About Me

Saturday, February 25, 2017

...karnival KARANGKRAF 2017...

Karnival Karangkraf kembali lagi...!!

Tahun ni Karnival Karangkraf menemui kita dengan aktiviti lagi gempak.
Serius sangat sangat gempak!
Sebab ini adalah event berkaitan buku yang memang dinanti-nantikan.
Bukan sekadar jualan buku/majalah yang sangat murah terus dari kilang.
Malah ada macam-macam aktiviti yang melibatkan personaliti dan artis.
Saya kongsikan semua aktiviti tu kat sini.



save the date. save the vanue. 3, 4 & 5 Mac 2017. 

banner gergasi karnival karangkraf 2017 dah digantung. Makin berkobar-kobar nak join karnival kali ini.
Macam biasa ada ramai penulis yang akan turun padang beramah mesra dengan pengunjung. 
Antaranya ialah saya. 
Hehehehee...



3 Mac 2017 (Jumaat)

4 Mac 2017 (Sabtu)

5 Mac 2017 (Ahad)


Geng novelis seramlicious pada 4 Mac 2017

Geng novelis seramlicious pada 4 Mac 2017

Yang ditunggu-tunggu dengan novel thriller terbaru - Anding Ayangan

Nak belajar menjahit beg? Jangan lupa datang

Belajar buat sarung kusyen, kraf tisu dan manik timbul. Seronoknya...

Belajar buat labuci manik, kraf bunga felt, manik timbul dan langsir.


Temui juga penulis buku Islamik

Bertemu mesra dan dapatkan ilmu daripada penulis-penulis Islamik yang hebat ini

Ambil peluang untuk anak-anak belajar English terus dengan penulis buku yang sudah diulang cetak berpuluh kali

Nak kurus? Boleh ambil tip daripada mereka yang berpengalaman kurus dengan lebih cepat

Peminat-peminat Jep boleh bermesra dengan kucing paling popular ni nanti

Senang je sebenarnya Matematik ni. Nak tahu kenalah datang dan jumpa sendiri dengan penulisnya.
Tengok sendiri demo dan merasa resipi yang dimasak dengan chef terkenal

Tengok sendiri demo dan merasa resipi yang dimasak dengan chef terkenal




Amacam?
Dah tengok poster promo ni mesti dah tak sabar nak datang Karnival Karangkraf kan?
So datang la bawa kawan-kawan, adik-beradik, anak-beranak, keluarga, jiran-jiran... datang pada 3, 4 dan 5 Mac 2017.
Rugi kalau tak datang sebab macam-macam ada.
Jangan cakap saya tak payung.
Jika ada update terkini saya akan warwarkan lagi.

~end~

No comments: