Pernah tak kita terfikir... kenapa kita dipertemukan dengan orang itu, orang ini dan sesiapa saja yang kita jumpa? Moon akan terfikirkan hal itu hanya jika berlaku sesuatu yang memberi impak dalam hidup Moon disebabkan orang itu. Barulah Moon sedar sebab-sebab Moon bertemu dengannya. Jika tak, Moon akan anggap sesebuah pertemuan itu hanya sekadar untuk bertemu saja. 
Pada 13 Jun 09 baru-baru ni, Alaf 21 mengadakan majlis pertemuan novelis Alaf 21 di Hotel De Palma, Shah Alam. Moon berada di sana sebagai staf dan juga novelis. Moon rasa ini pertemuan yang paling besar kerana hampir semua novelis Alaf 21 hadir dalam majlis tu. Gembira dapat jumpa novelis yang otai-otai, yang fresh dan yang tak pernah Moon jumpa sebelum ni.
Sayangnya, Moon rasa pertemuan ni terlalu singkat. Kemesraan yang ada tak sempat bersimpul rapi.   Di akhir pertemuan, baru Moon tahu masih ramai yang Moon kurang kenal. Malah, ada yang tak kenal Moon sebab Moon tak sempat memperkenalkan diri. Mudah-mudahan ada lagi pertemuan sebegini lain kali. Ada beberapa gambar yang Moon nak kongsi bersama. Tak banyak sangat sebab tak ada masa nak ke hulu ke hilir dengan kamera.Dan sebelum tu Moon nak ucapkan Selamat Hari Bapa kepada sesiapa saja yang bergelar bapa. Kepada mereka yang masih ada bapa, sayangilah bapa anda dengan sebenar-benar kasih selagi dia masih ada. Moon cuma dapat menumpang gembira melihat insan-insan yang menghargai bapa mereka dengan seikhlas-ikhlasnya.
