About Me

Wednesday, March 28, 2018

...novel seram JAMPI...


tada!

inilah cover novel JAMPI.
on tak on?
heheheee..

sinopsis:
Sejak tinggal di sebuah kondominium di Kuala Lumpur, hidup jadi Dahlia huru-hara. Dia sering diganggu ‘sesuatu’. Apabila Dahlia mengadu pada Zairi, suaminya itu langsung tak percaya. Yang menghairankan, hanya Dahlia diganggu di rumah itu. Perangai Zairi turut berubah. Setiap hari Zairi balik lewat malam. Hubungan mereka tak lagi mesra. Dahlia kecewa apabila dapat tahu Zairi kembali bercinta dengan Reeha, bekas kekasihnya.

Lebih menghairankan, Dahlia terdengar bunyi pelik dari rumah jirannya, Ana. Wanita yang tinggal sendirian itu berwajah hodoh dan berperangai pelik lagi misteri. Dahlia keliru. Apa yang telah terjadi sebenarnya? Rumah itukah yang berhantu... atau ada ‘cerita’ lain tentang Zairi, Reeha dan Ana?

“Dalam rumah ni, macam-macam bunyi saya dengar. Semua yang pelik-pelik saya dengar setiap malam. Sampai saya tak boleh nak tidur. Saya jadi takut, jadi tak tentu arah kat rumah ni.” – DAHLIA

“Kalau bukan suami kau, maknanya bekas kekasih suami kau tu sebenarnya yang buat kau. Dia yang sihirkan kau!” – ANA

“Jiran baru kenal sehari dua dah percaya bulat-bulat. Kenapa senang-senang percaya dengan orang yang baru kenal?” – ZAIRI

“Aku cuma nak ambil balik hak aku, Dahlia.” 
 REEHA

-*-*-*-*-*-

saya belum buka pre-order lagi.
so boleh la layan tengok cover dengan sinopsis dulu.
nak baca free klik kat SINI.
kalau nak novel JAMPI ni free pulak boleh stalk facebook saya.
dalam masa terdekat ni saya nak bagi novel free.
jaga-jaga...

~end~

1 comment: