About Me

Thursday, July 16, 2009

...UcaPkanLaH...

Sebelum Moon menaip post ni, Moon sangat-sangat terperanjat (sampai terkebil-kebil dan ternganga. Tapi lepas tu cepat-cepat tutup mulut) bila ramai yang wish congratulation untuk novel kedua Moon yang baru aje 'dilahirkan'. Belum sempat Moon tempek cover novel tu kat sini. Memang kuat pengaruh website Alaf 21 yang mewarwarkan berita gembira ni. Apa-apa pun, Moon hanya mampu ucapkan terima kasih berjuta-juta bintang di langit kepada mereka yang sudi wish kat Moon.

Oleh itu, dengan penuh rasa 'kekembangan' (wakakaka... jangan salah faham), Moon nak promosi novel terbaru Moon tu. Harap-harap ramai yang sukakan buah tangan Moon kali ni. Pesan Moon, ucapkanlah kata-kata rindu... kerana mereka yang mendengar ucapan rindu itu, pasti akan rasa benar-benar dihargai.

SINOPSIS UCAPKAN KAU RINDU

Hati Lailana berbunga rindu kala Adham meluahkan rasa cintanya. Itulah saatnya roboh benteng perasaan gadis itu yang selama ini menyimpan amarah terhadap insan bergelar lelaki. Seiring restu keluarga, mereka mula menganyam impian untuk hidup bersama.


Entah mengapa, menghampiri hari bahagia yang dinanti, Lailana mula menjauhkan diri. Dia sengaja menjalin kasih dengan Irfan. Walhal, dia sedar hati Adham pasti tercalar. Tidak sanggup berhadapan dengan kemarahan keluarga akibat tindakannya itu, Lailana nekad untuk menghilangkan diri.


Adham terkedu dengan segala yang terjadi. Di saat dia cuba mencari jawapan, keluarga Lailana menyerahkan sepucuk warkah yang merungkai segala rahsia silam gadis itu. Coretan kebenaran itu mendorong dia menjejaki Lailana agar kembali kepadanya. Namun, ke manakah harus dia mencari cintanya yang telah hilang?

Wednesday, July 1, 2009

...jaNgaN pErGi...

Cuti panjang... buat kita rasa diselimuti wabak malas. Itu yang Moon alami. Seminggu cuti, bila masuk bertugas semula, Moon masih terbawa-bawa mood cuti. Ada kala Moon terlupa tugasan rutin semasa bekerja. Hisy... ni dah tahap kritikal. Tak boleh jadi ni! Sampaikan nak tengok blog pun tak berapa nak rajin. Apa lagi nak tambah post baru. Malas betul kan? Wakakaka... Moon, wake up!
Dalam masa yang sama, Moon sedih sangat sebab beberapa orang yang Moon sayang, akan pergi jauh dari sisi Moon. Ceritanya begini... Karya Bestari Sdn Bhd yang menerbitkan buku-buku agama akan dipisahkan dari Alaf 21 sambil membawa pergi 6-7 staf. Antaranya Kak Wan, Faizal, Kak Han dan Yatt. Dan dia orang ni mendapat tawaran Karya Bestari pada hari yang berlainan. Sedihnya tak boleh nak dibicarakan dengan kata-kata. Sebab dia orang akan dihantar ke bangunan lain yang agak jauh dari premis Alaf 21. Memang sedih...

Yatt jiran sebelah meja Moon. Dia baik sangat dengan Moon. Dan Moon rapat dengan dia. Orangnya lemah lembut. Manis dipandang... Moon suka panggil dia Yayat. Macam manja-manja gitu. Setiap kali sembahyang, Moon mesti ajak dia, nak sembahyang dengan dia. Selalunya, kita orang yang paling awal ke surau. Moon terfikir-fikir... nak sembahyang dengan siapa kalau Yatt dah pindah nanti?

Kak Han pula seperti yang sudah dijangkakan akan ke Karya Bestari sebab tugas asal dia sebelum ni ialah membuat layout buku-buku agama. Sedih jugalah sebab Kak Han pun suka buat lawak. Dia juga suka ketawa macam Moon. Lepas ni, makin suramlah ofis Alaf tanpa teman ketawa.

Mula-mula tahu Faizal pun turut serta dalam perpindahan tu, Moon rasa macam nak menjerit. Kenapa mesti dia yang dipilih? Besar pengaruh dia dalam Alaf. Boleh dikatakan dia antara staf yang 'menghidupkan' karya mahupun suasana Alaf. Dialah yang sering membuatkan Moon senyum dan ketawa. Lebih-lebih lagi perubahan besar yang berlaku pada diri dia membuatkan hati Moon sejuk setiap kali pandang wajah dia. Oops... jangan salah faham. Wakakaka...

Pemilihan Kak Wan yang paling Moon rasa berat nak lepaskan. Lepas dapat tahu Kak Wan akan dihantar ke Karya Bestari dan menjadi pengurusnya, air mata Moon mengalir tak semena-mena. Berhari-hari Moon termenung. Sukarnya nak terima keputusan tu walaupun gembira dia naik pangkat. Bila pandang wajah Kak Wan, rasa sayu nak lepaskan dia pergi. Terus terang Moon beritahu, Moon sayang sayang sangat dengan Kak Wan. Bagi Moon, dia bukan saja ketua... malah dialah ibu, kakak, sahabat dan tempat mengadu masalah. Dia ada semasa Moon dalam kesusahan atau kegembiraan. Sampaikan Moon menanam cita-cita nak jadikan dia idola.

Melihat riak mereka berempat ni sejak tahu akan dipindahkan ke Karya Bestari, Moon tahu... semua tak gembira dengan keputusan tu. Kalau boleh tak nak pindah dan tak nak berpisah, sebab kat Alaf ni dah macam 1 keluarga. Kak Wan tu nampak je ceria dan ketawa, tapi hatinya sebenarnya meronta-ronta tak nak keluar dari Alaf. Sedih beb... perasaan sayang pada Alaf dah berakar umbi dalam diri. Kalau boleh, Moon nak merayu. Tolonglah... jangan pergi.

Tapi pada petang Isnin lepas, Encik Nordin mengumumkan bahawa perpindahan Karya Bestari dibatalkan. Mereka akan bernaung di bawah bumbung Alaf. Horayyy! Kak Wan yang ketara sangat gembira dengan pengumuman tu. Cerah wajah dia. Moon gembira tak terkata. Alhamdulillah... Mungkin doa mereka dimakbulkan.

Sekarang ni, Moon mula berfikir. Dalam hidup kita, akan berlaku sesuatu yang tak pernah kita jangka. Dan sesuatu yang kita jangka akan berlaku, tak akan berlaku pula. Ironinya kehidupan ni. So, ready for whatever comes next! Kata-kata nilah yang Moon tanamkan dalam mindset. Apa-apa yang kita hadapi, berdepanlah dengan tenang. Pasti semuanya akan okey...


Oh, ya... ada seorang lagi yang 'pergi' walaupun Moon tak sampai hati nak kata 'jangan pergi'. Orang nak sambung belajar, takkan nak halang pulak. Raimi... dia dah pergi UiTM Kelantan 25 Jun hari tu ambil Diploma Statistik. Sepanjang yang Moon kenal, Raimi ni memang budak baik. Orangnya agak pemalu yang ada kala macam tak tahu malu. Wakakakaka... Setiap kali Moon makan, mesti teringat dia. Sebab dia ni kuat makan. Sekali makan 2 pinggan boleh licin walaupun makan kat kedai. Moon sempat pesan kat dia... kalau fail 1 paper, Moon belasah dia cukup-cukup. Wakakaka...

Perasan tak? Kalau kita melarang sesuatu perkara, ia seolah-olah menyuruh buat perkara yang dilarang tu. Macam gambar ni... =)

Samalah juga kalau kita mengarah seseorang supaya 'jangan pergi'. Pasti dia akan 'pergi' jua.