About Me

Wednesday, June 17, 2009

...bErjuMpa uNtuK bErteMu...

Pernah tak kita terfikir... kenapa kita dipertemukan dengan orang itu, orang ini dan sesiapa saja yang kita jumpa? Moon akan terfikirkan hal itu hanya jika berlaku sesuatu yang memberi impak dalam hidup Moon disebabkan orang itu. Barulah Moon sedar sebab-sebab Moon bertemu dengannya. Jika tak, Moon akan anggap sesebuah pertemuan itu hanya sekadar untuk bertemu saja.

Mungkin sepatutnya selepas ni Moon kena fikir, untuk apa Moon dipertemukan dengan pelbagai manusia sepanjang hidup Moon. Kerana Moon mahu pastikan bahawa Moon memberi impak yang baik dalam hidup insan-insan yang pernah Moon kenal. Alangkah pilunya jika kehadiran Moon selama ni sebenarnya membuatkan orang lain berasa tidak bahagia. Lebih malang lagi sekiranya ada yang berdoa agar tak dipertemukan dengan Moon lagi. Ada ke? Harap-harap tak ada seorang pun macam tu. Risaunya...

Pada 13 Jun 09 baru-baru ni, Alaf 21 mengadakan majlis pertemuan novelis Alaf 21 di Hotel De Palma, Shah Alam. Moon berada di sana sebagai staf dan juga novelis. Moon rasa ini pertemuan yang paling besar kerana hampir semua novelis Alaf 21 hadir dalam majlis tu. Gembira dapat jumpa novelis yang otai-otai, yang fresh dan yang tak pernah Moon jumpa sebelum ni.

Sayangnya, Moon rasa pertemuan ni terlalu singkat. Kemesraan yang ada tak sempat bersimpul rapi. Di akhir pertemuan, baru Moon tahu masih ramai yang Moon kurang kenal. Malah, ada yang tak kenal Moon sebab Moon tak sempat memperkenalkan diri. Mudah-mudahan ada lagi pertemuan sebegini lain kali. Ada beberapa gambar yang Moon nak kongsi bersama. Tak banyak sangat sebab tak ada masa nak ke hulu ke hilir dengan kamera.

Dan sebelum tu Moon nak ucapkan Selamat Hari Bapa kepada sesiapa saja yang bergelar bapa. Kepada mereka yang masih ada bapa, sayangilah bapa anda dengan sebenar-benar kasih selagi dia masih ada. Moon cuma dapat menumpang gembira melihat insan-insan yang menghargai bapa mereka dengan seikhlas-ikhlasnya.

Makan ramai-ramai dengan teman sepejabat.
Nak makan pun sempat lagi bergambar.


Sempat bergambar dengan beberapa novelis dan staf Alaf 21.
Masa ni ramai novelis yang dah balik.


Ketika sesi Syarifah Abu Saleem berkongsi pengalamannya.
Ramai lagi yang berkongsi cerita, sehingga membuatkan Moon rasa sebak.
Kenapa? Hanya mereka yang hadir dalam majlis ni saja yang tahu.

3 comments:

-Ain-Dak In- said...

pertemuan dan perpisahan...
pertemuan tak semestinya menyeronokkan..
perpisahan tak semestinya melukakan....
(apa lah yg nak disampaikan ni?? hahahaha)
tapi melalui pertemuan dan perpisahan juga yg menjadikan diri sendiri matang dan memperoleh pengalaman...

hari bapa??? tatau nak tumpang gembira or x.......
(xleh tipu hati sndri melihat kgmbiraan org lain masih ada bapa)

p/s: hope to c u again...(hepi x?)
hahahahahaha...

sf said...

terima kasih atas jemputan tersebut ...

...:muRn! aQ!La a.k.a mOOn:... said...

hai ain..
btol la kata2 awk tu.
perpisahan tak semestinya melukakan.
akk belajar sesuatu yg baru ni.
thx..
yg pasti, akk hepi sgt dpt jmp ain.
nak jmp lg ni.
tak sabar nak cubit2 pipi tu.
wakakakaka...

utk SF...
no problem..
nak jemput lg nnti.