About Me

Wednesday, July 1, 2015

...selamatkan MALAYSIAku...

minyak naik lagiiii....!!!
arghhh... stress! 
time nak raya dia naikkan harga minyak pulak.
innalillahi wainnalillahi rajiun.

dia tahu tak harga minyak mempengaruhi harga semua barang lain?
dia sedar tak?
alasan harga minyak dunia naik.
ni carta harga minyak dunia naik ke turun ni?
ada menteri kata naik.
lol




bulan jun hari tu baru je harga minyak naik.
bulan julai pun naik jugak.
okey.. kita tengok sejarah harga RON95.
boleh la kita semak untuk sepanjang tahun ni punya kenaikan.

2015
Jan: RM1.90
Feb: RM1.70
Mac: RM1.96
Jun: RM2.05
Julai: RM2.15

dia kalau boleh memang tiap-tiap bulan nak naikkan harga.
tapi bulan april & mei ada PRK rompin dengan permatang pauh.
tu yang tak ada kenaikan tu.
takut tak ada undi pulak.
huhuu...

ni 1st time kot saya post pasal yang berkaitan politik.
sebab makin lama makin melampau.
hutang negara giler banyak.
nilai ringgit jatuh.
subsidi minyak kena potong.
setiap kali beli barang kena caj GST.
BR1M langsung tak dapat.
menteri cap ayam.
kesian tanah air malaysiaku.

ya Allah... nasib la sekarang bulan ramadhan.
kena banyak-banyak istighfar.
kena banyak-banyak bersabar.
kena jaga mulut jaga hati jaga perbuatan.

moga Allah segerakan dia letak jawatan.
amin.

~end~

No comments: