About Me

Sunday, July 16, 2017

...kehilangan CINCIN...

dah seminggu tunggu.
tapi takde jugak yang ditunggu-tunggu.
so terpaksa la pasang iklan kat sini.

cerita dia macam ni.
minggu lepas 8 julai 2017 hari rabu saya ke Port Dickson.
singgah kat Surau Pantai Saujana.
surau ni terletak kat jalan pantai batu 4.
dekat jugak la dengan tapak pasar malam yang dekat dengan petronas.

saya singgah nak solat.
surau bahagian perempuan gelap sikit.
memang sengaja tak pasang lampu rasanya.
sebab kalau pasang lampu nanti yang solat kat bahagian lelaki boleh nampak.
sedangkan tak pasang lampu pun kami yang kat bahagian perempuan boleh nampak dengan jelas bahagian lelaki.
ditambah lagi kedudukannya sebaris.

bila dah siap solat saya duduk kat depan cermin kat bahagian belakang.
kat situ lebih gelap. 
masa tu pulak dah pukul 6.00 petang. 
saya pakai mekap pakai tudung sampai siap.
dan saya tak perasan cincin yang saya buka ada letak kat lantai.
saya keluar dari surau dan terus masuk dalam kereta. 

saya hanya sedar cincin saya hilang bila dah dalam perjalanan balik ke shah alam lepas maghrib.
bayangkan! 
rasa nak menangis nak teriak nak terlolong semua ada.
nak patah balik memang tak la.
sebab masa tu dah masuk area selangor dah. 

saya tunggu kalau ada yang jumpa cincin tu viralkan kat facebook.
namun sayangnya memang tak ada.
dah seminggu berlalu.
sebab tu saya letak kat blog pulak.
harap-harap sesiapa yang jumpa cincin tu tolong e-mel kat saya murni.aqila@gmail.com.
saya tak ada gambar cincin tu semata-mata. 
gambar saya pakai cincin tu dari jauh ada la.

tak nampak sangat bentuk cincin tu macam mana. tapi ni la cincin saya yang hilang.

ni gambar saya dari jauh. kita mana la nak snagka cincin nak hilang kan? kalau tahu nak hilang dari dulu lagi saya dah siap-siap ambil gambar cincin tu. huhuu..

cincin tu ada permata besar warna putih kat tengah-tengah.
kelililing permata besar tu permata putih kecik-kecik.
yang pasti permata kecik-kecik ada dua biji dah tercabut.
so ada dua tempat yang kosong. 

tapi kalau orang yang jumpa cincin tu memang sengaja tak nak viralkan cari pemiliknya, memang niat nak jual atau nak simpan buat harta sendiri atau bagi pada orang lain... saya TAK HALALKAN.
saya harap orang yang jumpa cincin saya tu baca ni. 
sekian.

~end~

No comments: