About Me

Thursday, February 25, 2016

...gila tak rindu VERSI baru...


tadaaa... 
ni la konsep baru cover novel. 
santek kan..? kann...?

cetakan terbaru dengan konsep cover baru. 
suka tengok cover yang guna pastel color ni. 
someeeyyy.. 

ni senarai novel-novel cover baru:
1. kau untukku - aisya sofea 
2. kau kekasihku - anis ayuni
3. gila tak rindu - murni aqila 
4. uda & dara - aisya sofea
5. yang terindah - anis ayuni
6. seribu kali sayang - anis ayuni
7. saat kau kata cinta - anis ayuni

kita close up sikit novel GILA TAK RINDU ni.
somel ke idok...?
ngee...


so sesiapa yang nak dapatkan novel GILA TAK RINDU konsep baru ni atau novel-novel yang lain boleh la whatsapp 011-29061240. 
whatsapp sekarannngg...!!

~end~

...nak jadi NOVELIS part 3...

nak jadi novelis..?

STEP PERTAMA & KEDUA saya dah share. 

sekarang saya nak share STEP KETIGA pulak. 
step ni sangat sangat sangat penting. 
sebab step ni akan mencegah terjadinya writer's block. 
insya Allah. 
ngee..

STEP KETIGA: buat sinopsis pendek stage by stage.


sinopsis penuh dah ada. 
sekarang pecahkan sinopsis tu ke beberapa peringkat.

- mula-mula target berapa mukasurat yang kita nak buat. 
utk novel at least ada 400 pages.
- kemudian ceritakan apa yang berlaku dalam setiap 50 mukasurat. 
so sinopsis tu akan dipecahkan jadi 8 bahagian.

mukasurat 1 - 50

• ceritakan apa yg berlaku dalam bahagian ni. 
bahagian ni tersangat la penting untuk buat readers terus membaca. 
pastikan konflik dah ada dalam 20 mukasurat pertama. 
kalau tak nanti cerita akan jadi mendatar tak tahu punca.

mukasurat 51 - 100

• ceritakan pulak apa yg jadi dalam bahagian ni.

mukasurat 101 - 150

• apa yg jadi kat bahagian ni pulak ceritakan.

sehingga la ke mukasurat 351 - 400 semua bahagian dah lengkap dengan cerita disudahi perkataan 'tamat'. 
saya biasanya akan terlebih page yang saya target. 
sebab bila dah menulis, macam tak boleh nak berhenti pulak. 
huhuu..

untuk cerpen pulak target mukasurat jadi sikit. 
mukasurat di setiap bahagian pun disikitkan. 
contohnya: 20 mukasurat untuk setiap bahagian. 
senang je kan..?

okey, kita jumpa lagi untuk step keempat pulak lepas ni. 
sekian..

~end~

baca STEP PERTAMA klik sini.
baca STEP KEDUA klik sini.
baca STEP KEEMPAT klik sini.
baca STEP KELIMA klik sini.
baca STEP KEENAM klik sini.

Tuesday, February 23, 2016

...karnival KARANGKRAF 2016...

woaahhh....!!
karnival karangkraf 2016 datang lagi...!!

kali ni lagi syiookk.
macam-macam ada.
lebih banyak booth.
layan je la poster-poster kat bawah ni.
klik gambar untuk zoom in.
layannn...


berlangsung selama 3 hari bermula 26 hingga 28 februari 2016.
saya pun datang karnival karangkraf ni nanti. jadi la seperti saya. :)


diskaun kaw kaw potong besar punya. banyak majalah dan buku berharga RM1 sahaja.

untuk adik-adik dan anak-anak. macam-macam jenis kartun ada.

siapa yang suka berzumba jom la datang.

3000 shawl percuma walaweehh...!! shawl harga RM40 pulak tu..!!

1500 helai instant double loop pun free jugak weehhh...!! 

ada lagi 1500 shawl free kus semangat banyaknya yang free...!! yiihhaaa...!!

ada aktiviti yang boleh menang wang tunai RM1000..!! siapa yang tak nak wooiii...!!

pameran yang giler ohsem ni wehh...!! wajib tengok. free je kot...!!

disebabkan harga murah runtuh berdentum, boleh pilih pakej yang lagi murah supaya uols dapat shopping banyak tapi berbaloi-baloi...!!

risau sebab kat rumah dah banyak sangat majalah...?
don't worry. semua majalah tu boleh recycle balik siap dapat duit lagi. woowww...!!

nak jumpa nadzmi adhwa...? apa lagi... jom la serbu...!!

idris khan pun ada la weehhh...!! jom jom jumpa dia...!!

nazrief nazri pun ada okey...!! serius la kena jumpa dia...!!
hero kesukaan ramai...!! fattah amin in the house...!!

hero kegilaan semua...!! wajib jumpa syarul ridzwan...!!


koleksi novel bulan januari wajib kena beli...!!! 

koleksi novel bulan februari. kumpulkan semua ni wehh...!! best giler...!!


nak rezeki melimpah ruah..? wajib beli buku ni masa pelancaran nanti.
boleh jumpa pelakon eja yang ayu berhijab sekarang ni.

pelancaran buku resipi yang wajib ada kat dapur...!! 

nak berhijab tapi tak reti boleh dapatkan buku ni. siap ada pelancaran lagi oleh mizz nina.

tak hipster la kalau tak baca buku-buku indie. cool beb...!!


tengok harga pun dah rasa terliur. serius murah giler kott...!!
pakej buku-buku kraf yang sangat murah gilerrr...!!
lagi pakej buku-buku kraf yang ada. murahhh...!!

pakej buku-buku kraf menjahit yang giler murah...!!
pakej buku-buku kraf felt yang murah giler...!! syok weehh...!!
pakej buku-buku kraf MK pun murah sesangat...!!
pakej buku-buku tanaman untuk hiasan giler murah...!!
pakej buku-buku kraf hiasan kristal yang berbalou-baloi wooiii...!!

masa ni la nak beli buku resipi chef selebriti yang kita minat sebab murah giler...!!
nak tengok bakat berpuisi..? bestnya....!!

peminat novel thriller dan aksi boleh kumpul koleksi ramlee awang murshid ni.
diskaun kaw kaw giler kentang potong habis punya...!!
tak tau macam mana nak ke karnival karangkraf. senang je. refer poster ni. tak susah nak cari kompleks karangkraf yang terletak di seksyen 15 shah alam ni. jom kita datang serbu jom...!!

malas nak cerita banyak.
cuma nak cakap siapa tak datang memang rugiiiii sangat.
herherr...

~end~

Monday, February 15, 2016

...TER ola bola...

tertonton tanpa sengaja.
haaa....
itulah al-kisahnya.

saya ni dah lama giler kot tak tengok wayang.
last time saya pergi wayang masa filem The Journey.
cerita tu tahun 2013 kot.
Polis Evo pun saya tak tengok!
lol

tetiba teringin nak tengok wayang.
lagipun dapat voucher tiket.
huhuhuu...

dah sampai kaunter saya tanya staf cerita apa yang best.
dia suggest Ride Along 2 sebab best sangat.
The Boy tak best sebab cerita seram tapi slow.
saya ikut je suggestion dia.
bila dah masuk nak tengok cerita tu ada technical problem.
projector tak boleh nak appear gambar kat skrin.
sebab dah lebih setengah jam tak settle problem tu, so staf TGV kata boleh refund atau tukar cerita lain.

semua cerita macam tak menarik hati.
tapi sebab nak tengok jugak, saya decide nak tengok Ola Bola.
cerita tu keluar 28 januari.
saya pergi 29 januari. 
masa tu tak heboh lagi pasal cerita tu.

kat dalam wayang pun tak ramai sangat.
separuh penuhlah tapi.
sempat saya search kat twitter.
ramai yang kata Ola Bola best.

bila dah tengok... fuhh... memang tak rugi saya tertonton tanpa sengaja.
yang buat mata saya tak berkelip:
1. chow kwok keong aka tauke. indahnya ciptaan Tuhan. ahahahhahahhaaa... 
2. suasana tahun 80-an tu real beb. real..!!
3. cinematography yang sangat sangat sangat cantik.
4. gelagat team bola yang macam-macam. tauke, ali, muthu, abu, cai, eric.. lawak - sedih - gaduh - complete.
5. makin nak ke penghujung cerita perasaan makin bergelodak dalam hati. 
6. tak sangka tengok cerita bola boleh menangis. tacing beb. adehhh.. 

balik rumah masih terbayang-bayang cerita tu.
rasa macam nak tengok lagi.
tapi tak ada masa pulak.
tapi cuba jugak set time nak tengok lagi.
12 februari plan nak tengok lepas habis shooting dengan majalah nur.
shooting kat studio karangkraf untuk segment novelis memasak.





saya - hezzy azra - nurul syahida - azza (wartawan majalah nur)
tapi siapa sangka... masa nak ke studio tu saya nampak seseorang!
saya nampak tauke! 
tauke yang berlakon cerita Ola Bola tu la!

lepas tu masa tengah shooting tu terperasan seseorang kat luar studio.
ya Allaahhh...!!
saya nampak ali pulak!
rupa-rupanya diorang pun ada shooting jugak.
diorang shooting kat studio sebelah!
nampak tak..?? 
kalau dah jodoh tu tak ke mana.
ahahahahhahhaaa....

saya dengan kak hezzy dah soksek bercakap pasal pelakon Ola Bola tu.
punyalah excited sampai saya termelatah sebut nama ali.
kah kaahhh kahhh...
sebab ali ni asyik ulang alik depan studio tempat kita orang shooting.
tu yang sampai termelatah tu.
lol

dah habis shooting saya dengan kak hezzy dengan muka tebal pergi studio diorang minta permission ambil gambar.
subhanallah... 
berdebar saya bila bertentang mata dengan kwok keong.
kah kaahhh kaahhhh....



chow kwok keong aka tauke atau nama di luar ola bola jc chee. ok melting jap. lol 
ali ni... lesung pipit dia... haiihh... keh keh kehh... :P
nama sebetul dia luqman hafidz. 
habis shooting saya bergegas pergi sunway pyramid.
dah janji dengan member jumpa kat sana nak tengok Ola Bola.
sampai sana pukul 12.15 tengah hari.
dukacita dimaklumkan showtime pukul 2 dah sold out. 
pukul 4.30 pulak tinggal barisan paling depan.
perghhh....
hari jumaat kot.
ingatkan boleh walk in je beli tiket.
ni hari jumaat tapi dah macam weekend pulak.
nampaknya terpaksa cari hari lain la.

okey memang frust.
tapi tak frust sangat sebab dah dapat jumpa tauke dengan ali.
senyum je sepanjang hari. 
kuh kuhh kuhhh...

~end~

Thursday, February 11, 2016

...nak jadi NOVELIS part 2...

saya dah share STEP PERTAMA cara nak mula menulis. 
dah tahu macam mana nak cari idea. 
macam mana nak kreatifkan idea tu. 
gambaran idea tu dah ada. 
so arini saya share step seterusnya pulak.

STEP KEDUA: buat sinopsis penuh.

bila dah ada idea, tulis dalam sebuah buku semua idea tu. 
jangan biar idea tu menerawang dalam kepala je. 
sebab ada banyak benda lain yang kita kena fikir selain nak menulis. 
takot nnti idea idea tu semua ke laut ke gunung entah ke mana. 
keh keh kehh..

so tulis la sinopsis tu dari A - Z. 
dari mula sampai ke penghabis citer. 
tulis semuanya. 
yang paling PENTING dalam sinopsis tu ada:

1. konflik 
pastikan at least ada 3 konflik. 
citer yang tak ada konflik akan buat bacaan jadi mendatar. 
dan jangan banyak sangat pulak konflik tu. 
nanti senak kepala. 
yang baca pon boleh biol. 
huhuhuu.. 
pastikan konflik tu betol betol konflik okey..

2. penyelesaian 
bila dah ada konflik mesti la ada penyelesaian. 
selesaikan semua konflik tu dengan cara yang paling smart. 
yang tak membodohkan watak. 
konflik yang takde penyelesaian akan buat pembaca tak puas hati bila baca.

amacam..? 
sekarang dah dapat step no 2. 
ada lagi 4 step. 
suka ke idok..?
(^_____^)

~end~

baca STEP PERTAMA klik sini.
baca STEP KETIGA klik sini.
baca STEP KEEMPAT klik sini.
baca STEP KELIMA klik sini.
baca STEP KEENAM klik sini.

Wednesday, February 10, 2016

...bukan lagi DIA...


ini kakak saya.
sejak mak abah bercerai, dia yang jaga saya.
masa tu umur saya 2 tahun.
keluarga jadi kucar kacir.
semua bawa haluan sendiri.
apa pun yang jadi, dia dukung saya dan nekad bawa hati yang terluka.


saya terlalu kecil ketika itu.
masih tak faham apa yang berlaku.
tapi saya jadi saksi.
walau kecewa, kakak saya sorok air mata dia.
dia pendam segala duka.

sesusah mana pun hidup, kakak saya sabar.
hati dia setabah rumput.
dipijak-pijak tapi tak pernah merungut.
sehingga la saya membesar dan mula faham keadaan sebenar.

sukarnya jadi anak terbuang.
dipandang sepi tak dipeduli.
adakala kami meluah rasa.. menangis sama-sama.

19 disember 2009 detik terakhir saya bergambar dengan kakak saya.
pada 9 februari 2010.. dia tinggalkan saya buat selama-lamanya.
dan sejak 6 tahun yang lalu.. yg mendengar luahan hati saya bukan lagi dia.

~end~

Friday, February 5, 2016

...nak jadi NOVELIS...

tak sangka.. ramai jugak yang nak saya share cara-cara tulis novel. 
ehehee...

so saya akan share cara nak mula menulis step by step. 
step by step ni untuk tulis novel boleh, untuk tulis cerpen pon boleh. 
tapi INGAT..! 
tips ni versi saya yang baru 8 tahun jadi novelis. 
baru ada 7 novel. 
novel ke 8 akan menyusul tak lama lagi. 
insya Allah..
kalau ada kekurangan, harap maafkan la saya.

berdasarkan pengalaman, saya ikhtiar sendiri macam mana nak tulis novel supaya jalan cerita menarik dan cepat siap. 
sebab saya bukan dari bidang sastera. 
pergi bengkel penulisan pun berapa kali je. 
dalam bengkel yang saya pergi tak ada yang khusus ajar step by step ni. 
sebab setiap penulis mesti ada cara memasing. 
dan ini la cara yang saya amalkan sebelum tulis novel.

panjang pulak intro saya ni. 
okey la.. step by step cara nak tulis novel ada 6 semuanya. 
saya mulakan dengan STEP PERTAMA. 
kita belajar sesama ek..? 
sila abaikan bahasa rojak dan pasor saya tu taw. 
kat sini memang perangai saya camni. 
kalau dalam novel elok je saya. 
huhuhuu...

STEP PERTAMA: cari idea cerita.

yang jadi masalah besar setiap penulis nak cari idea. sampai bingung + bengong nak fikir. saya tak pernah tetapkan tema cerita. tema cerita bagi saya akan mengongkong idea saya. padahal dalam 1 novel kita boleh gabungkan macam-macam tema supaya lebih berwarna-warni. so.. macam mana nak cari idea..?

a) pengalaman sendiri – sepanjang kita hidup mesti banyak pengalaman. dalam banyak-banyak pengalaman tu, ambil yang kita rasa sangat menarik je. jangan ambil semua. kalau ambil semua nanti dah macam diari syok sendiri pulak.

b) pengalaman famili – dalam famili kita pun ada cerita yang mungkin boleh kita ambil. kalau tak nak ambil cerita yang jadi dalam famili, kita boleh ambil karakter yang sesuai untuk dijadikan cerita.

c) pengalaman kawan – berapa ramai kawan kita..? lagi ramai kawan, lagi banyak cerita yang kita dapat. biasa la kengkawan ni. cuba perhati perangai sorang-sorang. ada yang ego, banyak mulut, pendiam, sombong, perahsia, baran... pernah tak kaji kenapa kengkawan kita jadi camtu? mesti ada kisah di sebalik kisah. dari situ kita boleh olah jadi cerita yang kita garap sendiri.

d) saudara-mara/jiran tetangga/kenalan media sosial – point yang sama macam (b) dan (c). motifnya sama ada nak cari cerita atau nak dapatkan karakter watak.

e) suratkhabar/majalah – banyak kali saya dapat idea dari bahan ni. contohnya novel sayang awak, sayang. saya baca berita kemalangan 2 keluarga. semua meninggal kecuali sorang. yang hidup tu pulak lumpuh. saya terfikir.. apa jadi dengan yang hidup tu? lalu otak saya mula mereka-reka cerita apa yang berlaku lepas accident tu.

f) novel penulis lain – baca novel-novel yang ada. tak kira la dari penulis lokal atau luar. Ingat ya..? baca novel penulis lain bukan niat nak ciplak. cuma nak dapatkan idea saja. setiap kali baca novel, tanamkan sikap suka menyoal. contoh: kenapa cerita ni tak jadi macam ni, tak jadi macam tu? apasal watak dia macam ni? patutnya watak dia jadi lain. apa jadi kalau cerita ni ditukar jadi macam ni pulak? so, secara tak langsung kita belajar cara nak twist cerita. sejujurnya kalau saya buat novel.. saya cuba elak baca novel novelis lain. sebab saya takut terikut-ikut gaya novelis tu. takut identiti saya hilang. herherr...

g) drama/filem – tonton la apa saja drama atau filem. sama ada cerita melayu, korea, bollywood, hollywood, jepun, taiwan, latin... apa saja. point yang sama macam (f). kita boleh twist cerita tu, amek plot yg menarik, karakter watak, latar tempat... dan macam macam lagi.

dan sekarang kita kena kreatifkan cara berfikir. 
gabungkan senarai idea yang ada. 
contohnya:
-> a + c + e + f + g 

atau
-> b + c + d + f

atau
-> d + e + f + g

atau
-> a + b + c + e + f

so.. amacam..? 
nampaknya dah boleh start cari idea lepas ni. 
saya akan bagi masa cari idea sepanjang cuti chinese new year ni sebelum kita beralih ke step kedua pulak. 
hurmm... apa jadi ek kalau salah seorang penari tarian singa tetiba mati..? kes bunuh ke..? eh! ni dah jadi novel thriller ni. 
hohoo..

anyway.. selamat bercuti. 
Gongxi gongxi..!!

~end~

baca STEP KEDUA klik sini.
baca STEP KETIGA klik sini.
baca STEP KEEMPAT klik sini.
baca STEP KELIMA klik sini.
baca STEP KEENAM klik sini.

Thursday, February 4, 2016

...mujur ada air ALKALI...

mungkin ada yang tahu pasal saya ni.
tapi yang tak tahu rasanya lagi ramai.
tak apa la... saya cerita je.

sepanjang tahun 2015 saya asyik demam je.
start bulan januari sampai la disember.
demam - baik - demam - baik - demam - baik.
senang sangat nak kena demam.
senang sangat badan rasa lemah badan.
bila dah demam bukan senang nak baik.
asyik demam - baik - demam - baik je akhirnya saya admitted kat hospital.
disebabkan selalu demam, kuman demam tu masuk dalam saluran darah.
akibatnya saya mengalami radang dalam darah.
boleh baca kisah saya kena radang dalam darah kat sini: radang darah.

rasa lepak sangat bila tak sihat ni.
badan rasa tak sedap.
nak ke mana-mana tak ada mood.
pergi bercuti pun rasa tak syok.

pada 6 januari lalu, kawan saya ajak pergi centre kangen water kat bukit jelutong.
dia dah beli mesin kangen water tu dah setahun.
dia kata air ni sangat bagus sebab air tu air alkali yang ada ionise. ada caj positif dan negatif yang baik untuk tubuh.
saya memang tahu air alkali ni bagus.
sebab saya minum air anugerah yang botol biru tu.
tapi mahal la pulak.
1 botol 500ml camtu dah lima hengget.

so hari tu saya pergi centre kangen water tengok demo.
antara air gas, air tapisan RO, air paip dengan air alkali.. semua diuji dengan pH test. 
semua berasid kecuali air paip dengan air alkali.
tapi air paip pulak tinggi klorin.
sedangkan ikan boleh mati dalam air yang tinggi klorin, apatah lagi kita manusia ni.
badan kita ni bukan diperbuat daripada getah pun. 

dengan minum air alkali ni akan meneutralkan balik asid dalam badan.
dah berapa lama kita hidup?
dah berapa banyak asid masuk dalam badan kita?
minuman kita ada asid.
makanan yang kita makan keluarkan asid.
lebih-lebih lagi protein.
lebih-lebih lagi processed foods, fast food.
banyak bahan kimia, pengawet, pewarna.
jadi air alkali ni tujuannya nak neutral balik asid tu.

sejak hari tu saya minum kangen water.
tak semahal air anugerah.
5 liter RM10 je. 
okey la tu. kira murah la tu.
sama macam kita beli air mineral.
tapi air mineral pulak diasidkan dengan botol yang semua orang tahu botol tu recycle punya.
baik minum air alkali yang ada anti-oxidant (anti penuaan).
saya dah taubat tak nak minum air gas dengan air RO.
air paip pun berani tak berani je nak minum.
sebab saya dah pernah sakit memanjang susah nak baik. 
serik dah rasanya. trauma.
tak nak sakit lagi.

beberapa hari selepas saya tengok demo tu, badan saya rasa tak sedap bila bangun pagi.
tekak perit semacam.
kepala macam nak ting tong.
badan rasa nak panas.
tu petanda nak demam la tu!

saya minum air alkali kangen water tu banyak sikit pagi tu.
alhamdulillah... tengah hari tekak saya dah tak perit.
badan dah tak panas.
tak jadi saya nak demam.
suatu malam saya bersin bersin nak selesema.
hidung dah meleleh.
saya macam biasa bila nak tidur minum air alkali tu dulu.
bila selesema saya minum lebih.
esok paginya saya bangun tidur hingus dah kering.
syukur ya Allahhh...
tak tahu nak cakap macam mana rasa bersyukurnya Allah ciptakan air yang boleh jadi penawar penyakit.

bila saya cerita kat kawan saya yang suruh saya pergi tengok demo tu, dia kata dia dah tak pergi klinik.
sejak dia beli mesin tu sampai la sekarang.
dah setahun dah.
bukan dia je. anak dengan wife dia pun sama.
sebiji pil yang mengandungi dadah langsung dia tak telan lagi.
memang susah nak percaya, tapi tu la yang jadi.



untuk permulaan, berlaku healing crisis bila kita minum air tu.
sebab dalam badan kita ni dah banyak asid.
lagi banyak asid, lagi banyak penyakit akan jadi dalam badan kita.
mana ada penyakit yang disebabkan alkali.
penyakit disebabkan asid banyak ada la. 
lebih-lebih lagi gout.
kanser pun sama.
sel tisu orang yang ada kanser dikaji memang berasid.

bila saya minum sehari dua dah jadi healing crisis.
tempoh healing ni tak lama.
bergantung pada berapa banyak asid dalam badan.
so kena minum lagi banyak supaya healing crisis tu cepat habis.
macam saya 5-6 hari je.
alkali bila jumpa asid, memang musuh ketat.
alkali akan cuba detox asid sedaya upaya.

mula-mula saya minum, dada saya membengkak.
agak sakit jugak la.
saya ingatkan sebab nak period.
tapi time period saya jauh lagi.
saya teruskan minum.
lebih kurang seminggu baru la hilang bengkak tu.
rupa-rupanya... part yang sakit tu la yang paling banyak asid.
kalau saya tak minum kangen water untuk neutralkan balik, kebarangkalian saya nak kena breast cancer saaaaangat tinggi.
nauzubillah minzalik.

dah sebulan saya amalkan minum air alkali kangen water ni.
seminggu 4-5 botol saya minum.
demi kesihatan, saya tak kisah.
lagipun bukan mahal sangat.
botol baru RM10 sebotol.
kalau refill RM7 je sebotol.
dapat 5 liter pulak tu! 
banyak kot 5 liter.
sebab kalau dah masuk hospital, lagi beribu-ribu duit habis.
masa saya admitted disebabkan radang darah dulu, hampir RM17 000 bil ward selama 9 hari saya kat hospital.
kalau penyakit yang lebih kronik, lagi mahal kot.
belum campur ubat-ubat dadah yang doktor bagi lagi.
dah la mahal, ubat tu jugaklah yang merosakkan badan kita dalam jangka masa panjang.
semua ubat ada side effect okey..?

sejak saya tengok demo tu, saya rasa kesian kat keluarga saya.
tak sampai hati saya biarkan dia orang minum air yang suatu masa nanti akan bagi penyakit.
saya bagitahu kebaikan air alkali yang boleh meneutralkan asid dalam badan.
biasa laa... ada yang percaya. ada yang tak yakin. ada yang tak percaya langsung!
terpulang. saya tak paksa pun.
sebab saya sendiri mengalami proses kebaikan air alkali ni.
saya pernah bagi air ni pada 2 orang yang kena demam denggi.
yang sorang kat wad, minum hari ni, esok dah boleh discharge. 
yang sorang lagi kat rumah terbaring tak berdaya tak selera makan.
minum tengah hari, petang dah boleh bangun.
esoknya dah boleh nak makan.
alhamdulillah... syukur sangat sangat.
demam denggi pun boleh baik sembuh dengan air alkali kangen water ni.

ada jugak yang fikir bila minum air ni secawan terus baik penyakit dia.
nak baik kena minum at least 2 liter 1 hari.
supaya boleh detox segala asid toksin toksid dalam badan.
saya dah kata.. air alkali ni bukan ubat.
kalau ubat memang la baik tapi berapa lama baik?
sebab ubat tu dadah.
baik pun sekejap je.
bila kesan dadah tu dah hilang, jadi balik penyakit tu.

tak macam kangen water.
kangen water ni merawat.
dia detox dulu asid-asid yang dah berkerak dalam badan dalam darah.
buang dulu asid-asid tu dulu.
bila asid dah tak ada dalam badan, insya Allah penyakit susah nak lekat kat badan.
secara perlahan-lahan penyakit tu lenyap dan takkan muncul lagi.
konsep dia mudah je. bila asid dah takde dalam badan, penyakit susah nak dekat.
saya dah jumpa ramai jugak testimoni yang consume kangen water.
diabetes, darah tinggi, kurap, kudis, alahan, sakit buah pinggang, batu karang, gout, ...
sekurang-kurangnya 3 bulan dah nampak kesan.
insya Allah...

nanti saya cerita lagi pasal air alkali kangen water. 
dah banyak sangat saya cerita ni.
nak percaya atau tak, terpulang.
yang penting saya dah tak sakit macam dulu lagi.
syukur alhamdulillah...

kalau ada yang nak tahu info lebih detail boleh emel saya di murni.aqila@gmail.com.
no problem saya takkan kedekut nak berkongsi pengalaman dan ilmu.
insya Allah...

~end~