About Me

Wednesday, March 23, 2016

...nak jadi NOVELIS part 4...

pelajaran kita dah sampai PART 4 pulak.
ada yang tertunggu tunggu ke?
sebab dah 2 minggu tak update.
sorry naa... busy. ada life. 
lol

ececeehh... statement paling mengada.
macam la orang lain takde life.
macam la orang lain tak busy.
kann...?
ekekekekeee..

okey!
untuk STEP KEEMPAT ni, kita hanya perlu senaraikan WATAK DAN PERWATAKAN.
senang sesangat step kali ni.
setiap watak yang ada dalam cerita kita tu, kena tulis semuanya.
walaupun watak kucing/burung/arnab/ayam dan lain-lain.
tulis dengan terperinci dan lengkap.
watak ialah nama dan siapakah dia.
perwatakan pulak personaliti dan keperibadian dia.

CONTOH:

watak 1 
=> Anuar Darwisy
=> hero
=> usia 25 tahun
=> anak Haji Leman + Hajah Fatimah
=> anak tunggal
=> baik, rajin, bertanggungjawab TAPI suka melatah dan cepat naik angin.
=> rambut lurus belah tengah, kulit putih kuning, pakai cermin mata bingkai hitam, 
=> iras wajah Lee Min Ho.
=> kereta honda warna hitam.
=> rumah teres sewa dengan kengkawan.

watak 2
=> Syaida Ilmuna
=> heroin
=> usia 24 tahun.
=> mak ayah ada lagi tapi duduk overseas.
=> tak suka buat kerja-kerja orang perempuan. suka aktiviti adventure segala.
=> tak banyak cakap, nampak arrogant walaupun baik sebenarnya, perangai lasak dan ganas TAPI takut dengan kucing.
=> free hair, rambut ikal paras bahu, kulit gelap sikit, ada lesung pipit. 
=> iras wajah Pia Alonzo Wurtzbach.
=> kereta Volkswagen putih.
=> tinggal di condominium sorang-sorang.


kenapa kena senaraikan watak & perwatakan semua ni..?
sebab nak elak daripada berlaku krisis pertukaran karakter.
dalam proses nak menyiapkan manuskrip mesti kena hold bila tetiba kena buat kerja lain.
atau pergi bercuti ke sana ke mari seminggu dua.
bila nak sambung menulis, memori lost.
tak memasal kena baca manuskrip balik dari awal.

kalau tak nanti, mula-mula cerita hero berkulit putih kuning.
kat tengah cerita hero bertukar sawo matang .
lepas tu kat hujung cerita hero jadi putih pulak.

ada jugak watak yang memula panggil mak dia 'emak'.
lepas tu lupa dipanggil mak dia 'ibu'.
bila kepala dah bingung kejap-kejap watak tu panggil 'emak'. 
kejap-kejap panggil 'ibu'.
dah bercampur aduk.
parah macam ni.

so bila dah ada senarai ni, insya Allah terpelihara daripada segala kecelaruan.

~end~

baca STEP PERTAMA klik sini.
baca STEP KEDUA klik sini.
baca STEP KETIGA klik sini.
baca STEP KELIMA klik sini.
baca STEP KEENAM klik sini.

Wednesday, March 2, 2016

...selamat tinggal karnival karangkraf 2016...

alhamdulillahh....
karnival karangkraf 2016 dah melabuhkan tirai dengan seribu kenangan manis.
saya ada kat sana setiap hari promosi buku.
ramai giler yang datang.
lebih-lebih lagi hari sabtu dengan ahad.
tak menang tangan dibuatnya.
macam-macam aktiviti ada.
banyak betul dapat hadiah free.
artis pun ramai yang datang.
saya tak berapa minat dengan artis.
so tak excited sangat nak ambil gambar.
tapi ada jugak la bergambar dengan syarul ridzuan dengan amyra rosli.
padahal zul ariffin ada, siti saleha pun ada, idris khan, fattah amin, ayda jebat, elizabeth tan, dj lin suria fm, pelakon eja... ramai lagi la!
huhuhuu...

so saya belanja gambar masa karnival karangkraf hari tu.
insya Allah ada rezeki kita jumpa di karnival karangkraf 2017 pulak.


















cover novel Gila Tak Rindu versi baru. buat pertama kali dikeluarkan.

~end~