About Me

Saturday, November 18, 2017

...manuskrip SERAM...

setelah kira-kira 6 bulan akhirnya siap manuskrip terbaru saya.
alhamdulillah...

saya dah hantar manuskrip tu pada editor pengurusan alaf 21.
kali ni genre seram misteri.
andai diterbitkan maka ini novel ke 10 saya.
insya Allah.

sebelum ni saya buat novel cinta je.
tapi hati ni nak cuba buat genre seram pulak.
masa mula-mula nak buat manuskrip ni memang mencabar.
huhuu...

sebelum saya mula menaip, saya akan siapkan rangka dulu.
saya buat macam yang saya pernah ajar cara-cara nak buat novel.
boleh klik sini.

dah siap semua rangka dari A sampai Z barulah saya menaip.
masa mula nak menaip tu meremang bulu roma.
padahal nak buat perenggan pertama je pun.
tapi saya dah meremang sampai saya tak boleh nak menaip.

dekat sebulan jugaklah saya tak boleh menaip.
saya rasa seriau, seram, meremang.
dengar macam-macam bunyi kat rumah.
sedangkan saya sorang je kat rumah ni.
dengar bunyi kat dapur la, kat bilik air la, kat bilik la, kat siling la.

sejujurnya saya ni seorang yang berani.
setakat tidur sorang kat rumah malam-malam takde hal punya.
saya cuma takut dengan cicak je.
ekekekkekekee...

tapi bila nak buat manuskrip seram, saya jadi penakut.
bila masuk bilik air saya dengar macam ada orang kat luar bising-bising.
kadang-kadang rasa macam ada 'benda' perhatikan saya dalam rumah.

kalau dah dekat sebulan tak boleh nak menaip, apa cerita?
nak tak nak saya kena siapkan manuskrip ni.
saya terpaksa beranikan diri tengok sebanyak mungkin cerita hantu.
google sebanyak-banyak gambar hantu.
sebab nak kuatkan semangat balik.
saya kena beranikan diri.

lepas solat baca doa tu saya buat macam biasa la.
saya tak rasa saya diganggu makhluk tu.
lagipun saya bukan jenis yang terlalu taksub percaya kewujudan hantu.
benda ghaib memang wujud.
iblis dan jin memang wujud.
tapi bukan hantu.
so apa yang saya alami tu saya anggap cuma perasaan je.
mindset kena kuat.
hahahahaa...

dah dekat sebulan cuba lawan tu semua, akhirnya saya dapat jugak teruskan menaip manuskrip ni.
buat manuskrip genre seram bagi saya sangat susah.
kena guna banyak teknik dan elemen surprise.
tak macam genre cinta yang straight je ikut kronologi.
kalau ada flashback pun tak boleh banyak.
so lebih senang berbanding genre seram atau thriller.

ni pengalaman baru bagi saya.
dengan pengalaman ni saya akan lebih matang dalam dunia penulisan.
mohon semua doakan manuskrip ni diluluskan para jemaah editor tau.
doakan ek?
tengkiu3...




~end~

No comments: