About Me

Thursday, January 12, 2017

...ONLINE interview...

Ada 1 blog ni macam-macam jenis buku dia promote. 
boleh baca sneak peek kat situ. 
memang best!

blog tu ada interview saya. 
interview secara online gitu.
antara soalan dia: apa makanan kegemaran Murni Aqila? 
saya bagitau yg saya tak cerewet soal makan. 
tapi antara makanan yang selalu menjadi pilihan ialah asam pedas, char kue tiau, bibimbap dan buah-buahan. 
juga suka mencuba makanan yang hipster. 
huhuu…

lepas tu dia tanya: jika anda diberi peluang untuk melancong secara percuma, ke manakah Murni Aqila mahu pergi dan mengapa? 
nak tahu apa saya jawab, boleh la klik sini.
herherr...

selamat membaca.

~end~

Friday, January 6, 2017

...kenangan di BERNAMA RADIO...

happy sangat bila dapat on air.
kali ni kat bernama radio pulak.
ni 1st time saya menjejakkan kaki ke wisma bernama kat KL.
dapat jumpa dan kenal dj hezri dengan dj tasha.
dua-dua peramah dan baik sangat.
buat saya rasa selesa sangat.
hilang rasa segan.
huhuhuu...

saya promote novel tunang tak guna.
yang best siap ada kuiz untuk pendengar. 
pemenang kuiz dapat novel saya tu. 

ni ada gambar-gambar masa saya on air.
video pun ada jugak sebenarnya.
tapi kalau nak tengok boleh tengok kat facebook saya; novelis murni aqila.





harap-harap lepas ni untuk novel lain pulak saya boleh promote lagi kat bernama radio.
insya ALLAH...

~end~

Wednesday, January 4, 2017

...on air LAGI...


Dengarkan...
Penulis novel bestseller Tunang Tak Guna, Murni Aqila akan bersiaran di Bernama Radio dalam slot Sidang Redaksi berkongsi dan membincangkan topik menarik berkenaan novel beliau pada 5 Januari 2017 bermula jam 12.15 tengah hari - 12.55 tengah hari.

Anda juga berpeluang untuk dapatkan novel Tunang Tak Guna dengan diskaun istimewa 25% secara online menggunakan aplikasi whatsapp. 

Taip: 
1. Tajuk buku 
2. Kuantiti
3. Nama 
4. Nombor telefon 
5. Alamat
6. Kod: TUNANG 

dan hantarkan kepada 019-2297227.
(Kod diskaun dan promosi terhad untuk tarikh 5 - 8 Januari 2017 sahaja)

*-*-*-*-*-*

haaa... yang atas ni dipetik dari facebook Alaf 21.
so jangan lupa dengarkan Bernama Radio 5 Januari ni.
pukul 12.00 tengah hari.
frekuensi boleh tengok kat poster atas ni.

dan bersempena saya on air, Alaf offer 25% diskaun kalau beli novel Tunang Tak Guna.
tapi bermula 5 - 8 Januari 2017 je. 
cepat-cepat la beli sebelum terlupa.
cara-cara boleh tengok kat atas ni. 
senang je.

nanti saya update masa on air kat bernama radio pulak.
ngee...

~end~