About Me

Wednesday, July 29, 2015

#NajibLetakJawatan

setelah apa yang terjadi pada negara saya Malaysia dan rombakan kabinet semalam, saya melihat Dato' Sri Najib GAGAL mentadbir negara saya selain terlibat dengan bermacam-macam kontroversi.

sebelum negara saya ini bertambah gawat, saya sebagai rakyat memohon Dato' Sri Najib meletak jawatan sebagai Perdana Menteri Malaysia.

saya Murni Aqila dan saya sayangkan negara Malaysia. terima kasih.


p/s: jika ada yang mengatakan saya menghasut, saya menafikan sekeras-kerasnya. ini hanya suara hati saya sebagai rakyat marhaen dan tak ada kena-mengena dengan rancangan atau pakatan untuk menggulingkan PM. harap maklum. 

~end~

Tuesday, July 14, 2015

...ikhlaskan hati mohon KEMAAFAN...

sekejap je rasanya dah nak habis bulan ramadhan.
tinggal beberapa hari je lagi kita nak sambut hari raya.
insya-Allah 16 Julai ni kita tengok anak bulan.
kalau ikut kalendar 17 Julai kita berhari raya.

so kesempatan ini saya nak ucapkan selamat menyambut hari raya aidilfitri.
maafkan salah dan silap saya selama ni. 
jika ada perbuatan atau perkataan yangg melukakan hati ampunkanlah saya. 
halalkan makan minum saya jika ada.


saya doakan kita semua selamat walau ke mana jua destinasi raya nanti. 
jangan main mercun atau meriam. 
nanti membahayakan diri sendiri dan orang lain.

dalam pada kita gembira beraya, jangan lupa mereka yang kesusahan. 
hari raya untuk kita berkongsi kegembiraan dan kasih sayang. 
yang penting penuhkan amalan di akhir-akhir ramadhan ini. 
mungkin inilah ramadhan terakhir kita. 

dan ini lagu raya yang paling saya suka. 



LEBARAN INI - Raihan, Nowseeheart, Rem & Ajai


Mendayu suara meniti angkasa
Alunan takbir mengulit pagi
Insan tersenyum tanda gembira
Lebaran mulia menjelma lagi 
Kali ini

Di hari lebaran mulia ini
Jangan pula membuat dosa
Begitulah hakikatnya hari raya
Bergembira tanpa melupakan-Nya 
Allah Yang Esa

Indah suasana dalam senyuman
Seluruh alam turut raikan
Mengucapkan syukur pada Tuhan
Atas nikmat yang datang 
Limpahannya...

Ikhlaskan hati mohon kemaafan
Leburlah dosa di tapak tangan
Lupakan segala silap dan salah
Insan bersatu membina ummah...

Di hari lebaran mulia ini
Jangan pula membuat dosa
Begitulah hakikatnya hari raya
Bergembira tanpa melupakan-Nya 
Allah Yang Esa

Indah suasana dalam senyuman
Seluruh alam turut raikan
Mengucapkan syukur pada Tuhan
Atas nikmat yang datang 
Limpahannya...

Ikhlaskan hati mohon kemaafan
Leburlah dosa di tapak tangan
Lupakan segala silap dan salah
Insan bersatu membina ummah...

Ikhlaskan hati mohon kemaafan
Leburlah dosa di tapak tangan
Lupakan segala silap dan salah
Insan bersatu membina ummah...



salam aidilfitri untuk semua...

~end~

Friday, July 10, 2015

...ramadhan yang TERISTIMEWA...


hari ni jumaat terakhir bulan ramadhan.

cepatnya masa berlalu. 
sayu hati nak biarkan ramadhan pergi.

tak ada bulan lain yang paling istimewa selain ramadhan. 
kerana amal ibadah yang dibuat akan mendapat ganjaran pahala berlipat kali ganda dari biasa. 
bulan ramadhan ada ibadah yang hanya boleh dibuat dalam bulan tu saja. 


ramadhan... 
datangnya disambut dengan penuh gembira. 
perginya diiringi dengan rasa sayu dan rindu.

"carilah pada 10 malam terakhir iaitu lailatulqadar. jika seseorang kamu lemah atau tidak mampu, maka janganlah putus asa pada baki 7 malam yang terakhir." - hadis riwayat muslim.

#ramadhan #lailatulqadar #fattabiouni


~end~

Friday, July 3, 2015

...RAMADHAN pick up lines...

bila tiba bulan ramadhan je, macam-macam pick up line keluar.
ada yang kelakar, ada yang bajet poyo.
ahahahhahaaa...
layankan je la.




















~end~

Wednesday, July 1, 2015

...selamatkan MALAYSIAku...

minyak naik lagiiii....!!!
arghhh... stress! 
time nak raya dia naikkan harga minyak pulak.
innalillahi wainnalillahi rajiun.

dia tahu tak harga minyak mempengaruhi harga semua barang lain?
dia sedar tak?
alasan harga minyak dunia naik.
ni carta harga minyak dunia naik ke turun ni?
ada menteri kata naik.
lol




bulan jun hari tu baru je harga minyak naik.
bulan julai pun naik jugak.
okey.. kita tengok sejarah harga RON95.
boleh la kita semak untuk sepanjang tahun ni punya kenaikan.

2015
Jan: RM1.90
Feb: RM1.70
Mac: RM1.96
Jun: RM2.05
Julai: RM2.15

dia kalau boleh memang tiap-tiap bulan nak naikkan harga.
tapi bulan april & mei ada PRK rompin dengan permatang pauh.
tu yang tak ada kenaikan tu.
takut tak ada undi pulak.
huhuu...

ni 1st time kot saya post pasal yang berkaitan politik.
sebab makin lama makin melampau.
hutang negara giler banyak.
nilai ringgit jatuh.
subsidi minyak kena potong.
setiap kali beli barang kena caj GST.
BR1M langsung tak dapat.
menteri cap ayam.
kesian tanah air malaysiaku.

ya Allah... nasib la sekarang bulan ramadhan.
kena banyak-banyak istighfar.
kena banyak-banyak bersabar.
kena jaga mulut jaga hati jaga perbuatan.

moga Allah segerakan dia letak jawatan.
amin.

~end~