About Me

Thursday, February 26, 2009

...aDa kaRniVaL Laa...

Peminat buku dan majalah mesti melonjak gembira bila ada jualan murah diadakan. Mana taknya... lebih-lebih lagi musim gawat macam ni. Walaupun gawat, tapi masih mampu membeli dan meneruskan hobi membaca. Mulai 27 Februari hingga 1 Mac 09, Kumpulan Karangkraf Sdn Bhd dan anak-anak syarikatnya seperti Alaf 21 dan Buku Prima mengadakan jualan gudang. Wah, menarik tu! Jualan gudang... mestilah murah kan?

Khabarnya, jualan yang diadakan di pekarangan syarikat itu sangat happening walaupun ini kali pertama karnival ni diadakan. Bukan saja ada jualan murah... artis, selebriti dan penulis novel pun ada kat sana. Hmm... memang meriah ni. Kalau nak tahu siapa yang ada kat sana, kenalah datang. Bukan tu saja, boleh jumpa editor-editor dan wartawan-wartawan majalah dan surat khabar Kumpulan Karangkraf. Yalah... kan buat kat ofis.

Yang bestnya, boleh melanggan majalah, ada cabutan bertuah, nak abadikan gambar sendiri untuk jadi cover majalah pun ada. Memang best! Pendek kata, takkan mengecewakanlah. Siap ada banyak hadiah lagi.

Jadi, luangkanlah masa dan bawa keluarga, kawan-kawan, jiran tetangga serta ketua kampung datang ke pejabat Kumpulan Karangkraf untuk memeriahkan lagi karnival ni. Dari pukul 10 pagi sampai 8.00 malam. Moon pun akan ada kat sana. Kalau ada jodoh, kita jumpa!