About Me

Friday, March 31, 2017

...nak novel PERCUMA?...


haaaa...
ini la cover novel terbaru saya.
ISTERI ACAH-ACAH.
alhamdulillah sekarang dalam proses percetakan.

nak tak novel ISTERI ACAH-ACAH ni percuma?

pergi ke facebook saya: Novelis Murni Aqila.
cari gambar cover novel ni yang saya upload.
sila mention nama sesiapa saja 1 org di ruangan komen. 
komen sebanyak mana pun boleh. tanpa had. 
sehingga la saya komen CLOSE. 
7 KOMEN TERAKHIR (7 nama) akan dapat novel free. 
yang komen saja yang dapat. 
nama yang di mention tak dapat taw. 
saya akan komen CLOSE pada bila-bila masa. anytime!

so komen SEKARANG dan jadi 7 KOMEN TERAKHIR untuk dapat novel ISTERI ACAH-ACAH percuma!

good luck~

-*-*-*-*-*-

sinopsis novel ISTERI ACAH-ACAH:

“Aku tak pernah bercinta dengan kau. Dah tu, buat apa kau terima aku jadi suami kau? Buat apa?!” jerit Jay bengang.

“Kenapa Abang Jay salahkan saya aje? Padahal, Abang Jay boleh pilih siapa yang Abang Jay nak jadikan isteri. Abang Jay boleh kata ‘tak nak’ depan tok kadi hari tu. Tapi kenapa Abang Jay diam?” Naik satu oktaf nada suara Hani.

Sepatutnya Hani Yusaira gembira kerana dijodohkan dengan lelaki yang dipuja sejak kecil. Tapi lain pula yang jadi. Dia dan Jay Zamir sama-sama tertipu. Dikahwinkan dalam keadaan terpaksa rela. Sedangkan dia ada Umar, sahabat yang sentiasa ada ketika dia susah atau senang. Dengan Jay, dia asyik bertekak tak habis-habis. Tapi takdir Tuhan itu cantik susunannya.

“Sebenarnya...” Jay menelan liur. “Boleh tak... err... boleh tak abang nak...”

Itulah titik tolak bermulanya sesuatu yang tak disangka-sangka! Walau hanya sebagai isteri acah-acah, Hani tetap mengorak langkah dengan hati yang tabah.

~end~

Thursday, March 23, 2017

...isteri APA?...

“Tolong..! Tolong..!” Suri menunjuk ke arah Hani yang tenggelam timbul kelihatan tak berdaya. “Cepat selamatkan dia. Ya ALLAH...” Air mata sudah bergenangan. Dada bergemuruh macam nak pecah. Berdebar-debar!

Salah seorang budak lelaki yang tadi begitu seronok bermain air, meluru ke arah Hani. Seketika kemudian barulah yang lain-lain berani menghampiri dan cuba nak selamatkan Hani juga. Yang di tebing merapat ke arah Suri.

Budak lelaki tadi sebaik saja dekat dengan Hani, tanpa berlengah terus memaut kolar leher baju Hani. Hani yang terlentang cepat-cepat ditarik menghampiri tebing.

“Hani... Hani...” Suara Suri kedengaran teresak apabila melihat Hani bagaikan tak sedar. Mata Hani kelihatan terpejam.

Dia dan kawan-kawan yang berada di tebing cuba membantu membawa Hani naik ke tebing. Hani dibaringkan di atas tanah.

“Hani!” Suri bertambah gabra apabila melihat Hani tak bergerak. Dada yang berdebar makan kencang debarannya. Muka terasa pucat tak berdarah. “Hani! Bangun, Hani!” Tubuh Hani digoncang-goncangkan dengan tangannya yang terketar-ketar takut.

Kedengaran suara berbisik-bisik.

“Dia lemas ke?”

“Dia dah tak bergeraklah,” kata yang lain pula.

“Tepi! Tepi! Dia lemas tu. Ke tepi semua!” Budak lelaki yang menyelamatkan Hani tadi menyelinap masuk dari kelompok yang berkerumun itu. Semua memberinya ruang.

Sambil teresak Suri mengengsot jauh sedikit dari Hani.

Tak berlengah, budak lelaki itu berlutut di tepi Hani. Kepala Hani didongakkan supaya dagu terangkat ke atas. Teknik CPR mula dilakukan. Budak lelaki itu menekap mulutnya ke mulut Hani.

Tercengang Suri ketika itu. Tak faham apa yang Hani diperlakukan. Oleh kerana dia dah terlalu takut, dibiarkan saja sambil menggenggam tangan sendiri yang sedang menggeletar.

Kemudian, tangan budak lelaki itu menekan-nekan dada Hani berulang kali. Keadaan Hani masih sama. Masih tak bergerak. Suri makin risau. Terbayang wajah ibu dan ayah Hani. Apa yang aku nak jawab nanti? Aku yang ajak Hani mandi kat sungai ni. Air matanya tumpah semula.

Sekali lagi budak lelaki itu menekup mulutnya ke mulut Hani. Dihembus lebih kuat. Sesudah itu, dada Hani kembali ditekan-tekan.

Tubuh Hani tetap kaku. Tak ada respons. Kejur.

“Hani! Bangunlah, Hani... bangunlah!” Suri makin tak tentu arah. Meraung dia melihat Hani kejang tak bergerak. Jantungnya berdegup sangat kencang. Makin menggigil dia.

Semua yang berada di situ tak berani bersuara. Hanya memerhati budak lelaki itu yang masih mencuba menyelamatkan nyawa Hani. Kali ketiga budak lelaki itu mengulang semula teknik CPR itu.

Suri sudah terasa tubuhnya longlai ketika ini. “Selamatkanlah Hani, ya ALLAH...” Dilihat Hani tetap tak bergerak. Dia menangis semahu hati. Kuat dia meraung. Tak sanggup nak terima kenyataan yang Hani dah tak bernyawa.

“Hani! Hani! Bangunlah, Hani. Hani! Hani!”

*-*-*-*-*-*


ini petikan dari novel ISTERI ACAH-ACAH yang bakal terbit tak lama lagi.
nak baca penuh boleh klik sini.

~end~

Wednesday, March 15, 2017

...mutiara KATA...

Saya share kata-kata mutiara yang patut disematkan di hati.
Moga kita sama-sama muhasabah diri.

1. Orang yang tak solat akan banyak masalah, tidak tenang, cepat marah, susah nak terima kenyataan dan selalu nampk salah orang lain.
- Ustaz Azhar Idrus


2. Walaupun ayah kita penagih dadah sekalipun, bila dia suruh solat, kita sebagai anak WAJIB tunaikannya.
- Ustaz Kazim Elias


3. Tidak solat punca utama penceraian dalam rumahtangga? "Jaga solat... Insya Allah bahagia."

- Ustaz Don Daniyal

4. Selalulah solat berjemaah walau payah macam mana pun. Boleh jadi jemaah itu dapat menampung pahala berlipat ganda.
- Datuk Ismail Kamus


5. Kalau kita sakit jangan takut untuk solat, at least kalau mati, mati dalam solat
- Ustaz Haslin Baharin


6. Selepas solat jangan tergesa-gesa bangun. Baca Subhanallah 33 kali, Alhamdulillah 33 kali, Allahuakbar 33 kali, doa kemudian baru bangun.

- Al-Habib Ali Zainal

7. Kalau orang yang solat pun belum tentu masuk Syurga, apatah lagi orang yang meninggalkannya.
-TG Syeikh Nuruddin Marbu Al-Banjari Al-Makki


8. Jagalah solat anda. Kerana solat itu adalah hubungan antara Allah dengan hambaNya.
- Sheikh Abdullah Jahaf


9. Menjaga solat boleh membersihkan dalaman kita. Puasa pula boleh membersihkan jiwa seseorang.
-Ustaz Dasuki Rani


10. Jangan cakap: "Pergi solat. Kalau tak, masuk api neraka!" Tapi cakap: "Jom solat. Nanti kita masuk SYURGA ALLAH sama-sama. Insya Allah...
- TG Harun Din


11. Kalau dalam solat tak dapat ingat Allah, mana mungkin luar solat mampu ingat Allah.
- Ustaz Pahrol



~end~

...KESILAPAN simpulan bahasa...

Ini kesilapan simpulan bahasa yang ramai tak sedar. 
Kesilapan berlaku disebabkan perubahan ejaan rumi daripada jawi.

1. HARAPKAN PAGAR, PAGAR MAKAN PADI
Pembetulan : HARAPKAN PEGAR, PEGAR MAKAN PADI


Keterangan :
Tahukah anda tiada Pagar Makan Padi tetapi Pegar yang makan Padi, kesalahan yang didapati dari perkataan rumi diambil daripada jawi. Kesalahan kita sendiri. Tidak masuk akal jika pagar yang memakan padi, betul tak?

Perlu di ingat dari dulu sampai sekarang mana ada pesawah pagarkan bendang mereka baik di Malaysia, Indonesia, China, India, Turkey, Jepun mahu pun Indo China, Thailand atau Myanmar.

Pegar adalah sejenis burung yang digunakan untuk menghalau burung lain.

2. MELEPASKAN BATUK DI TANGGA
Pembetulan : MELEPASKAN BATOK DI TANGGA


Keterangan :
Adalah tidak masuk akal jika Batuk iaitu ‘cough’ dilepaskan di tangga. Apa signifikasinya dengan maksud simpulan bahasa itu sendiri? Jadi sebenarnya adalah Batok.

Batok sebenarnya sejenis perkakas yang diperbuat daripada tempurung kelapa. Adat orang Melayu, sebelum naik ke atas rumah, kita akan basuh kaki dulu
dekat tempayan. Orang dahulu jarang yang berkasut. Batok digunakan untuk menceduk air dari tempayan untuk membasuh kaki.

“Melepaskan batok di tangga” bermaksud kita tak letakkan balik batok dekat tempat asal, iaitu kita tidak tinggalkan macam tu sahaja dekat tangga selepas digunakan. Daripada situlah ia bermaksud buat kerja separuh jalan.

3. MATA KERANJANG
Pembetulan : MATA KE RANJANG


Keterangan :
Menurut buku “Bahasa menunjukkan bangsa ” hasil karya Alif Danya Musyi, seorang penulis daripada Indonesia menyatakan bukan Mata Keranjang tetapi "MATA KE RANJANG" pisahkan "ke" dengan "ranjang" yang membawa maksud seseorang lelaki yang melihat perempuan sehingga mahu ke ranjang atau seks.

4. MERAH PADAM
Pembetulan : MERAH PADMA


Keterangan :
Sebenarnya bukan merah padam tetapi MERAH PADMA iaitu sejenis bunga teratai yang berwarna merah kemerahan (nama lain kepada “Teratai Merah”).

Kiranya kalau kita malu muka kita jadi merah seperti merah bunga Padma jika kita malu kepada si Jejaka/Gadis.

5. MENJOLOK MATA
Pembetulan : MENCOLOK MATA


Keterangan :
Makna mencolok mata ialah membangkitkan marah orang yang melihat, menyakitkan hati atau memberi malu. (Kamus Dewan)

Menjolok mata pula bermakna menusuk sesuatu dengan galah dan lain-lain, menusuk ke dalam lubang dan lain-lain. (Kamus Dewan)

6. SALING TAK TUMPAH
Pembetulan : SALIN TAK TUMPAH


Keterangan :
SALIN TAK TUMPAH bermaksud dua orang yang serupa benar. (Kamus dewan edisi ke4)

Jadi bersesuaianlah perkataan SALIN berbanding perkataan SALING maksud kata yang menunjukkan perbuatan dilakukan oleh dua pihak secara berbalas-balasan.


~end~

Wednesday, March 8, 2017

...tip melancong ke KOREA UTARA...

Korea Utara atau nama rasminya Republik Rakyat Demokratik Korea merupakan sebuah negara yang agak misteri. 
Apakah yang ada di sebalik tembok negara yang diperintah oleh Presiden Kim Jong-un ini? 
Jika anda ingin mengembara ke Korea Utara, ini tip yang harus anda ikuti untuk selamat kembali ke Malaysia.

1) Tiada penerbangan terus dari Kuala Lumpur ke Korea Utara
Pilihan yang terbaik adalah anda terbang ke Beijing, China dan menaiki kapal terbang Air Koryo dari Beijing ke Korea Utara dan juga kereta api. 
Pilihan kedua, anda boleh terbang ke Moscow, Rusia terlebih dahulu dan pergi ke Korea Utara dengan kereta api. 
Jika anda menaiki kereta api dari China atau Rusia ke Korea Utara, anda perlu melepasi satu kawalan dan semakan sempadan yang amat tegas dan memakan masa hampir 2-3 jam. 
Rakyat Amerika Syarikat dan Israel tidak dibenarkan memasuki Korea Utara.

2) Menerusi Hubungan Malaysia–Korea Utara, Malaysia menjadi negara pertama dan satu-satunya negara yang boleh masuk ke Korea Utara tanpa visa pelancong
Malaysia mempunyai kedutaan di Korea Utara dan juga Korea Utara mempunyai pejabat kedutaannya di Malaysia.

3) Anda tidak boleh melancong secara backpacking jika ingin ke Korea Utara. 
Anda haruslah menggunakan agensi pelancongan yang berdaftar dengan kerajaan dan perlu menandatangani perjanjian pelancongan Korea Utara terlebih dahulu
Harga bagi trip ke Korea Utara adalah dalam RM2700 bagi tiga hari (trip bajet).

4) Pelancong akan diberitahu untuk tidak mengambil sebarang gambar orang miskin, kerja-kerja pembinaan dan orang Korea Utara tanpa meminta izin
Jika ada yang ingin mengambil gambar patung gergasi Presiden Kim, haruslah mengambil gambar keseluruhan patung dan tidak dibenarkan mengambil gambar secara dekat terutamanya kepala. 
Kebiasaannya sebelum meninggalkan Korea Utara, ada petugas yang akan meminta kamera anda untuk menyemak gambar-gambar yang anda ambil. 
Jika ada gambar yang dilarang, kamera anda akan dirampas ataupun anda akan dipenjarakan.

5) Tiada rakyat Korea Utara yang dibenarkan akses kepada internet kecuali kakitangan kerajaan. 
Apatah lagi buat para pelancong. 
Panggilan keluar dari Korea Utara boleh menelan harga sehingga RM31 selama seminit.

6) Pelancong hanya dibenarkan menggunakan matawang Euro, RMB China atau USD sahaja.

7) Anda tidak dibenarkan keluar daripada hotel tanpa pemandu pelancong
Semua pergerakan anda ke satu-satu tempat haruslah dengan pemandu pelancong yang disahkan oleh kerajaan.

8) Pelancong juga tidak dibenarkan membawa sebarang buku-buku keagamaan masuk ke dalam Korea Utara
Hukuman mati boleh dikenakan jika anda membawa buku keagamaan, menonton sebarang pornografi serta tonton bahan hiburan Korea Selatan.

9) Memakai denim adalah dilarang bagi pelancong
Ia hanya dibenarkan untuk rakyat tempatan sahaja.

10) Di Korea Utara, hanya tentera dan pegawai kerajaan dibenarkan memiliki kereta. 
Rakyat biasa hanya menggunakan perkhidmatan kereta api, teksi dan basikal.

11) Makanan halal amat sukar dicari di Korea Utara. 
Jika anda mengikuti tour pelancongan sekali pun, agak mustahil untuk anda menikmati makanan halal.

12) Anda boleh membeli poskad Korea Utara dan mengepos poskad tersebut pada teman-teman di serata dunia kecuali Korea Selatan.

14) Walaupun pelbagai media menggelarkan Korea Utara bukan negara untuk dikunjungi oleh pelancong, namun Korea Utara adalah selamat untuk dilawati. 
Asalkan anda mengikuti semua peraturan yang diberikan.

~end~

...maka saya pilih untuk BERUBAH...


sebab saya dah pernah lalui liku-liku jadi bahan ketawa, diejek, dipandang sebelah mata, jadi mangsa pilih kasih, takde siapa nak kawan dengan saya kerana rupa paras yang hodoh, hitam, jongang, buruk.. 
maka saya pilih untuk berubah.



inilah kisah saya.
sejak kecil lagi saya bukan budak yang cantik.
hitam, gemuk, jongang... complete set. 
kalau dah hodoh macam ni, siapalah yang suka.
saya selalu kena marah dan tak dipedulikan.
sedih memang sedih.
tapi bagi saya tu perkara biasa.

kat sekolah tak ramai yang nak kawan dengan saya.
membuatkan saya jadi pendiam dan tak reti nak berkawan.
masalah utama bila dah hodoh ni cikgu pilih kasih.
tak semua cikgu macam tu.
ada la sorang dua.
tapi stress la jugak.
dengan orang lain dia boleh buat gurau senyum-senyum.
tiba kat kita yang hodoh ni dia boleh buat muka kejung.
asyik nak marah je.
bukan sekolah rendah je, sekolah menengah pun sama.
tak habis-habis dengan perangai pilih kasih.
sampai sekarang saya anti dengan orang yang pilih kasih ni.
rasa meluat sangat.
tapi ada jugak cikgu yang baik.
tak pandang rupa paras pun.
baik dengan semua pelajar. 

ingatkan bila dah masuk universiti dah tak ada perangai pilih kasih ni.
pun sama jugak konsep dia.
pensyarah ni belajar tinggi-tinggi tapi empati diri zero.
tak semua pensyarah macam ni.
ada segelintir saja.
tapi tetap effect kat kita sebagai student.
kalau dah jenis pilih kasih pilih bulu, memang saya ni dipandang sebelah mata jelah.
dapat markah mesti markah sedih sungguh.
tu belum cerita pasal senior lagi.
confirm tak dapat perhatian punya.
yang nak berkawan pun ada la dua tiga kerat.

jadi bahan ketawa pun perkara biasa.
keburukan kita tu la yang dilawak jenakakan. 
tak fikir langsung perasaan orang.
mentang-mentang la saya ni hodoh.
dibuat main-mainkan je.
tak kiralah sama ada yang kenal atau pun tak kenal langsung.
kalau dah perangai suka menganjing orang hodoh, dia bukan peduli apa.

tak apa la...
saya tak pernah kisah pun macam mana orang pandang saya.
tapi dah tentu la sedih kerana diskriminasi macam ni.
so saya tanamkan dalam hati nak buat yang terbaik untuk diri sendiri.
sebenarnya untung jugak pernah jadi hodoh.
sekurang-kurangnya kita tahu siapa yang ikhlas berkawan dan berbaik dengan kita.
kan?


~end~

...KENANGAN karnival karangkraf 2017...

sepanjang 3 hari karnival karangkraf berlangsung, memang sangat happening. 
puas hati dan rasa berbaloi-baloi.
pengunjung yang datang berduyun-duyun.
sebab macam-macam ada.
macam-macam aktiviti.

walau tak dapat nak join semua aktiviti sebab sibuk mempromosi novel sendiri, saya tetap puas hati.
hanya gambar jadi kenangan.
tak banyak gambar yang dapat di snap. 
ada juga gambar ihsan daripada rakan-rakan novelis dan pengunjung karnival yang datang yang tag saya di facebook.
terima kasih banyak-banyak.
insya Allah kita jumpa lagi di karnival tahun depan.

hari pertama (3 mac 2017)









hari kedua (4 mac 2017)



















hari ketiga (5 mac 2017)











~end~

Thursday, March 2, 2017

...gila MURAH di karnival karangkraf 2017...

jualan di karnival karangkraf memang murah giler.
kalau beli ikut harga pakej laaaagi murah.
tapi laaaagi murah giler kalau ada kad VIP karangkraf.
jom tengok harga-harga buku/novel yang murah sangat tu.

bukan setakat sale sampai 70%... buku percuma pun ada. 3000 naskhah pulak tu. siapa cepat dia dapat.

ada kad VIP mykarangkraf dapat diskaun lagi. nak buat kad ni bayar RM10 saja untuk seumur hidup. dapatkan di kaunter khas di karnival karangkraf. dan untuk hari jumaat 3 mac 2017, boleh dapat lagi diskaun sehingga 50%. perghh...

harga istimewa naskhah Yasin untuk pemegang kad VIP mykarangkraf. jumaat sahaja.

harga istimewa al-Quran untuk pemegang kad VIP mykarangkraf. jumaat sahaja. 

harga istimewa novel-novel seram untuk pemegang kad VIP mykarangkraf. jumaat sahaja.

harga istimewa buku-buku agama untuk pemegang kad VIP mykarangkraf. jumaat sahaja.

harga istimewa novel buku pojok untuk pemegang kad VIP mykarangkraf. jumaat sahaja.
harga istimewa novel cinta komedi untuk pemegang kad VIP mykarangkraf. jumaat sahaja.
harga pakej berganda murah untuk buku kanak-kanak. 
harga pakej berganda murah untuk al-Quran.


harga pakej berganda murah untuk buku formula mudah belajar matematik & sains.

harga pakej berganda murah untuk buku belajar english yang praktikal dan mudah.

harga pakej berganda murah untuk buku didi & friends penuh berwarna yang sangat popular.
 
harga pakej berganda murah untuk buku kanak-kanak lagi.

harga pakej berganda murah untuk buku kanak-kanak lagi sekali.

harga pakej berganda murah untuk buku cerita ummi.

harga pakej berganda murah untuk novel tak kira lama atau baru, tebal atau nipis.

harga pakej berganda murah untuk buku note book didi & friends yang comel cute sangat.

harga pakej berganda murah untuk buku kanak-kanak lagi dan lagi dan lagi.
semua offer yang penuh kasih sayang ni memang mengiurkan.
masa nilah nak beli buku, novel, majalah semurah-murah harga.
so jangan lupa datang ke karnival karangkraf di kompleks kumpulan media karangkraf di seksyen 15 shah alam sebelum semua buku-buku, novel-novel, majalah-majalah dan akhbar sinar harian kehabisan stok.

~end~