About Me

Tuesday, August 25, 2009

...peRasaaN iNi...

Ramadan datang lagi... penuh dengan rasa ketakwaan untuk memenuhi kewajipan pada agama. Sedar tak sedar, sekejap saja masa berlalu. Mujur Moon dah ganti puasa tahun lepas awal-awal lagi. (Orang perempuan memang suka ponteng puasa. Wakakaka...)

Moon tak harapkan apa-apa selain kesihatan yang baik untuk menjalani bulan yang mulia ni dengan penuh ketenangan. Memang merisaukan bila kematian demi kematian meningkat ketika Ramadan mula nak menjengah akibat terkena jangkitan H1N1. Moon pun dah membayangkan yang bukan-bukan berlaku.

Namun, kuasa TUHAN tak ada sesiapa pun dapat menandingi. Ketika cahaya Ramadan menampakkan diri, hilang terus kisah bilangan maut yang mengundang. Syukur alhamdulillah... Lega perasaan Moon yang gundah-gulana. Dan berganti perasaan tak sabar-sabar nak melalui bulan yang menginsafkan Moon ni.

Di ruang yang menjadi medium Moon berbicara ni, Moon ingin mengucapkan selamat berpuasa kepada semua muslimin dan muslimat. Semoga Ramadan kali ini lebih bermakna buat kita semua, meneguhkan iman di setiap hati insan. Amin...

*****

Melangkah setapak sebelum menjelang Ramadan, suasana ofis Alaf dah macam tongkang pecah. Antara orang yang menyebabkan ofis tu jadi macam tu ialah Moon sendiri. Wakakaka... Jangan salahkan Moon. Moon cuma membantu mana yang termampu.

Berkecah satu ofis bila kita orang menyiapkan props untuk pelancaran 5 novel Aleya Aneesa. Ada yang kata macam pelamin. Kalau nak tahu, kita orang pun sebenarnya sedang cuba 'membina' pelamin yang betul kat ofis tu. Siapa bakal pengantinnya? Rahsia... Ahak!


Perasaan
Moon mestilah berbunga-bunga. Siapa tak gembira bila tengok teman sepejabat gembira? Sebagai sahabat, tiada yang lebih bermakna melainkan kami berdoa yang baik-baik je untuk mereka berdua tu. Oopsss... tak boleh komen lebih-lebih, nanti ada yang merajuk. Wakakaka...

Berbalik pada majlis pelancaran yang diadakan di Hotel UiTM pada 19 Ogos 09 yang lalu, suasananya cukup indah. Kehadiran Erra Fazira melengkapkan acara. Pergh... Erra memang hot mama. Comel gila! Apa-apa pun, tahniah untuk Aleya. Moon tumpang perasaan bahagia melihat keluarga Aleya datang memberi sokongan. Semoga dapat menghasilkan novel demi novel yang berkualiti.

Err... ruang untuk gambar kat sini terhadlah. Tengok kat myspace Moon ek? -Klik sini-

*****

Dua-dua perasaan Moon kat atas tak sama dengan perasaan Moon yang satu ni. Entahlah... tak ada gambaran yang dapat mengulas dengan tepat apa yang Moon rasa. Moon tak pernah merasa perasaan sebegini sebelum ni.

Bagi sesiapa yang dah kenal dengan Moon, mesti tahu sikap Moon yang tak suka berkira. Kalau ada yang minta tolong, Moon akan tolong selagi boleh. Moon jenis yang tak kisah sangat pasal ni. Apalah sangat pertolongan Moon yang tak seberapa tu.


Tapi bila ada seseorang meminta pertolongan Moon untuk orang lain yang berbentuk kepentingan peribadi mereka, hati Moon jadi panas. Terasa diri Moon menjadi alat untuk dipergunakan. Hancur berderai hati Moon ni tak tahu macam mana yang bayangkan. Moon sangat-sangat kecewa, terus merajuk dengan orang tu.


Selama ni Moon tak pernah berkira dengan dia. Tapi bila dia seolah-olah 'gunakan' Moon untuk kepentingan seseorang yang Moon tak kenal, apatah lagi alasan pertolongan tu memang tak logik, ditambah lagi untuk kepentingan peribadi mereka... apa perasaan yang sepatutnya bergelora dalam hati Moon? Dahlah dia tu antara orang yang Moon sayang. ;-(


Moon tak boleh fikirkan pertolongan-pertolongan Moon pada dia sebelum ni jika dia hanya anggap Moon sebagai 'alat' semata-mata. Pedihnya jiwa ni nak terima kenyataan tu...


Dia dah minta maaf pada Moon. Dan Moon sebenarnya dah maafkan dia. Mungkin dia belum matang dan tak sedar yang perbuatan dia tu melukakan hati orang lain. Oleh kerana hati Moon dah terluka, ia mengambil masa untuk pulih seperti sedia kala. Juga bergantung pada cara 'rawatannya'.


Apa yang pasti,
perasaan Moon sekarang cepat mendidih bila dengar perkataan 'Putra'. Dan juga 'Putrajaya'. Menyampah!

-end-

Saturday, August 15, 2009

...bEgiNikaH?...

Ada satu perkataan yang berlegar-legar dalam kepala Moon sejak akhir-akhir ni. Perkataan tu ada 5 huruf je. Tapi impaknya sangat menggerunkan.

K.U.S.U.T (bila sebut, terus rasa makin kusut. adoi la...)


Ada yang kata Moon sebenarnya ada masalah stress kat tempat kerja. Err... mungkin! Yang peliknya, Moon tak ada rasa tak nak datang kerja. Rasa terbeban dengan kerja pun tak ada. Tapi fikiran Moon kusut. Ada 'sesuatu' yang menyesakkan kepala hotak ni.

Kerja kalau tak ada cabaran dan masalah, serupa macam tak ada kerja. Betul tak? Moon akui hal tu. Cuma Moon harap, pihak yang sepatutnya tu tunjuk Moon satu arah yang jelas supaya Moon faham apa yang dia nak sebenarnya. Dan jangan buat Moon kusut hari demi hari. Dahlah rasa kusut, lepas tu buat orang makin rimas pulak. Huh...

Sudahnya... Moon ambil keputusan 'go with the flow'. Kusut pun, kusutlah... Dah cara menguruskannya kusut, kusut jugaklah apa-apa pun nanti. Tawakal jelah...


*****

Sebelum Moon semakin kusut, Moon nak langsaikan satu hutang dulu. Rania... sorry ek. Akak ambil masa yang lama nak ambil award kat blog awak. Jadikan kekusutan akak ni sebagai tauladan. Ia tak baik untuk diri dan kesihatan. Wakakakaka...










1. Nyatakan 6 fakta menarik tentang pemberi awards:
~> dia comel.
~> budak baik.
~> rajin belajar dan bijak.

~> calon isteri yang solehah. (sesape yg bujang tu... cepat2 la. wakaka...)

~> tak lokek dengan senyuman.

~> kata-kata yang dia bicarakan, manis-manis belaka. =D


2. Nyatakan 9 fakta tentang diri sendiri:
~> tengah kusut sekarang ni. huhu...

~> suka gelak.

~> mudah menangis.

~> manja. =)

~> selalu mengalah.

~> lebih banyak mendengar daripada bersuara.

~> tak suka menonjolkan diri sebab rasa rendah diri.

~> mudah rasa kesian.

~> suka termenung.


3. Pilih 10 penerima seterusnya bersama description: [tema: penulis ALAF21]
~> Err... sape ek? Macam semua dapat dapat award ni. Dahlah Moon orang yang paling lambat jawab tag ni. Moon akan berbangga pada sesiapa yang sudi ambil award ni dari blog Moon. Tanpa ada rasa kusut langsung! Wakakakaka...


*****

Memang satu kejutan! Menambahkan lagi sukatan kekusutan yang Moon alami. Pagi semalam, bos Alaf 21 yang dikasihi... Encik Nordin mengumumkan yang dia akan ke Sinar Harian bermula pada 17 Ogos 09. Dan semalam merupakan hari terakhir dia berkhidmat untuk Alaf 21.

Sungguh... Moon sangat-sangat sedih. Dan kesedihan itu berbaur sama dengan perasaan terkilan. Kerana Moon merasakan keputusan itu dibuat di bawah pengaruh emosional, tak rasional dan tak profesional.


Moon minta maaf... sebanyak-banyak maaf yang ada. Moon tahu yang Moon tak layak menyuarakannya. Apatah lagi mencampuri urusan Encik Nordin. Cuma, Moon anggap Encik Nordin selama ni sebagai 'ayah'. Mungkin kerana Moon dah tak ada ayah lagi. Walaupun Moon bukanlah 'anak' yang menjadi perhatian 'ayah'.


Kerana rasa kasih seorang 'anak', Moon nak lihat 'ayah' bahagia dan gembira. Lebih-lebih lagi 'ayah' yang menaikkan nama Alaf 21 dan susah sama-sama susah, senang sama-sama senang serta jatuh - bangun dengan 'anak-anak' yang lebih dulu 'lahir' daripada Moon.

Sebagai 'anak', Moon harap 'ayah' membuat pilihan yang paling tepat. Begitu juga harapan 'anak-anak' yang lain. Semoga 'ayah' tidak terpedaya dengan sesiapa saja yang hipokrit, tidak jujur, mengambil kesempatan dan berpura-pura. 'Ayah' lebih lama mengenali 'anak-anak' ayah berbanding orang lain. Jadi, percayalah... 'anak-anak ayah' ni mahu yang terbaik buat 'ayahnya'. Dan sesungguhnya kami rindukan 'ayah' yang dulu.


Sekali lagi Moon minta maaf dari hujung rambut sampai hujung kaki. Budi baik 'ayah' takkan Moon lupakan. Halalkan makan minum Moon selama ni. Ketahuilah yang 'anak ayah' ni sangat sayangkan 'ayah'.

Semasa mencatatkan rasa hati ni, menitis air mata Moon yang tak mampu mengalir semalam. Wujud kekesalan di dasar hati. Kenapa begini kesudahannya? Dan beginikah kesudahannya?

-end-

Sunday, August 2, 2009

...mEmiLih yAng BarU...

TA DA...

Selamat datang ke dunia Moon yang baru! Cantik tak? (Soalan nak suruh orang puji ni). Rasanya ni pilihan Moon yang terbaik. Dua hari mencari blogger template yang paling best. Ni aje yang Moon rasa serasi dengan jiwa Moon. Mungkin sebab ada kunang-kunang tu kot. Wakakakaka...

Bila buku kedua Moon dah keluar, rasa macam tak best je bila 'teratak' Moon ni masih wajah lama. Asyik tengok benda yang sama, lama-lama bosan jugak. Bila dah tukar template baru, rasa fresh je. Barulah bersemangat nak update blog. (Alamak, tak ada alasan lagi lepas ni kalau blog macam tak berusik. Hehehe...)

Setakat ni dulu ya... Moon dah rasa penat sangat menghias rumah ni. Lepas tu baru fikir nak tambah post baru. Ceh... macam buat kerja bertukang pulak kan? Wakakaka...

-end-