.
Kakak : (Terdiam seketika sebelum bersuara semula) Yalah... kita tak pernah bergambar tiga beradik. Bila dah bergambar, jadi macam ni pulak.

Moon tengok balik gambar-gambar raya tahun lepas. 
Dalam hati, Moon masih menafikan kepercayaan yang karut tu. 
Tak mungkin kerana bergambar tiga orang, salah seorangnya tak panjang umur. 
Mujurlah kitorang tiga beradik perempuan dalam keluarga ada bergambar bersama. 
Bukan banyak pun. Tiga keping je. 
Kalau tak, mesti tak ada kenangan dengan arwah.






















Tapi raya tahun ni, Moon langsung tak ada mood nak bergambar. 
Biasanya Moon yang paling suka mengusung kamera ke sana ke mari. 
Sama ada kamera digital atau kamera handphone... 
satu pun tak ada gambar raya Moon sekeluarga. Langsung tak ada. 
Entahlah... mungkin semangat tu hilang pergi bersama arwah.

~end~

Friday, September 17, 2010

...cinta AKU seadanya...


Salam Syawal.....
Hari raya kali ni Moon dapat hadiah.
Lebih bermakna daripada duit raya.
Tapi tak sangka Moon masih dapat lagi duit raya tahun ni.
Maknanya Moon masih remaja lagi la kan? 
Ahahaahaa......

Moon tak nak bagitahu berapa ratus duit raya yang Moon dapat. 
(Ceh! Tak nak bagitahu konon. Tapi siap sebut nilai pulak. Huhuu...)
Moon nak warwarkan hadiah yang diterima.
Tadaaa.....

SINOPSIS:
Andai manusia bisa memilih, tidak mungkin ada yang mahu dilahirkan serba kekurangan, apatah lagi penuh kecelaan. Akan tetapi, mana mungkin itu terjadi. Kuasa ALLAH membataskan segalanya. Kerana itu, Syifa menerima segala ketentuan ILAHI dengan penuh redha. Dipujuknya hati setiap kali dicaci hanya kerana mempunyai tanda lahir di pipi. 

Apa pun bagi Nafisah, Syifa adalah anugerah istimewa dari TUHAN dengan kelebihan tersendiri hingga dia berhajat menyunting Syifa untuk dijadikan isteri buat anaknya, Muszahri. Dan Syifa, nyata terkejut dengan keputusan Muszahri yang sudi menerimanya.

Duka dan malang datang bertimpa. Entah apa silapnya, Muszahri langsung tidak menyentuhnya selepas mereka diijabkabulkan. Luna, gadis yang memuja Muszahri pula tidak jemu-jemu cuba meruntuhkan istana cintanya. Malah kakak kandungnya sendiri, Zahra sering mencurah bicara berbisa mencacinya. 

Syifa kelelahan. Kalau bahagia bukan tercipta untuknya, apalah daya. Mungkin itu sudah takdirnya... dipandang tanpa hati, mencintai tanpa dicintai.

 ..............

Terima kasih pada sesiapa yang dah dapatkan novel ni.
Terima kasih juga pada yang dah komen kat Facebook.
Dan terima kasih kerana CINTA AKU SEADANYA.

~end~

Thursday, September 2, 2010

...ikHLasKan HaTi moHoN keMaaFan...

Perkataan yang paling cute ialah MAAF.
Tiga huruf je... tapi bila disebut, api yang menyala-nyala boleh jadi air batu.
Ajaib kan?
Kalau yang mendengar tak terasa apa-apa, kena siasat dalam hati dia.
Mungkin kat situ ada tabir hitam yang berselimut.
(Ngeri pulak ayat ni...)

Di kesempatan berada di bulan Ramadan yang mulia ni....
Dan bulan Syawal yang bakal menjelang....
Moon nak minta MAAF pada sesiapa saja yang mengenali Moon.
Setiap manusia tak terlepas buat salah dan silap.

Dalam bermesra mungkin terkasar bahasa.
Dalam bergurau mungkin terlanjur senda.
Dalam berjanji mungkin masih ada yang belum dikotakan.
Dalam berbicara mungkin ada menyinggung rasa.
Jika ruang masih ada, KEMAAFAN jua yang Moon pinta.

Salam lebaran...
Moga Aidilfitri kali ini memberi keinsafan diri.

 
















~end~

Tuesday, August 17, 2010

...RamaDan YanG inDaH...

Hari ni genap seminggu kita berpuasa.
Rasanya masih tak terlambat nak ucap selamat berpuasa kan?
Heheeheee....

Cerita pasal puasa ni yang paling best mesti zaman jadi budak-budak dulu.
Moon tak ingat sejak bila belajar puasa.
Rasanya masa umur 6 tahun... masa sekolah tadika.
Itu pun banyak 'tuang'. 
Entah berapa hari je yang Moon puasa.
Sampaikan dah sekolah rendah pun tak pernah puasa penuh.
Ada je sebab tak boleh puasa.
Terlajak tak bangun sahur la...
Lupa niat la...
Terbatalkan puasa la...
Ahahhahaaa.....
Biasalah.... budak-budak. (Ah, alasan!)

Dah sekolah menengah pun tak pernah puasa penuh jugak.
Oopss.....
Err.... kali ni alasan munasabah, tak boleh nak marah.
(^_^)v

Moon ni jenis yang liat nak bangun sahur. Huhuu.....
Dari kecik sampai ke besar.
Bangun mesti dah nak hujung-hujung waktu imsak.
Tapi sekarang tak berapa nak liat sangat la.
Liat-liat kenyal je. Ahahhaaa.....
Lagipun kita digalakkan melambat-lambatkan sahur kan? Kan? (Alasan lagi!)

Apa-apa pun, niat puasa kena betul.
Bukan nak menunjuk-nunjuk.
Bukan nak kuruskan badan.
Bukan kerana terpaksa.
Bukan alasan tak nak buat kerja lebih.
Tapi hanya kerana ALLAH.

Selamat berpuasa pada semua untuk 23 hari lagi.
Salam Ramadan al-Mubarak 1431.

~end~

Monday, August 2, 2010

...masih TERASA...


Tarikh 1 Ogos dipilih sebagai Friendship Day.
Tak ramai yang tahu dan tak ambil tahu.
Sama macam Moon.
Moon tahu pun sebab ada kawan wish dengan SMS.
Ahhahhaa.....

Banyak kata pujangga mengenai kawan yang dicipta.
Antara yang paling Moon suka:
"Life smile at you
when you happy.
Life salutes you
when you make others happy."

Dan banyak juga sebab kenapa kita nak berkawan.
~> Bila ada kawan, kita tak rasa sunyi.
~> Kalau susah, boleh minta tolong.
~> Boleh berkongsi pendapat, pengetahuan, pengalaman, bla bla bla...
~> Nak pinjam apa-apa, cakap je. Duit, kereta, barang yang mahal-mahal & apa saja.
~> Senang nak bergosip. Wakakaakaaa...
~> Boleh jadikan sebagai tempat pelepas kebosanan.
~> Hidup takkan jadi macam kera sumbang. Keseorangan lagi menyedihkan.
~> Boleh ambil kesempatan demi kebaikan diri. (Hisy3... tak baik buat macam ni)
~> Rasa diri penting bagi orang lain.

Walau apa pun alasannya, kita mesti ingat.
Kawan jangan dicari hanya bila memerlukan saja.
Dan berlaku ikhlas la.

Tapi kalau ada yang anggap Moon kawan bila dia dah tak ada kawan, Moon takkan marah.
Sebab Moon tak nak tahu apa yang Moon TERIMA dari dia.
Sebaliknya... Moon nak fikir apa yang boleh Moon BERI.

~end~

Saturday, July 17, 2010

...rasa yang TERTINGGAL...


Malangnya diri bila menjadi mangsa.
Moon berada pada waktu, tempat, lokasi dan situasi yang salah.
Atas semua kesalahan yang disalahkan tu, Moon digelar MANGSA KEADAAN.

Tipu kalau Moon kata Moon tak sedih.
Bukan setakat sedih, tapi sedih banyak.
Sampaikan Moon cuba nak berpura-pura tak sedih pun susah sangat rasanya.

Kononnya, Moon antara kawan baik yang tak seberapa ramai tu.
Memegang status kawan baik, Moon fikir Moon boleh menggembirakan.
Bahkan Moon harap boleh membuatkan dia jangan bersedih.
Nasihat, teguran dan kata-kata semangat Moon mungkin diperlukan.
Dan Moon fikir ada tempat untuk Moon berkongsi suka, duka, pahit dan derita.

Lebih terkilan, Moon meriwayatkan kisah yang tak pernah Moon khabarkan pada orang lain.
Hanya pada dia.
Sedangkan bagi dia... Moon sebenarnya bukan siapa-siapa.

HATI INI TELAH LULUH.

~end~

Tuesday, June 22, 2010

...mEniLai diRi...


Dalam segmen tinta penulis novel Ucapkan Kau Rindu, Moon ada catatkan sesuatu.
Dan ada pula yang sukakannya. 
Thx... (^_^)

So, Moon nak abadikan tulisan tu di blog ni pula.
Ayatnya begini:

"Penceritaan tanpa mesej ibarat kertas yang kosong.
Novel ini dicipta untuk menyampaikan kepada pembaca bahawa; 
setiap manusia yang hadir dalam hidup kita, sama ada berpersonaliti 'jahat' atau baik...
semuanya ada peranan tersendiri.

Sungguh mustahil dalam sebuah kehidupan hanya dikelilingi mereka yang baik-baik sahaja. 
Pasti wujud insan yang mencetuskan pergolakan. 
Di situlah bergunanya akal yang positif. 
Menilailah dengan lebih berhikmah, agar lubuk dendam tidak akan berdasar di dalam hati."

Dulu... Moon pernah menempuh perjalanan hidup yang sukar.
Dugaannya begitu besar apabila berdepan dengan si pendera perasaan.
Tiada bezanya jika didera secara fizikal.
Cuma perasaan yang didera tidak terzahir di mata, sebaliknya bernanah di jiwa.
Mental yang ketika itu sangat rapuh akarnya menerima impak.

Sering Moon menangis... tertanya-tanya, kenapa Moon dipertemukan dengan manusia sedemikian rupa?
Sukar nak menjawab soalan tu. Sampai sekarang Moon tak ada jawapannya.
Apa yang pasti, ia mengajar Moon agar tak memperlakukan perkara yang sama pada orang lain.

Hikmahnya...
Moon jadi diri Moon yang sekarang.

~end~

Thursday, June 3, 2010

...pEcaHkaN beLenggU iTu...

"MENGKRITIK tak bererti MENENTANG.
BERSETUJU tak semestinya MENYOKONG.
MENEGUR tak bermakna MEMBENCI.
Dan BERBEZA PENDAPAT adalah KAWAN BERFIKIR yang baik."

Moon suka sangat menghayati kata-kata sebegini.
Membuatkan Moon akan berfikir di luar kotak.
Berfikir dari sudut yang berbeza.
Cuba untuk tak mundurkan minda sendiri.
Betulkan yang biasa dan biasakan yang betul.
(^_^)v

Ramai yang MENGKRITIK dipengaruhi emosi nak MENENTANG.
Dan orang yang DIKRITIK merasa diri DITENTANG.

Kita rasa DISOKONG kalau ada yang BERSETUJU dengan kita.
Sedangkan sebenarnya SETUJU itu kerana dah tak kuasa nak melayan.

Setiap kali MENEGUR, pasti dikaitkan dengan MEMBENCI.
Padahal, berniat baik dengan teguran tu.

Kenapa ek?
Kenapa belenggu begini yang sering mengekang minda kita?
Dan kenapa kita susah nak anggap BERBEZA PENDAPAT membuatkan kita lebih BERFIKIR?

~end~

Tuesday, May 11, 2010

...sYukuR ku seDaR...

Kali ni, Moon nak cerita pasal sikap.
Kesimpulan yang Moon dapat buat tentang lumrah manusia ni ada 3.

Yang pertama -> ada orang yang buat silap, dan kemudian dia sedar.
Yang kedua -> ada orang, langsung tak sedar-sedar silap apa yang dia buat.
Yang ketiga -> ada yang sedar dia buat silap, tapi tak nak mengaku.

Hmmm...
Mungkin ada banyak lagi. Yang Moon terfikir cuma 3 aje.
Moon tak tahu Moon tergolong dalam kategori yang mana. 
Harap-harap yang pertama tu. (rasa-rasanya la. ahhahaahaa...)

Sebabnya...
Sejak akhir-akhir ni Moon banyak merungut.
Macam-macam yang nak dirungutkan.
Ada aje yang jadi bahan rungutan Moon.
Itu tak kena... ini tak puas hati.
Asyik-asyik nak merungut.
Kalau dah merungut tu faham-faham ajelah.
Membebel tak sudah-sudah.
Kadang-kadang tu sampai terkeluar dari mulut yang tak sedap didengar.
(teruknya aku!)

Apa yang terjadi adakala membuatkan kita berfikir.
Kiranya bermuhasabah diri gitu.
Moon soal diri sendiri.
Apa untungnya merungut?
Apa yang Moon dapat?

Yang pasti...
Semakin banyak Moon merungut, semakin kurang Moon mengucapkan syukur.
Sangat tak mungkin terjadi sambil merungut kita boleh sebut 'alhamdulillah...'

Mengenangkan itu, Moon terfikir sendiri.
Untuk apa merungut jika itu membuatkan Moon mendustakan nikmat yang diberi-Nya.
Apa saja yang kita terima, itu semua atas keizinan-Nya.

So...
Lebih baik kita banyakkan bersyukur - daripada lebih banyak merungut.

~end~