About Me

Friday, July 29, 2016

...muka masuk PAPER...

hari tu muka saya masuk paper Sinar Harian.
hari Ahad 17 Julai hari tu.
huhuhuu...

tak sempat nak update kat blog.
upload kat instagram dengan facebook je.
ni barulah sempat nak menayang kat blog.
kah kah!


nak suruh beli pun dah terlambat.
so tengok jelah gambar yang saya ambil sendiri ni.
peace!
(^___^)v

~end~

...nak POP UP CARD yang sangat cantik tak?...

siapa nak kad yang saya buat sendiri ni..?


kita tengok versi video pulak rupa kad tu macam mana.


kalau nak kad yang pop up keluar bentuk love love merah kemain lagi tu bolehlah ikut step ni:
1. ambil gambar dengan novel TUNANG TAK GUNA.
2. upload kat FB dan tag saya (Novelis Murni Aqila).
3. bagi komen tentang novel ni. bukan review taw. komen saja.
4. bagi bintang out of 5 bintang. bagi seikhlas hati. bagi sikit pon takpe saya tak marah. huhuu..

50 penyertaan pertama akan dapat kad yang eksklusif yang tak ada kat mana mana kedai pun. 
limited edition gitu. 
herherr..

penyertaan bermula pada hari isnin 1 OGOS 2016. 
so cecepat la dapatkan novel TUNANG TAK GUNA. 
jangan cakap hakak tak payung pulak.

gud luck..!!

~end~

...pesta buku SELANGOR...

pesta buku selangor dah start dah awak.

bila penat beraya singgahlah kat SACC shah alam. 

beli buku majalah semua. 
lepas tu sambung beraya balik. 
huhuu..

nanti beli sekali novel TUNANG TAK GUNA tau. 
syok baca sambil makan ketupat rendang kuih raya segala.
ngee...


semua majalah, novel, buku, quran ada diskaun sehingga 50%.
gila tak beli..?
so pergilah kat pusat konvensyen SACC selagi masih ada peluang.
dari 28 julai sampai 7 ogos je nak dapat harga murah ni.
cari gerai karangkraf di SP 04, SP 06 hingga SP 19.
nak tahu lebih lanjut pasal pesta buku selangor klik sini.

~end~

Friday, July 15, 2016

...maafkan SAYA...

dah 10 Syawal barulah sempat nak buka blog.
huhuhuu...

so atas kelewatan ni saya ambil kesempatan nak ucap selamat hari raya aidilfitri. saya mohon maaf atas segala salah silap dan kekurangan saya selama ni.


biasalah kalau hari raya kita bermaaf-maafan dan bersalam-salaman.
TAPI

sekali lagi saya mohon maaf. 
saya suka bermaaf-maafan.
cuma saya bersalaman dengan yang bukan mahram. 
saya tak salam dengan kawan lelaki, sepupu lelaki, abang ipar, adik ipar lelaki, suami mak cik dan yang sewaktu dengannya.

jangan pulak ada yang kata saya sombong, berlagak whatever.
harap faham pendirian saya.
maaf yek.

~end~

Saturday, July 2, 2016

...pertembungan paling DAHSYAT...

bila dapat tahu jerman berdepan dengan itali untuk quarter final, mula rasa tak syok.
oh sorry...
ni cerita pasal bola kalau nak tahu.
UEFA EURO 2016.
ehehheee...

sebagai penyokong tegar jerman since michael ballack jadi caption, setiap kali world cup atau euro, saya memang excited tengok game jerman.
keistimewaan jerman terletak pada teamwork.
bukan individual skill.
permainan yang cantik dengan passing accuracy sangat tinggi.
paling tinggi kalau nak banding dengan team lain.
bila passing cantik control ball pun cantik la.

kalau kita tengok balik dari peringkat group, jerman dalam group C bersama ukraine, poland & northern ireland.
sampai la peringkat round of 16 lawan dengan slovakia, jerman tak pernah kalah dan tak pernah bolos.
wow..!!

tapi tanpa disangka-sangka untuk peringkat quarter final jumpa itali pulak.
maigosshhh..
terlalu awal bertembung dengan itali ni.
ni kira dah macam final patutnya.

untuk rekod, jerman tak pernah menang menentang itali di peringkat antarabangsa.
kira macam badi la.
jumpa itali je kalah.
bila kalah je jumpa itali.
adomaakk..

tapi!
tapi!
sebelum euro tournament ni bulan mac hari tu jerman buat friendly dengan itali.
jerman menang 4 - 1 okey!
so macam ada harapan jerman nak menang awal pagi nanti pukul 3.00.
mungkin ada yang kata setakat friendly itali saje je tu.
nope nope nope.

setakat ni jerman satu-satunya team yang tak pernah bolos.
itali ada kalah sekali dengan republic of ireland.
so dari situ kita nampak pertahanan itali ada rapuh sikit walaupun buffon tu legend keeper.
neuer tu pulak boleh tahan rekod dia.
antara keeper terbaik. 
tangan dia macam ada magnet.
huhuhuu...

ni sekadar pendapat saya.
nak buat ramalan saya tak pandai.
macam-macam nombor yang keluar dalam otak saya ni.
dah tentu la saya nak jerman menang.
kaann...?

memang rekod pertemuan menyebelahi itali.
tapi jerman masih ada harapan berdasarkan prestasi semasa.
apa apa pun kita tengok jelah game pukul 3.00 pagi nanti.
GERMANY vs ITALY.
#GERITA



~end~