About Me

Tuesday, May 19, 2015

...radang DARAH...

pasti ramai yang tak tahu saya mengalami radang darah baru-baru ni.
ada yang tahu saya sakit.. tapi tak tahu sakit apa.
bila jumpa je mesti tanya "sakit apa?".
so saya akan cerita kronologi macam mana saya kena radang darah.
sekurang-kurangnya, saya dapat berkongsi info.
sebagai pedoman pada yang lain juga supaya tak mengalami sakit ni.

pada awalnya saya mengalami demam. 
masa tu pertengahan bulan Mac. 
tapi demam ni macam lambat nak baik. 
dekat seminggu jugaklah baru rasa betul-betul baik dari demam.
lepas tu seminggu kemudian 1 badan rasa tak sedap.
rasa lemah je macam nak demam balik.
bukan setakat lemah je, badan rasa sengal-sengal.
serius saya cakap, saya rasa macam nak lumpuh 1 badan masa tu.
tapi buat tak tahu je la.

pada 3 April hari jumaat saya ada talk kat kolej Uniti Tanjung Agas Negeri Sembilan.
talk pasal penulisan novel.
masa tu keadaan badan saya makin sengal makin lenguh.
ditambah pulak dengan betis yang kejang.
oleh kerana dah diamanahkan bagi talk, saya kuatkan semangat.
pagi-pagi saya telan panadol actifast 2 biji.
tak lama lepas tu saya rasa badan macam dah okey.

so saya drive ke kolej tu, bagi talk dengan jayanya. huhuu...
on the way nak balik petang tu, saya rasa badan saya lemah-lemah semula.
tapi saya buat tak tahu je. saya tahankan je. 
sampai rumah kat shah alam, makin lemah badan saya. 
rasa sengal giler 1 badan.
mungkin kesan panadol tu dah hilang, tu saya jadi macam tu.

malam tu saya pergi berurut.
tukang urut kata, urat saya semua tak ada masalah.
pelik jugak!
saya ingatkan kaki saya ni tersalah urat.
sebab malam tu saya berjalan kena seret kaki.
solat pun kena duduk kat kerusi sebab kaki dah makin kejang.
disebabkan saya susah nak berjalan, saya tak pergi klinik.
saya makan pil tahan sakit mak. rasa elok sikit la.

hari isnin keadaan makin teruk.
kat kaki saya ada bintik-bintik merah. 
saya dah tak tentu arah dah. 
bila nampak bintik-bintik tu saya mula fikir macam-macam.
dah membengkak pulak kaki saya masa ni.
nak tak nak saya kena pergi klinik jugak.
saya paksa diri jalan perlahan-lahan.

bila doktor tengok kaki saya yang bengkak tu, dia tanya.
"ada demam tak sebelum ni?"
baru la saya ingat yang saya dah 2 kali demam.
bulan februari sekali, bulan mac sekali.

doktor kata, mungkin saya jadi macam ni disebabkan demam tu.
dia tak berani nak bagi ubat.
saya mintak ubat bengkak pun dia tak nak bagi.
dia cuma bagi surat untuk saya refer ke hospital.

esoknya 7 April saya pergi SALAM hospital.
doktor tengok kaki saya, terserlah bintik-bintik merah yang makin membesar.
soalan dia sama macam doktor yang kat klinik tu... pasal demam.
dia kata, saya kena admit sebab banyak benda yang saya kena check up.
dia kata lagi, pembuluh darah kaki saya dah pecah.

bila dengar dia kata pembuluh darah pecah, bergenang terus air mata.
so hari tu jugak saya admitted.
doktor yang in charge saya bagi tahu, saya mengalami radang darah.
kuman masa saya demam hari tu tak mati dan aktif dalam badan.
kuman ni dah masuk dalam darah membuatkan darah saya jadi radang.
simptomnya ialah pembuluh darah kaki saya pecah. 
saya tak boleh la nak tunjuk kaki saya kat sini.
so saya ambil gambar kat google.



search je radang darah, haa.... keluar la gambar macam ni.
huhuuu... sungguh mengerikan. 
mujur kaki saya tak seteruk tu sebab dapat dikesan lebih awal.
gambar yang ni dah teruk bebenor sakit dah ni.
mengikut kata doktor, dalam setahun yang mengalami sakit ni cuma 2-3 orang je.

cara rawatan saya cuma antibiotik drip, antibiotik kapsul & steroid drip.
antibiotik drip mula-mula 2 kali sehari. 
lepas tu ditambah 3 kali sehari.
steroid pulak 4 kali sehari.
ubat-ubat ni la yang buat saya rasa mamai. 

yang memburukkan keadaan bila saya demam semula.
ditambah pulak dengan batuk-batuk & selesema.
bila buat x-ray, doktor kata kuman tu dah ada kat paru-paru saya.
dalam keadaan begini, immune system badan saya tengah down.
sebab tu senang kena penyakit.
so makin lama la saya ditahan kat hospital. 

antibiotik drip ditukar yang lebih kuat lagi. 
saya diberi gas 3 kali sehari untuk batuk & paru-paru. 
ada lagi rawatan yang doktor bagi untuk selesema. 
sebab doktor nak pastikan bintik-bintik merah kat kaki saya tu hilang.
dan dia nak saya keluar hospital tanpa demam dan sakit lagi.
saya diarahkan berpantang makan.
ikan, ayam, daging, seafood, telur & semua jenis protein saya tak boleh makan.
saya jadi vegetarian dalam tempoh 3 minggu sekurang-kurangnya.

selama 9 hari saya kena tahan kat hospital.
sabar je la. huhuu...
dah keluar dari hospital pun masih kena makan ubat.
badan masih lagi tak berapa kuat. 
lepas tu saya pergi ke pesta buku PWTC. 
novel terbaru saya Gila Tak Rindu kan baru keluar.
saya kenalah promote novel tu.

konon-konon skip makan ubat sebab tak nak nanti mamai kat situ.
tapi badan rasa semacam. 
saya kena makan ubat jugak nampaknya.
masa kat PWTC tu sebenarnya tak ada mood sangat.
dengan badan 'membulat' sebab banyak sangat drip antibiotik & steroid.
muka pulak sembab je rasa. 
nak ke mana-mana pun tak ada selera. 
tapi saya kuatkan semangat nak bertahan sampai habis pesta buku.

3 hari terakhir pesta buku, ubat saya habis.
badan saya rasa lemah semacam. 
terpaksa ambil ubat kat klinik. 
alhamdulillah... sampai hari terakhir pesta buku saya dapat promote novel saya.
dah beberapa hari pesta buku habis, baru la saya berani tak pantang makan.
sebab saya risau nanti tak pasal-pasal datang balik penyakit masa pesta buku.
huhuu...

moralnya, kalau demam pastikan ubat antibiotik dimakan sampai habis.
saya ni jenis yang kalau dah betul-betul sakit baru nak makan ubat.
kalau dah baik demam, terus tak makan ubat dah.
bukannya apa.. saya tak nak biasakan diri dengan ubat.
ubat pil-pil ni bukan elok sangat untuk jangka masa panjang.
kalau kita dah biasa makan pil-pil ni, lama-lama badan kita tak immune dengan pil tu lagi.
tapi pengajarannya kalau dah sakit, makan la ubat sampai habis.


atas katil hospital ni la saya terima novel Gila Tak Rindu yang baru siap dari kilang. adehh...






















sakit tu sebenarnya tanda peringatan.
membuatkan kita mengenang kembali betapa bernilainya kesihatan.
dan membuatkan kita lebih menghargai masa yang kita ada setiap hari.
kerana esok mungkin kita jatuh sakit atau mungkin tiada lagi di dunia ini.

dan alhamdulillah... saya dah jumpa penawarnya. 
boleh baca kat SINI.

~end~

3 comments:

Unknown said...

Salam akak.. Nk tnye ape ubt akk bila kena mcm ni? Sy skg kena mcm ni, admit dkt hsptl ampang. 😭

Unknown said...

Bru blk hosp....ank 3y skit ni...buat mse ni msih follo up hosp slyg

Unknown said...

sya dah 2 tahun ada bintik2 mcm darah kt kaki, bnyk kata pembuluh darah pecah but lepas seminggu bintik2 hilang balik then lpastu dtg balik