About Me

Thursday, June 28, 2012

...jerman VS itali...

Mood masih serius kerana.....
INI SANGAT SERIUS.
( lalalalaaa..... :P )

Slot ke final EURO 2012 sudah ditempah Sepanyol. Tinggal satu lagi tiket yang tinggal. Antara Jerman atau Itali.


Sejarah perlawanan antara Jerman dan Itali diukur untuk menjangkakan siapakah yang seharusnya bertembung dengan Sepanyol pada 1 Julai nanti dan seterusnya dinobatkan sebagai juara EURO 2012.

Walaupun Jerman menjadi pilihan untuk ke final, ternyata pasukan itu belum pernah dapat mengalahkan Itali dalam perlawanan antarabangsa sebelum ini. ‘Badi’ tersebut menghantui sehingga kini dan mungkin akan berulang sekali lagi. Namun, sebarang kemungkinan pasti akan terjadi apabila di atas padang. Kualiti permainan pasukan Jerman bertambah mantap dari masa ke semasa. Apatah lagi mencatat 100% menang sejak EURO 2012 bermula di peringkat kumpulan. Diketuai oleh kapten Philip Lahm, semangat berpasukan ternyata kental antara mereka. Malah, kondisi pemain seperti Mario Gomez, Lukas Podolski, Manuel Neuer, Mats Hummels dan Thomas Müller di tahap yang terbaik. Dikatakan di setiap posisi mereka kukuh berbanding pasukan lain.

Berdasarkan sejarah juga pasti Itali tidak begitu gentar untuk berhadapan dengan Jerman. Tetapi Itali berdepan dengan beberapa masalah. Maggio mendapat 2 kad kuning. Barangkali pemain ini tidak diturunkan untuk melawan Jerman. Abate pula cedera ketika bertemu England. Namun, mereka ada Andrea Pirlo yang sangat tenang tetapi bertenaga di posisi tengah. Khidmat Danielle De Rossi pasti amat diperlukan bersama Prandelli untuk menggegar gawang Jerman. Mampukah pasukan Azzuri kali ini mengekalkan rekod tanpa kalah bertemu Jerman? Sedangkan prestasi mereka tidak konsisten dalam peringkat kumpulan. 

-*-*-*-*-*-*-

Moon penyokong Jerman,
Dah tentu la nak Jerman menang. 
Tapi dalam hati terdetik:
"Err... cam kalah je nanti."

Owhh..... TIDAK !!!

~end~

Wednesday, June 27, 2012

...portugal VS sepanyol...

Kita akan masuk ke dalam situasi yang serius kerana.....
INI SERIUS.
( hihiikk..... :P )

Tinggal empat negara sahaja dalam kejohanan EURO 2012. Keempat-empat negara ini pastinya berjuang habis-habisan untuk menjuarai kejohanan utama Eropah ini terutamanya Portugal kerana belum pernah memenanginya meskipun tergolong dalam salah sebuah pasukan elit dunia. Berbeza dengan tiga lagi negara iaitu Jerman (3 kali), Sepanyol (2 kali) dan Itali (1 kali).

Hasil penelitian yang dilakukan pada semua pasukan ini, semuanya mempunyai kelebihannya sendiri. Di atas kertas, besar kemungkinan final akan mempertemukan Sepanyol dan Jerman. Namun, di atas padang apa sahaja boleh berlaku. Lihat sahaja dalam pusingan kumpulan, banyak kejutan telah berlaku. Belanda yang ketika ini berada di ranking ke-4 dunia pun tidak mampu memasuki suku akhir. Malah, tumpas dalam kesemua perlawanan dan pulang dengan kosong mata, sesuatu yang amat memalukan bagi pasukan yang terdiri daripada bintang-bintang bola sepak terkenal seperti Robin van Persie, Wesley Sneijder, Rafael van der Vaart, dan Arjen Robben.

Portugal ketika ini berada di tangga ke-10 dunia ranking FIFA. Kelebihan yang ada pada Portugal ialah memiliki Cristiano Ronaldo. Menurut ketua jurulatih pasukan Sepanyol, Vicente del Bosque, Cristiano Ronaldo akan diikat habis-habisan oleh pertahanan Sepanyol pada perlawanan separuh akhir nanti kerana Ronaldo merupakan individu yang sangat berbahaya. Selain itu Portugal turut memiliki Nani yang mempunyai gaya permainan seakan Ronaldo. Pendek kata, Portugal memiliki kelebihan dari segi permainan individu. Namun di barisan tengah pasukan terdapat sedikit lompong kerana hanya mengharapkan Raul Meireles semata-mata. Kekurangan dari segi teknikal agak terserlah kerana mereka ketandusan pemain tengah yang betul-betul mampu menjana atau mencorakkan permainan seperti pemain senior mereka Deco, Tiago, Maniche dan Luis Figo. Mereka benar-benar kelihatan terlalu bergantung kepada kreativiti Ronaldo sebagai ketua pasukan.


Sepanyol mempunyai kelasnya tersendiri. Selaku pasukan nombor satu dunia di ranking FIFA, pastinya tumpuan terarah kepada mereka untuk menjuarai kejohanan kali ini. Selepas memenangi EURO 2008 dan Piala Dunia 2010, Sepanyol berpeluang sekali lagi untuk memenangi kejohanan kali ini kerana barisan pemain sedia ada masih mantap. Terkenal dengan permainan teknikal, Sepanyol kelihatan serba lengkap dan sukar untuk dikalahkan. Namun, pasukan ini juga mempunyai kekurangan yang sangat ketara. Bahagian serangan Sepanyol tidak setajam dahulu, malah mereka lebih suka menumpukan fokus pada bahagian tengah. Buktinya penyerang utama mereka iaitu Fernando Torres sering kali diletakkan di bangku simpanan sahaja. Ketiadaan David Villa akibat kecederaan melumpuhkan serangan pasukan. Del Bosque juga sanggup meletakkan enam pemain tengah tanpa ada sebarang penyerang ketika bertemu Itali di peringkat kumpulan. Memang diakui pemain tengah Sepanyol semuanya terlalu mantap dan boleh dikatakan gabungan mereka menjadikan permainan Sepanyol sangat kreatif dengan kawalan yang menarik. Namun bahagian serangan tetap diperlukan.

Perlawanan separuh akhir pertama EURO 2012 yang menemukan Portugal dan Sepanyol malam ini dilihat agak menarik dengan kawalan bola pastinya lebih banyak kepada Sepanyol. Portugal pasti cuba bermain counter-attack kerana mereka mempunyai larian yang pantas di kiri dan kanan padang. Apabila bermain counter-attack, Portugal akan banyak membuat hantaran bola tinggi dengan mengharapkan penyerang mereka sama ada Cristiano Ronaldo atau Hugo Almeida menyambut dan membuat gol. Sebaliknya, Sepanyol akan bermain secara hantaran pendek dan rendah. Portugal tetap harus berhati-hati kerana Sepanyol apabila menyerang akan menggunakan segala kreativiti yang kadangkala tidak disangkakan.

Apapun pada malam ini saya menjangkakan Sepanyol akan menang 1-0. Jika perlawanan berlanjutan hingga ke sepakan penalti, Sepanyol tetap akan menang kerana Iker Casillas merupakan seorang penjaga gol yang sangat berkaliber dan berpengalaman.

-*-*-*-*-*-*-

Jauh di sudut hati sebenarnya Moon nak Sepanyol kalah.
Harap-harap final nanti Portugal yang jumpa Jerman.
Dah tentulah senang Jerman nak lanyak Portugal.
Hahahaa..... 

Sori, sori.....
Penyokong Sepanyol dengan Portugal jangan marah taw.
Peace! (^_^)v

~end~

Friday, June 15, 2012

...you are WANTED...

Dah jumpa someone yang special?
Oh, belum.....
It's okay. 
Hidup ini terlalu indah untuk dipersia-siakan.
Kan...?


JERRYPAH - AIZAT
Sayangku... aku yakin
Kau sebahagianku
Sayangku... aku pasti
Takdir kita bertemu

Biarkan semua berlalu

All I know... 
I'll always have you
Pengganti tempat mengadu
Selamanya engkaulah 
Hanya...

Tak mungkin 
Aku jatuh cinta pada yang lain
Tak mungkin juga aku
Khianati dirimu

Biarkan semua berlalu

All I ever wanted was you
Pengganti tempat mengadu
Selamanya engkaulah

Biarkan semua berlalu

All I ever wanted was you
Sehidup semati untuk 
Selamanya engkaulah 
Hanya...

Selama-lamanya

-*-*-*-*-*-*-

Tapi kalau dah jumpa, lagu ni memang sesuai sangat.
Kalau sayang, luahkan la cepat-cepat.
Buat apa nak pendam perasaan tu?
Buat penat je.
Hahahaa.....

Tapi cakap memang la senang.
Bila dah depan mata macam nak tercekik lidah pulak.
Menggeletar siot. Huhuu.....

Okey, okey.
Moon faham. 
(^_^)v

~end~

Thursday, June 7, 2012

...germany GO germany...

Demam EURO 2012 dah terasa.
Nervous mak!
Hahahaa.....

Rasanya ramai yang dah tahu Moon GERMANY supporter.



Sayangnya, Jerman satu team dengan PORTUGAL, BELANDA & DENMARK.
Mak aii! Semuanya team gergasi. 
Pergghh..... group of death!
Memang tough giler.


















Ikut ranking FIFA buat masa ni, Jerman di kedudukan nombor 2.
Tapi laluan Jerman dilihat sukar untuk ke semi final.
Kena struggle kaw2 punya.
Harap-harap prestasi diorang ke tahap 500%.
Dan boleh ke final macam EURO 2008.

Ni jadual perlawanan ikut waktu Malaysia.

Team A:








Team B:








Team C:









Team D:































Gigih sangat pulak nak bangun pagi-pagi buta tengok bola.
Huhuu.....

Jersi Jerman kali ni warna putih dan hijau. 
Yang putih untuk home shirt.
Yang hijau pulak untuk away shirt. 


















Ironinya, jersi hijau ni diilhamkan daripada jersi Jerman masa EURO 1972.
Sebab pada tahun tu buat pertama kali Jerman menang piala EURO.
Mungkin sebab tu designnya kelihatan retro.

Moon tak ada favorite player sebab Moon suka the whole team.
Diorang ni memang tak tamak bola. Sangat teamwork.
Counter attack power giler.
Teringat Jerman vs England masa World Cup 2010.
Itu antara match yang paling best.


Cuba kira berapa banyak nama Jerman dalam rekod kat bawah ni.
Yang paling banyak kan? 
Hahahaa.....




Ni cuma review je. 
Menang atau kalah tu adat la kan?
Agak-agak ada tak pengganti sotong Paul yang jadi tukang meramal tu?
Hehee.....

All the best Germans!!!

~end~