About Me

Monday, December 26, 2016

...jualan akhir tahun...

jualan akhir tahun!

ini promosi kasih sayang yg berpanjangan. beli 1 novel PERCUMA 1 novel. haaa... mana nak dapat promosi berbaloi camni. siapa cepat dia dapat. stok sangat sangat sangat TERHAD. berminat boleh emel saya di murni.aqila@gmail.com.

1. Tunang Tak Guna (RM35 termasuk kos pos) : http://ilham.karangkraf.com/karya-detail.aspx…


2. Gila Tak Rindu (RM35 termasuk kos pos) : http://ilham.karangkraf.com/karya-detail.aspx…


3. Awak Jangan Nakal RM30 termasuk kos pos) : http://ilham.karangkraf.com/karya-detail.aspx…


4. Sayang Awak Sayang (RM30 termasuk kos pos) : https://www.youtube.com/watch?v=S_KDzaqClz0


*setiap pembelian percuma novel Ingat Janji Kita (https://www.youtube.com/watch?v=y7FwaaiaskM)







~end~

Thursday, December 22, 2016

...kenangan jualan gudang KARANGKRAF akhir tahun 2016...

Masih tak terlambat lagi kot nak upload gambar-gambar masa jualan gudang karangkraf hari tu.
Hehehee...

Walaupun jualan gudang karangkraf kali ni sebulan, tapi saya dapat pergi dua kali weekend je. 
Haihh... sayang betul. 
Nak buat macam mana, ada hal yang lagi penting kena uruskan.
Harap-harap dapat lagi jumpa jualan gudang karangkraf pertengahan tahun 2017 pulak.

So saya share sikit gambar-gambar yang ada buat kenang-kenangan.
Terima kasih pada semua yang sudi bergambar dengan saya.
Terima kasih jugak pada yang beli novel-novel saya.
Alhamdulillah...





























ada lagi banyak gambar sebenarnya.
disebabkan dah lambat upload, dah ke mana-mana entah gambar tu.
kena cari balik la nampaknya. 
kalau saya jumpa lagi gambar-gambar tu saya nak edit masukkan dalam ni.
anyway saya sangat hepi dapat jumpa dengan yang beli novel-novel saya.
jadi memori yang paling indah dalam hidup saya. 
ada jodoh kita jumpa lagi.
insya Allah...

~end~

Monday, December 19, 2016

...projek editing KIEF...

setelah bertapa dari menulis kat blog akhirnya i'm back!
ahahahahaa...

biasa la hujung-hujung tahun ni banyak benda kena buat kena settle cepat-cepat.
job banyak masuk, nak menaip novel sendiri lagi, sambil buat bisnes pulak tu.
alhamdulillah masih ada rezeki yang Allah beri.

disebabkan sibuk jugak la tak sempat nak promote novel sahabat novelis saya.
mereka yang sukakan novel thriller romantik gaya penulisan yang ada style mesti kenal dhiya zafira.
so ini la novel terbaru dia - KIEF.



sesiapa yang nak beli boleh la refer poster ni. 
harga, cara pembayaran semua ada.
rugi tak beli tau.
selain cerita ni best, saya la yang edit novel ni dan design layout teks.
eheheehee... 

hero novel ni seorang pegawar bomba yang kacak.
saya matchkan layout dengan ceritanya.
maka jadi la api-api yang membara sehingga membakarkan.





anyway, congratulations kak dhiya zafira.
moga novel ni laku keras.

dan sesiapa yang nak dapatkan khidmat editing dan design layout boleh la emel saya di murni.aqila@gmail.com

~end~

Wednesday, October 26, 2016

... jualan gudang KARANGKRAF akhir tahun...

jualan gudang karangkraf kembali lagi...!!

pejam celik pejam celik dah hujung tahun.
dah hujung tahun macam biasalah karangkraf buat jualan murah.
jualan murah-murah terus dari gudang.

dulu jualan gudang ni seminggu je.
tapi kali ni SEBULAN..!!
bermula pada 28 oktober sehingga 27 november 2016.
dan harga serendah RM1 je uols.
waahhh...


lepas ni jangan ada yang merungut kata tak sempat pergilah, masa sekejap sangatlah.
no no no no...!!
dah tak ada alasan kalau tak dapat datang.
melainkan kalau duduk jauh.
tapi kalau duduk jauh pun boleh jugak datang.
alang-alang nak membeli-belah boleh bercuti kat shah alam sekali.
kan seronok.
ehehheee..

so kalau dah datang jualan gudang karangkraf tu belilah sekali novel-novel saya.
lengkapkan koleksi 8 novel saya. 
1. sebutlah namaku
2. ucapkan kau rindu
3. cinta aku seadanya
4. ingat janji kita
5. sayang awak sayang
6. awak jangan nakal
7. gila tak rindu
8. tunang tak guna

ada rezeki boleh jumpa saya kat sana.
kat kompleks karangkraf seksyen 15 shah alam.
insya Allah...

~end~


...masuk RADIO...

saya nak masuk radio ni weh.

suara saya takdelah sedap sangat. 

tapi jangan risau saya tak nyanyi. 
herherr..

so kalau nak dengar suara saya, nak borak borak... 
esok hari khamis 27 okt pukul 12 sampai 1 petang dengarlah radio putra fm.
tengok poster ni untuk tahu info lebih lanjut.


tu je nak pesan. 
ngee..

~end~

Wednesday, September 28, 2016

...mujur ada KANGEN machine...

dari sehari ke sehari saya asyik lupa je nak update pasal kangen water.
padahal dah janji dah dalam posting sebelum ni.
lagipun sebab busy.
tak sempat nak update.
huhuu...



cewaahh...
berposing di sisi mesin kangen yang saya beli bulan 3 hari tu.
namanya mesin kangen SD501.

okey saya nak cerita apa yang best pasal mesin ni.
mesin ni ada 7 jenis air yang sangat berguna untuk kehidupan seharian. 
serius sangat berguna. 
tak rugi dan langsung tak menyesal saya beli.
mesin air yang brilliant teknologi dia.
teknologi dari jepun la katakan.
amazing giler kepala otak orang jepun ni.
nak 7 jenis air tu cuma perlu tekan button kat mesin tu je.
terus keluar.
yang best lagi mesin tu siap bersuara.
dia akan bersuara bagitahu air jenis apa yang keluar dari mesin tu.
perghh... serius canggih.

tengok kat gambar pun dah tahu mesin tu kecik comel je.
bawak ke mana-mana pun boleh.
balik kampung ke, bercuti kat hotel ke... semua boleh.
sebab mesin ni portable.
senang bukak senang pasang balik.
janji ada kepala paip dan ada power supply. 
saya bawak selamba je sebab tak berat.

yang paling paling best mesin ni kita boleh service sendiri.
tak perlu panggil orang buat.
service pun sangat sangat senang.
saya yang perempuan pun boleh buat.
apasal la orang jepun punya teknologi ni tak tercapai dek akal ek?
geliga superb giler kepala otak diorang.
salute!

okey.. 
saya nak cerita pasal 7 jenis air dari mesin ni pulak okey.
kat mesin tu ada 6 button tapi mengeluarkan 7 jenis air. 
tu lagi satu keistimewaan mesin ni. 
haa... canggih beb.

1. air pH 11.5 (strong alkali)
* saya guna air ni untuk rendam buah dan sayur.
rendam dalam 10 minit hingga 30 minit.
lepas tu tengok air rendaman tu.
jadi kuning sebab racun serangga semua luntur. 
yang best rasa buah yang direndam tu pun lain.
jadi lagi rangup, lagi sedap. 
memang best. 
* selain tu saya guna air ni untuk basuh pakaian yang kotor terkena minyak.
rendam pakaian tu dalam air ni semalaman. 
memang tanggal. 
padahal kalau masuk mesin basuh jangan harap la minyak tu nak luntur. 
* untuk sesiapa yang ada masalah jerawat kronik muka berminyak-minyak guna la air ni.
masukkan air ni dalam botol spray.
sembur je kat muka anytime lebih-lebih lagi setiap kali rasa muka berminyak.
sebab air ni boleh penetrate minyak. 
masalah jerawat insya Allah selesai. 
* buat basuh baju dalam mesin basuh.
ambil air ni 1 liter dan masukkan dalam mesin basuh.
tak payah guna sabun.
nak wangi boleh tambah essential oil. 
tak nak pun tak apa. 
yang penting baju memang bersih. 
kalau nak tahu bila kita pegang air ni pun rasa dia lain tau.
ada rasa licin-licin gitu.
memang amazing.
* kalau tak ada make up remover boleh guna air ni untuk cuci mekap.
haaa... jimat kan? tak payah buang duit beli make up remover. 

2. air pH 2.5 (strong acid)
* air jenis ni lebih pada untuk sanitizer
sesuai untuk kumur mulut untuk gantikan listerine.
juga sesuai untuk cucian intimate wanita.
so dah tak payah lagi beli listerine dengan hygiene product.
* untuk semua penyakit kulit macam kurap, kudis, kayap, cacar, ruam, arthritis, eczema, psoriasis, jerawat dan macam-macam lagi... ambil air ni dan buat mandi. 
atau masukkan air ni dalam botol spray dan sembur ke bahagian kulit yang berpenyakit tu. 
sembur sekerap mungkin.
* untuk sakit gigi berlubang dan ulser dalam mulut.
kumur je dengan air ni beberapa kali.
yang sakit gigi terus tak rasa sakit.
yang ulser pulak, cepat baik luka ulser tu.
* kalau yang luka, kulit terbakar, kulit melecur... semburkan dengan air ni. 
luka akan cepat kering sekejap je. 
lagi-lagi untuk yang ada penyakit diabetes yang luka.
kalau sapu ubat kuning ke ubat biru ke memang tak jalan punya. 
pergi hospital gerenti kena potong. 
rendamkan dengan air ni insya Allah memang akan cepat kering. 
untuk yang luka operate pun sangat sesuai.
saya sendiri pernah alami bila potong sayur lobak tapi lepas tu terpotong jari dengan kuku sekali.
masa tu darah meleleh-leleh.
haiyoo... pedih bak hang. 
saya basuh dengan air tu darah terus stop!
yang peliknya tak rasa pedih langsung.
tergamam sekejap saya masa tu sebab terkejut.
amazing giler air ni.

3. air pH 6.0 (asid)
* air untuk kebersihan. yang ni sesuai untuk buat mandi, cuci muka.
sebab air ni moistkan kulit, generate balik sel kulit.
kalau badan gatal-gatal, mandi dengan air ni.
insya Allah hilang gatal tu. 
lepas tu bila mandi dengan air ni rambut macam pakai conditioner
jadi lembut giler!
seronok sangat mandi dengan air ni. 
boleh rasa dia punya beza tu.
* air ni jugak saya guna untuk basuh ikan dan ayam.
basuh lepas tu rendam dalam 15-30 minit.
hilang segala bau hanyir tu.
dah tak payah nak rendam dengan air asam jawa.
best kan?

4. air pH 7.0 (neutral) 
* air ni untuk makan ubat
bila makan ubat tak boleh minum air alkali sebab nanti ubat jadi 'tawar' dan tak berfungsi.
* masa makan, kalau nak minum air kena minum air ni. 
sebab masa makan perut perlukan asid untuk sistem pencernaan. 
asid tu datang dari makanan yang kita makan dan dari air liur kita.
tapi kalau ikut sunnah, masa makan memang tak boleh minum. 
untuk kesihatan dan kebaikan badan kita, elakkan minum masa makan. 

5. air pH 9.5 (alkali)
* air ni saya buat minum untuk detox asid, toksin dan toksid dalam badan
malah bahan kimia pun semua dia detox.
sebab makanan kita sekarang semua ada bahan kimia, racun serangga semua.
ni bukan main cakap je taw sebab saya boleh tunjuk demo apa yang air ni boleh buat pada badan kita. 
kalau cakap je semua orang boleh cakap kan?
orang kata sembang je lebih.
saya boleh tunjuk demo untuk buktikan yang saya bukan cakap kosong.
nak tengok demo boleh la contact saya.
* untuk mereka yang sakit contohnya kencing manis, darah tinggi, gout, sakit jantung, cyst, fibroid, kencing tak lawas, sakit sendiri dll... boleh amalkan minum air ni.
konsepnya senang je: bila asid, toksid, toksin dah tak ada dalam badan dah di detox maka penyakit susah nak melekat kat badan kita. 
asbab saya minum air ni, antibodi saya sangat baik.
tak macam dulu-dulu asyik senang kena demam. 
kalau nak tahu dulu saya sakit apa boleh klik SINI.
* berita baik untuk yang nak diet
amalkan minum air ni atleast 3-4 liter setiap hari secara konsisten boleh turunkan berat badan. 
yang ajaibnya bila kita minum air ni lebih, kita akan rasa kenyang.
walaupun minum banyak tapi tak kembung.
disebabkan kehalusan air ni, semua mineral sampai ke seluruh badan kita.
so makan sikit pun dah rasa cukup.
* buat masak pun guna air ni
contohnya nak masak nasi, masa basuh beras tu kita akan nampak keluar warna hijau kuning.
well... jangan ingat beras tak ada bahan kimia okey.
beras zaman dulu lain la kan.
basuh dengan air ni beras memang bersih.
lagi 1 yang best bila masak mi kuning.
rendam mi dengan air ni dalam 10-20 minit. 
keluar pewarna kuning mi tu kaw kaw punya.
tak payah nak masak air dulu sebab nak rendamkan mi.
air ni yang sejuk pun boleh keluarkan pewarna yang memang sangat sangat bahaya untuk badan kita. 

6. air pH 9.0 (alkali)
* sama je kegunaan macam air pH 9.5.
cuma rendah sikit kadar alkalinya.
biasanya untuk diminum mereka yang baru mula minum alkali kangen.
lebih-lebih lagi orang yang badannya sangat berasid.
mereka yang minum kangen water buat pertama kali akan mengalami tindak balas dalam badan yang dipanggil healing crisis.
mengikut perubatan cina, healing crisis petanda yang snagat bagus untuk menunjukkan ada tindak balas berlaku ketika dalam proses penyembuhan.
healing crisis yang berlaku mula-mula minum biasanya mudah mengantuk.
jadi untuk mengelakkan terkejut dengan healing crisis, bolehlah minum pH 9.0 dulu seminggu dua.
bila dah rasa okey barulah minum air pH 9.5.

7. air pH 8.5 (alkali)
* air yang ni untuk budak-budak bawah 2 tahun
sebab budak-budak badan dia belum lagi berasid.
so dia tak perlu minum alkali pH yang tinggi. 

mesin ajaib yang kecik ni ada 1 filter yang menapis klorin, kuman, karat, bau.
dari filter tu kemudian air mengalir ke plat-plat titanium bersalut platinum. 
dari situlah air tu berubah menjadi kangen water yang ada 3 properties iaitu: anti oxidant, alkali & micro cluster. 
titanium & platinum ni membuatkan dia anti karat.
air apabila melalui besi lama-lama akan jadi karat.
kalau dengan titanium & platinum dijamin takkan berkarat.
so takkan terjadi metal poisoning. 
thats why harga dia agak mahal berbanding mesin air lain. 
kalau nak ikutkan mesin kangen ni bukan mesin water filter okey.
dia adalah ionised water.
maka memang sangat tak sesuailah nak buat perbandingan dan persamaan dengan mesin air lain.
jauh panggang dari api gitu. 
huhuu...

yang paling best lagi, ada banyak buku yang diterbitkan di luar negara yang mengiktiraf kangen water ni sebagai medical advice machine.
antaranya buku killing cancer not people, the enzyme factor dan banyak lagi.
nanti saya update buku apa siap dengan gambar buku tu.
saya ada beberapa buku yang ceritakan tentang kebaikan kangen water. 
yang tulis buku-buku ni pun bukan calang-calang orang.
kebanyakannya doktor yang tulis.
dan lebih 6500 orang doktor di seluruh dunia endorse mesin ni.
hebat ke hebat?
haaa.. fikir-fikirkanlah.
kalau ada nak tanya lebih lanjut boleh emel saya di: murni.aqila@gmail.com.

~end~

Friday, September 9, 2016

...projek editing MENANGISLAH CINTA...

sekali lagi saya diamanahkan untuk mengedit karya seorang novelis.
novelis tersohor tanah air.
cewaaahhh...

novelis aleya aneesa siapa yang tak kenal.
famous kot.
kali ni dia terbitkan sendiri novel dia.
tajuknya menangislah cinta.

title page. sempoi je.

copyright page yang tertera nama saya. tak cari pun mesti jumpa punya. herherr...

ni la rupa layout novel menangislah cinta.

layout bahagian belakang novel.

disebabkan tajuk tu, saya buat design layout novel dia gambar vector perempuan yang pegang payung.
biasanya orang pakai payung masa hujan.
masa panas orang jarang nak pakai payung.
hujan ni simboliknya adalah tangisan.
so vector perempuan berpayung ni melambangkan yang dia dalam keadaan kesedihan, dia tetap redah berbekalkan sekaki payung.
walau bagai mana perih derita menanggung sengsara, dihadapi jua berbekalkan segenggam ketabahan.
huhuu...
kemain lagi bermetafora. 
lol

dan disebabkan atas permintaan aleya aneesa sendiri nak layout yang simple, maka saya tak berlebih buat design.
ada part-part yang dia suruh saya delete supaya layout ni nampak clean.
saya okey je.
kita kena ikut citarasa novelis tu. 
ada yang suka layout sarat barat dengan macam-macam.
ada yang suka simple dan bersih. 

so kalau nak beli novel aleya aneesa yang terbaru, bolehlah refer poster ni.
boleh juga beli terus dengan aleya aneesa di facebook. 


poster menangislah cinta. cute kan cover dia. cerita pun best. 

dan kalau ada sesiapa yang nak novel dia diedit + dilayout oleh saya, bolehlah emel ke murni.aqila@gmail.com.
harga yang sangat reasonable.
insya Allah.

~end~

Saturday, August 13, 2016

...projek editing Cik Mar. Gi. Na...

projek mengedit dan membuat layout yang baru je selesai.
karya Pena Kayu.
alah... yang novel dia pernah jadi drama Tersuka Tanpa Sengaja tu.
tajuk novel dia kali ni Cik Mar. Gi. Na.
tajuk yang ada 'kelas' gitu.

disebabkan tajuk dia gugurl punya konsep, saya buatlah design yang nampak feminin keayu-ayuan.
ada bunga-bunga gitu.
yang lemah gemalai.
cewaahh..!
macam Cik Margina jugaklah.
ehehheee...


title page. 

copyright page yang begitu keayuan. bulat merah pura-pura bulat tu nak tunjuk nama saya. keh!

sambil baca novel sambil terasa dimanja dengan layout ni. ehehee...

sampai ke page terakhir masih berkonsepkan keayuan seperti Cik Mar. Gi. Na.
nak order cecepatlah contact Pena Kayu.
ni poster pre order.
boleh baca online di sini:



kalau nak buat novel seayu novel Cik Mar. Gi. Na ni bolehlah emel saya di murni.aqila@gmail.com.
insya Allah saya akan edit dan buat design sebaik mungkin.
yang penting puas hati.
ni jelah kerja part time sebagai editor dan designer yang saya buat.
so kenalah buat bersungguh-sungguh.
tak gitu..?

~end~

...projek editing CINTA TERLEBIH GULA...

ni projek editing saya yang ke 2.
daripada novelis Lynn Dayana.
tajuknya Cinta Terlebih Gula.
khas untuk orang yang kencing manis.
ehehhehehee...

okey gurau je.
macam Antologi Cinta Dia, novel ni pun saya edit dan saya buat layoutnya.
dari A sampai Z saya buat.
cuma cover je saya tak buat.

title page

copyright page. yang bulat merah tak berapa bulat tu nak tunjuk nama saya la tu. huhuu...

layout dalam. ikut tema cinta terlebih gula. semuanya manis belaka. ehehee..

back matter. sweet lovely lace gitu. kena sangat dengan konsep.

bertambah sweet lagi bila tengok persahabatan mereka. kaannn...?

kalau berminat nak beli novel ni kenalah order cecepat.
boleh emel kepada porengkertas@gmail.com.
harga boleh tengok kat poster ni. 


amacam..?
okey kan layout saya.
selain pandai mengedit, saya ni berbakat buat design jugak.
bukan nak puji diri sendiri.
nak kabo je.
herherr...

so kalau ada novelis atau penulis yang nakkan khidmat saya untuk edit, flow text, layout, design, touch up gambar, bolehlah emel saya ke murni.aqila@gmail.com.
buat novel boleh, buku biasa pun boleh.
rate harga yang sangat reasonable.
insya Allah tak membebankan langsung.
sebab saya cuma editor part time yang ambil upah je.
yang penting puas hati dapat design layout yang cantik.
ngee...

~end~

Saturday, August 6, 2016

...bukan novelis POPULAR...


saya bukan novelis popular.
sebab tu kena promote novel sendiri bila ada pesta buku. 
huhuu..

sudi sudi la datang ke pesta buku selangor. 
kat SACC convention centre shah alam.
dari pukul 10.00 pagi sehingga 10.00 malam.
esok last day tau.
so jangan lepaskan peluang nak beli buku-buku murah.

insya Allah esok saya ada di booth karangkraf.
booth karangkraf kat luar dewan.
kat main lobby.
dan doakan novel saya laku keras ek.
tengkiu tengkiu tengkiu...
(^____^)

~end~