About Me

Wednesday, May 27, 2009

...bEbaSkaH sUaRa diSuAraKaN?...

Inilah kali pertama tajuk posting Moon ada tanda soalan. Maknanya, Moon telah dikelirukan oleh sesuatu yang mengelirukan. Pada mulanya Moon tak keliru pun... tapi ada pula suara-suara unggas yang cuba mengelirukan Moon. Hampir-hampir nak keliru juga rasanya. Nasib baik Moon dapat menepis kekeliruan itu. Cayalah! Hehehe...

Sebuah televisyen telah menyiarkan debat yang berkisarkan tentang kewujudan bloggers yang tumbuh macam cendawan lepas hujan. Mungkin disebabkan kemudahan internet yang senang sangat diakses dan sudah ramai penggunanya serta menjadi budaya ikut-ikutan yang mana semua orang mahu berkongsi pendapat, maka lahirkan bloggers. Namun, ada juga yang hangat-hangat tahi ayam. Mula-mula je bersemangat, lepas tu blog jadi bersawang.

Yang menariknya dalam debat itu, blogger yang dijemput bermati-matian mempertahankan pendapat bahawa semua orang bebas bersuara. Jadi, persoalannya... bebas ke suara disuarakan? Boleh ke berasa bebas dengan hanya menyuarakan?

Memang tak salah menyuarakan apa yang terbuku di dalam hati. Yang salah bila apa yang kita suarakan itu berbau menghasut, mengandungi ayat-ayat yang lucah, keji serta maki-hamun, ada fakta yang tak tahu sama ada betul atau tidak kerana ia boleh dianggap fitnah, juga mempunyai niat yang negatif. Kita selalu mengatakan bahawa hidup mestilah berfikiran terbuka. Tapi bila ada pihak menegur bertujuan untuk memperbetulkan mana-mana yang tak betul, tak boleh terima. Tak terbuka pula fikirannya. Berdebat itu cuma untuk menegakkan benang masing-masing. Jadi, apa kesudahannya? Sampai bila-bila pun takkan selesai.

Sebelum Moon mendirikan blog Moon ni, Moon dah tetapkan beberapa syarat iaitu:
-> Tak boleh tulis tentang politik langsung. Tak ada faedah pun tulis hal-hal yang kalah jadi abu, menang jadi arang.

-> Tak payahlah tulis tentang gosip-gosip artis. Bukan dapat apa pun. Dapat dosa adalah.

-> Hal-hal peribadi jangan sesekali dijadikan tatapan umum. Moon masih mahukan privasi. Lebih-lebih lagi hal yang bagaikan membuka pekung di dada sendiri.


Kepada bloggers... fikirkanlah semula tujuan kita membina sebuah blog. Sebaik saja kita membina blog, segala yang tercatat di situ adalah tanggungjawab kita. Bagi Moon, sesebuah tulisan itu mencerminkan personalitinya. Bagaimana tulisan itu dicoraktuliskan, begitulah hati si penulis. Jika tulisannya penuh dengan kata-kata keji, penulisnya memang suka mengeji dan terkeji orangnya. Tak sukar kan untuk menilai?

***

Ada satu lagi award yang Moon dapat. Terima kasih Kak Hani Fazuha. Moon rasa terharu sangat dengan Kak Hani. Tak sangka dia suka dengar Moon gelak. Siap pesan suruh Moon gelak lagi masa ambil award ni. Wakakaka... Bulan ni merupakan bulan menganugerahkan award agaknya. Oklah tu! Mudah-mudahan murah rezeki bila kita rajin memberi. Moon diarahkan untuk:

1. Copy award tu dan letak di blog Moon.
Baiklah... Moon buat sambil ketawa ni. Wakakakaka...

2. Nyatakan 5 fakta tentang pemberi award ini.
Kak Hani tu... iskh 3x (sambil geleng kepala). Dia tu kan... sok sek sok sek. Wakakaka... Mana boleh gitu. Macam mengumpat pulak. Biarlah Moon berterus terang.
-> Dia baik orangnya. Bila senyum manis je Moon tengok.
-> Dia akan senyum lebih sikit bila dengar Moon gelak.
-> Dia punya novel best sangat. Rugi tak baca.
-> Dia comel...
-> Dia punya rambut cantik. Lurus gitu. Guna jari pun boleh.

3. Nyatakan 10 fakta atau hobi Moon.
10 je? Kenapa sikit sangat ni? Letak lebih-lebih kang kena denda pulak. 10 pun bolehlah. Wakakaka...
-> Moon suka warna hijau. Kalau boleh nak semua benda Moon warna hijau. Tapi ada saja halangannya. Susah betul!
-> Moon suka gelak. Tapi sekarang Moon cuba kawal gelak tu. Gelak lebih-lebih mana boleh. Nanti buta hati. Argh, takutnya...
-> Moon suka senyum. Entahlah... rasa happy aje.
-> Moon suka makan asam pedas. Sedap!
-> Moon suka berus gigi lama-lama. Selagi tak puas, selagi tu tak berhenti.
-> Moon suka minum susu. Lebih-lebih lagi fresh milk. Make me fresh!
-> Moon suka minum air jarang (air masak) daripada minum air manis-manis.
-> Moon tak suka cicak. Takut dan geli. Kalau terserempak dengan cicak, boleh bergegar dengar suara Moon menjerit.
-> Moon tak suka suka dengar orang memaki. Ringan aje tangan nak lempang mulut yang memaki tu. Tapi Moon cuba meng'cool'kan diri.
-> Moon tak suka berebut. Sebab Moon tahu, Moon tak pernah menang kalau berebut. Moon lebih suka mengalah.

4. Pilih 10 penerima seterusnya dan gambarkan tentang mereka.
Moon nak bagi, tapi semua orang dah dapat award ni. Nak bagi siapa lagi ni? Adoyai... Moon bagi tahu ajelah ek. Wakakakaka... Sesiapa yang belum dapat award ni, ambillah dengan segala hormatnya. Moon merelakan diri memberi tanpa diminta izin pun. Ambillah... cantik award ni.

Tuesday, May 19, 2009

...iA LebiH bErmaKna...

Dapat hadiah tu perkara biasa. Hadiah hari jadi, perkahwinan, pertunangan, menang lumba lari, dapat nombor satu, dua, tiga atau janji ada nombor dalam kelas dan macam-macam lagi. Tapi pernah tak kita dapat hadiah tanpa alasan. Tak buat apa-apa pun dapat hadiah! Best betul macam tu kan? Wakahahaha...

Moon dapat 3 award (hadiah la tu dalam bahasa sempoi kita). Pergh... terharu betul rasanya. Macam tak percaya pun ada. Sampai picit-picit pipi supaya Moon sedar bahawa itu semua bukan mimpi, tapi realiti. Wakahaha... Moon sedikit poyo bab-bab ni. Yalah... Tiba-tiba je orang bagi Moon hadiah. Berlakulah ke'excited'an dalam diri Moon. Hah, sampai bahasa pun main tibai je. Tak pasal-pasal Moon jadi penjenayah bahasa.

Tanpa buang masa, Moon persembahkan award pertama Moon. Pemberi award ni ialah Ain.

Award yang kedua pula yang kat bawah ni. Comel sangat... pun diberi oleh Ain. Dia memang murah hati bagi award kat orang. Moon terima award ni bagi kategori si manis hijau-kehijauan. Wakahahaha...

Award yang terbaru Moon terima daripada Kak Meen Zulaikha. Nampak tak Moon lompat sampai atas pokok? Sebab award tu warna hijau. Indahnya hidup ni kalau semua benda warna hijau. Hehehe...

Sesiapa yang baca blog ni, diwajibkan ambil award-award yang kat atas ni ek. Diulang sekali lagi, DIWAJIBKAN. Kalau kat sekolah, dah sah-sah kena denda bila mengabaikan apa yang DIWAJIBKAN. Kena berdiri atas kerusilah, cabut rumput panjang kat padanglah, kena kira cermin tingkap kelaslah, kutip sampahlah, buat surat ikrarlah... macam-macam! Iskhh... Moon asyik ingat hal-hal sekolah aje. Kenapa entah...

Sunday, May 17, 2009

...beLaJar uNtuK beLaJaR...

Semalam, pagi-pagi tengok TV ada bual bicara tentang Hari Guru. Dah lama tinggalkan alam sekolah, lupa Hari Guru bila. Dan banyak ucapan untuk cikgu ditujukan melalui panggilan telefon atau SMS. Bila sebut pasal cikgu, Moon memang tak pernah terbabit dengan profesion sebegitu. Tak ada gaya langsung! Tapi Moon akan teringat zaman-zaman persekolahan. Ah, rindunya pada zaman itu...

Moon rasa bukan Moon sorang je yang kalau boleh nak kembali semula jadi budak sekolah, mesti semua orang rasa apa Moon rasa. Best betul jadi budak sekolah ni. Walaupun tiap-tiap hari pakai uniform, tapi dengan uniform tulah kenangan jadi lebih manis. Nama aje pakai uniform, siap ada fesyen sekali tu. Zaman Moon sekolah menengah dulu cukup popular dengan fesyen kain meleret menyapu lantai. Gaya princess pakai gaun labuh la konon. Wakahahaha... Baju pulak paling labuh pun paras lutut. Biasanya atas lututlah. Lengan baju mesti lipat paras separuh lengan. Tudung tajam hujungnya tak mainlah. Semua jenis bulat depan belakang. Jangan tak percaya, Moon pakai kasut sekolah yang tebalnya 2 inci! Yang pelik, ada pulak yang jual kat kedai tu.

Macam mana? Boleh bayangkan imej rugged Moon masa tu? Wakahaha... Teruk betul Moon masa dulu. Mudah terpengaruh dengan budaya fesyen yang entah apa-apa entah. Mak Moon memang bising tengok anak dia ni pergi sekolah dengan gaya tu. Tapi Moon buat dek aje. Bila cikgu buat spotcheck, kelam-kabut gulung kain bagi singkat sikit. Lepas tu, mengheret lantai balik.

Ramai cikgu sekolah yang Moon masih ingat lagi. Antaranya Cikgu Sulaiman, Cikgu Rashid, Cikgu Samad, Cikgu Masuri, Cikgu Zainal Abidin, Ustazah Zaleha, Cikgu Asiah, Cikgu Mohd Nor... dan ramai lagilah! Dan ramai juga yang Moon dah lupa nama dan rupanya. (Ceh, tak patut betullah Moon ni...) Moon pernah bersekolah di 4 sekolah. Jadi, cikgu yang mengajar Moon rasanya berpuluh-puluh banyaknya. Tu yang Moon ingat-ingat lupa. Maaf ya, cikgu-cikgu... Moon nak bubuh gambar-gambar zaman sekolah dulu. Tapi bila upload, warna gambar tu lintang-pukang. Biru jadi oren, putih jadi kuning, coklat jadi merah. Aduyai... tak dapatlah nak kongsi tengok.

Jasa insan yang dipanggil cikgu ni memang wajar dikenang. Sebab Moon rasa mereka bukan saja mengajar subjek di sekolah semata-mata, malah mereka mengajar tentang hidup, disiplin, kejujuran, nilai diri dan macam-macam lagi. Tapi Moon tak boleh blah dengan cikgu yang pilih kasih. Tolonglah! Cikgu yang ada sikap macam nilah yang buatkan pelajar rasa tak semangat nak belajar. Sesiapa yang bergelar cikgu tu, Moon harap tak ada sekelumit perasaan pun nak lebih-lebihkan pelajar yang dia suka saja. Tak elok ada sikap macam tu!

Untuk semua cikgu yang pernah kenal Moon, pernah mengajar Moon... terima kasih banyak-banyak. Anda telah menyumbang sesuatu yang baik untuk sesuatu yang baik kepada yang lebih baik. Dan bagi Moon, cikgu yang paling terbaik ialah pengalaman. Dengan pengalamanlah kita diajar tentang sesuatu yang kita tidak tahu, belajar perkara yang ingin kita tahu dan mengajar akan hal yang kita mesti ambil tahu.

Sunday, May 10, 2009

...JikA aDa KaSih...

Seorang wanita yang mempunyai anak walau dipanggil apa sekali pun sama ada mama, umi, mummy, ibu, bonda... dia tetap seorang insan yang amat patut dimulia. Menyingkap pengorbanan mereka ketika mengandungkan, menahan kesakitan demi kesakitan selama mengandungkan, bertarung antara hidup dengan mati semasa melahirkan, kemudian menanggung kesakitan yang amat selepas saja melahirkan, tidur mereka pada waktu malam sering terganggu kerana berjaga, memberi sepenuh perhatian yang sukar nak diungkap dengan kata-kata... tak tersenarai jasa mereka.

Mengenangkan semua itu, patut ke kita melukakan hati insan mulia ini? Sanggup ke kita melihat dia menangis kerana kita? Tergamak ke kita datang padanya bila ketika kita memerlukan saja? Dan langsung tak peduli bila dia tak diperlukan? Sampai hati ke kita menyuruhnya membuat itu dan ini demi kesenangan diri sendiri? Pernah ke kita rasa dia tak perlukan perhatian dan kasih sayang kita? Tolong jangan jawab 'ya' pada semua soalan ni.

Bersyukurlah kerana masih ada ibu. Jika benar ada kasih untuk insan yang bernama ibu, bukan ucapan semata-mata yang perlu dilafazkan... tetapi tunjuklah dengan sepenuh dan seikhlas hati, selagi dia masih bernyawa. Kerana insan yang tak pernah merasa kasih sayang seorang ibu sering meratap hiba mengharap ada seorang insan menjelma sebagai ibunya...

Selamat Hari Ibu untuk Fatimah Kariman, Rahmah Abdul Samad dan Halifah Sentol. Anda semua seorang ibu terbaik di dunia. Dan budi yang patut dibalas masih terlalu sedikit. Maaf kerana diri ini sedang berusaha menambah setiap budi itu. Tak tahulah bila ia dapat membalas jasa-jasa yang dicurahkan. Sesungguhnya, ALLAH jua Yang Maha Pemberi Balasan.

Tuesday, May 5, 2009

...sEgaLa yAnG aDa...

Moon tergelak bila Kak Hezzy Azra kata dia suka tag Moon. Katanya, jawapan-jawapan Moon best. He? Kali ni tak tahulah best ke tak. Asalkan dapat penuhi tugasan menjawab tag Kak Hezzy, rasa lega terus. Bila ada orang mengetag (bahasa yang mula popular kini), maknanya kita menggalas sebuah amanah. Cewah-cewah... ayat ini sedikit poyo. Dalam bahasa yang mudah difahami - sportinglah beb! Tak gitu? Maka, beginilah hasilnya...

1.
Nama timangan family:
Yang paling Moon suka - Musu. Entah ek... bila anak-anak buah panggil, rasa cam manja semacam. Kalau yang baru nak pandai cakap tu, dengan pelat-pelat diorang sebut Musu jadi Cu. Juga dengan nada manja mendayu-dayu hujungnya. Rasa best sangat. Sejak akhir-akhir ni ada nama timangan baru - Auntie Ngah. Pun buat Moon rasa diri comel aje. (Terperasan sendiri pulak. Wahakaka...)

2. Anda seorang yang...:
Moon susah nak terangkan yang Moon ni macam mana. Berdasarkan cakap-cakap orang, Moon dikatakan;
-> Lemah lembut - Bila cakap lembut, buat apa-apa pun lembut...
-> Manja - Suka mengeseh-ngeseh. Jangan tak percaya, Moon suka makan disuap member-member ofis. (Alamak, terberitahu kat sini pulak.)
-> Suka gelak - Yang ni bukan orang cakap, tapi Moon rasa sendiri. Benda yang kelakar sikit pun Moon boleh gelak. Dengan gelak yang luar biasa pulak tu. Wahakaka...
-> Pengemas - Paling ketara bila orang lain masuk dalam kereta Moon. Diorang akan cakap, "Bersihnya kereta kau..." Siap dengan riak kagum. Nak cuba, bolehlah naik kereta Moon.
Ni semua orang cakap tau. Bukan Moon yang cakap. Huahua...

3. Insan istimewa dan kenapa dia teramat istimewa:
Anak buah Moon yang bernama Hakim. Dia ni dilahirkan tak cukup bulan. Kakak Moon masa mengandungkan dia, tiba-tiba je ada darah tinggi. Jadi, kena bersalinkan masa baru 7 bulan. Si Hakim tu memang kecil sangat. Kurus pulak tu. Kulit dia putih yang amat. Lepas lahir terus kena duduk dalam inkubator. Lama jugaklah dia terperap kat dalam tu. Dalam 5-6 bulan gitu. Lepas keluar dari inkubator pun, dia masih lembik semacam. Moon risau betul tengok dia. Nyaris-nyaris nak jadi kanak-kanak istimewa. Mujur Allah izinkan dia jadi normal semula. Sebab tulah Moon rasa Hakim ni istimewa. =)

4. Lagu kesukaan sekarang:
Lepas balik kursus ESQ, buatkan Moon suka lagu ni. Moon bubuh lagu ni kat playlist. Dengarkanlah...

Surgamu - Ungu
Segala yang ada dalam hidupku
Kusedari semua milik-MU
Ku hanya hamba-MU yang berlumur dosa
Tunjukkan aku jalan lurus-MU
Untuk menggapai syurga-MU
Terangiku dalam setiap langkah hidupku
Kerana kutahu hanya KAU TUHANku
Allahuakbar... ALLAH Maha Besar
Ku memuja-MU di setiap waktu
Hanyalah pada-MU tempatku berteduh
Memohon redha dan ampunan-MU

5. Warna kegemaran:
Hijau... kalau orang Perancis panggil - ijo. Wakahaha... tak tahulah kenapa Moon gila-gila suka warna ni. Background blog Moon ni pun hijau jugak. Yang bestnya masa pesta buku PWTC hari tu, tema Karangkraf - Go Green. Melompat sampai langit Moon jadinya. Hooray!


6. Benda paling wajib dalam handbag:
-> Alat-alat mekap yang terdiri daripada bedak kompak, krim muka, eyeliner, gincu dan lipgloss. Orang pompuan... gitulah kan? Hehehe...
-> Handphone, kamera digital, jelly cologne, pen, wallet... Kalau ada ruang lagi, sumbat macam-macam yang boleh. Kalau boleh nak buat macam kocek Doraemon.

7. Kali terakhir nangis:
Tiga hari berturut-turut pada 1-3 Mei. Moon rasa berbaloi menangis masa tu sampai bengkak-bengkak mata. Sebab sekarang ni Moon rasa sangat tenang. Nak menangis pun rasa tak bermakna kalau bukan kerana ketika berdoa. Susah nak jelaskan... Jawapannya hanya dapat dirasa bila pergi kursus ESQ.

8. Tag rakan anda:
-> Molly Danny. Minah ni kata dia suka ditag. Ambik...
-> Nurul Ain. Budak comel ni dulu pernah mengetag Moon. Jadi, ni tag balas untuk dia. Ain... kita seri!
-> Serunai Faqir. Teringin nak tengok macam mana jejaka ni jawab tag. Dia ni suka gelakkan orang. Hai... tak sabarnya nak gelakkan dia. =)