About Me

Friday, January 9, 2009

...2008 diBaWa pErGi...

Rasanya masih belum terlambat untuk Moon ucapkan Salam Maal Hijrah 1430 dan Selamat Tahun Baru 2009 buat semua pembaca blog Moon. Tahun baru bagi kedua-duanya kali ni hampir serentak. Cuma Moon masih mengharap agar sambutan kedua-duanya dengan cara yang lebih kejiwaan. Pengisian jiwa yang memerlukan 'makanan' itu lebih bermakna daripada menyaksikan letupan bunga api untuk menyedapkan pemandangan malam yang terlalu seketika.

Biasalah... di awal-awalnya mesti asyik tersasul menyebut tahun. 2009 yang sudah berada di depan mata, masih dikatakan tahun depan. Wakakakah... Dan kali ni Moon nak kongsi kenangan 2008 yang telah mewarnai kehidupan Moon.

:Kenangan Manis:

1. Pertama kali dalam hidup Moon dapat menjejakkan kaki ke premis yang diberi nama PENJARA. Wah, kedengaran macam beruntung sangat dapat ke sana. Bukan macam tu... Moon ke sana atas dasar kerja. Jadi, pengalaman yang hanya beberapa jam itu dapat menyaksikan pelbagai kisah hidup yang bergelodak campur baur menjadi rencah kehidupan. Timbul keinsafan yang bukan sedikit di dasar hati Moon.
Penjara Wanita Kajang yang Moon pergi dengan beberapa teman sekerja dan beberapa orang penulis mengingatkan Moon betapa hidup ini mestilah diiringi dengan rasa takut pada ALLAH. Ketakutan itu sekurang-kurangnya mampu mengelakkan diri daripada terjerumus ke lembah durjana. Moon percaya, tak semua penghuni premis itu mahu berada di sana. Dan ada juga yang teraniaya. Namun, pasti di sana ada hikmah yang lebih besar maknanya daripada dunia luar yang terlalu banyak 'dajjal'.

Berdoalah semoga hanya kebaikan yang ALLAH beri pada kita sama ada di dunia, mahupun di akhirat. Kenangan inilah yang Moon rasa paling manis untuk dikenang. Ia bagaikan menyentak bahu Moon yang terlalu banyak ketawa ni. Insaflah kerana kehidupan Moon jauh lebih baik daripada mereka yang berada di sana. Dan berdoalah agar Moon dipelihara-NYA daripada kehinaan itu. Bukan Moon saja, tapi seluruh keluarga Moon juga.

Moon juga ada terfikir... kalaulah Moon dapat mencatatkan kisah riwayat seorang demi seorang penghuni penjara di situ, entah berapa ratus cerita yang boleh Moon garapkan menjadi novel...

2. Pada Julai 2008, novel pertama Moon diterbitkan oleh Alaf 21. Alhamdulillah... tercapai juga hasrat untuk melihat karya sendiri berada di pasaran. Novel Sebutlah Namaku tu Moon anggap sebagai pengenalan untuk Moon melangkah lebih jauh lepas ni. Apatah lagi bila Moon terima komen yang membina daripada kenalan dan pembaca.

Sejak novel tu keluar, barulah Moon merasa tempiasan glamor. Tapi taklah terlalu sangat. Adalah sikit-sikit. Orang barulah katakan. Setakat ni, ramai jugalah yang dah mendapatkan tandatangan Moon yang biasa-biasa tu. Sebagai kenang-kenangan...

Bila dah tengok novel pertama ada depan mata, tak sabar pulak nak tunggu novel kedua. Entah bila agaknya akan menjengah di pasaran. Tunggu...

:Kenangan Pahit:

1. Puas Moon belek-belek diari 2008. Macam tak ada yang pahit aje. Dah tiga kali ulang belek. Masih tak jumpa kenangan pahit tu. Setakat gaduh-gaduh manja, nangis-nangis suka tu... adalah. Itu biasalah, kan? Disebabkan tak ada, Moon bersyukur kerana doa Moon dimakbulkan ALLAH. Moon harap, hanya yang baik-baik saja yang Moon dapat. Begitu juga pada tahun 2009. Amin...
Kesimpulannya, tahun 2008 adalah tahun 9/10 bintang untuk Moon. Kira cemerlanglah, kan? Wahahahaha... Bagus-bagus! Teruskan berusaha!

3 comments:

sf said...

1 lagi kenangan 2008 Moon lupa tulis - mengedit karya mamat yang macho tu muwahahaahaha ... btw, t.kasih abg ucapkan pada Moon atas kesabaran menangani karya abg, semalam dah terima cover dia ... dan mudah2an juga Moon terus lestari berkarya ... tima kaseyyyyyyyyyyyyyyyyy

mxypltk said...

2008 dibawa pergi? wah syahdu sungguh bunyinya. Tak pernah lagi orang menulis sedemikian, rasanya.

...:muRn! aQ!La a.k.a mOOn:... said...

nasib baik SF igtkan moon psl tu. kenangan edit mantera hitam tu bkn kenangan manis. kenangan pahit pun bukan. habis tu, kenangan apa ek? kenangan tengik bleh? wakakakaka....
btw, congratz! anak sulung kat alaf dah lahir. buat akikah la ye x lama lg.