About Me

Friday, February 26, 2010

p-e-r-g-i d-a-n s-e-p-i


Lama Moon menyepi...
Kerana diam itu ada kala sangat indah.
Memang terasa rindu nak melakar sesuatu di sini.
Tapi...
Ada tapinya...
Entahlah.

Percaya tak pada intuisi?
Iaitu gerak hati atau naluri?
Moon pernah kata yang Moon dapat rasa sesuatu yg menyedihkan akan berlaku awal tahun ni.
Dan pada 9 Februari lepas, naluri Moon ternyata benar.
Pada tarikh itu Moon kehilangan kakak tersayang. Buat selama-lamanya.

Kejutan itu terlalu mengejutkan.
Tanpa pamitan, tanpa ucapan selamat tinggal...
Moon sayangkan dia.
ALLAH juga sayangkan dia.
Malah, lebih banyak kasih sayang-Nya daripada Moon.





















Dia pergi.
Meninggalkan sepi.

~end~

5 comments:

erin zehana said...

tq k.mun sudi msk blog saya..salam takziah utk k.mun juga. semoga roh arwah kakak k.mun dicucuri rahmatNya AMIN

[rania firdaus] said...

salam,kak moon..
takziah dr sy utk akak sekeluarga..

[AWEK JIWANG] said...

salam kak murni... ni sy, ika... takziah untuk akak sekeluarga...

Sarnia Yahya@Sania Yasmin said...

Salam Moon, takziah dari akak. Semoga moon sentiasa tabah menghadapi hari2 yg mendtg, k...

Haiza Najwa said...

Takziah Moon- sabarlah. ALLAH lebih sayangkan dia kerna itu beliau dijemput dlm usia yg maseh muda.