About Me

Friday, February 6, 2009

...Di pOHOn iTu aKu bErsAnDaR...

Dibilang dengan jari, baru 8 bulan Moon jadi novelis. Mentahnya... Novel pertama keluar bulan Julai 2008. Novel kedua entah bila nak menjelma. Tak apa... kita bagi novel Sebutlah Namaku bernafas dengan lega dulu. 8 bulan jadi novelis, Moon memang tertunggu-tunggu respons pembaca. Berdebar-debar sungguh ni.

Tunggu punya tunggu, ada yang sudi memberi komen. Alhamdulillah... Moon cukup risau kalau tak ada orang nak komen novel Moon tu. Nampak sangat pulak tak ada orang baca. Wahahaha...

Dalam banyak-banyak komen yang Moon terima, Moon keluarkan 3 ajelah. Nak letak semua, macam over pula. Komen pilihan Moon ni, bukan bias ya... Cuma Moon pilih kritikan yang lebih terperinci. Okeylah... jangan buang masa. Jom kita tengok, siapa yang kena!

Komen Pertama:
Saya seorang peminat novel dan suka membaca novel apabila mempunyai masa lapang. Semestinya novel Alaf 21 menjadi pilihan utama saya kerana cerita novel Alaf 21
best selain kulit luar novel yang menarik dan mampu memikat hati sesiapa yang melihatnya.

Saya baru selesai membaca novel yang berjudul 'Sebutlah Namaku' karya Murni Aqila. Novel ini merupakan keluaran trionovel pada bulan Julai yang lalu. Murni Aqila merupakan nama baru dalam bidang penulisan. Namun, saya berasa kagum sekali dengan kebolehan Murni Aqila kerana sebagai pendatang baru, beliau mampu menunjukkan bakat dalam penulisan dan akhirnya berjaya menghasilkan sebuah novel yang menarik.

Saya mengambil masa untuk menghabiskan bacaan novel 'Sebutlah Namaku' dalam masa satu hari sahaja. Jalan cerita novel ini sangat best dan saya tidak berasa bosan ketika membaca novel ini. Selain itu, terdapat juga unsur-unsur lucu dalam novel ini iaitu apabila watak utama dalam novel ini, Ameelisa telah salah anggap terhadap Tajul Hafizul iaitu seorang peragut yang pernah meragutnya satu ketika dulu.

Saya ingin mengucapkan tahniah buat Murni Aqila kerana berjaya menghasilkan sebuah novel yang sangat menarik walaupun novel 'Sebutlah Namaku' merupakan karya pertama beliau. Semoga Murni Aqila terus bergiat aktif dalam bidang penulisan dan menghasilkan lebih banyak novel bersama Alaf 21.

Zaidah Harun
Kemaman, Terengganu.

Sumber:
http://emel.zonalaf.com.my

Komen Kedua:

Tajuk novel ini menarik minat saya untuk menghayatinya. Pada pandangan saya novel ini mempunyai kemampuan bagi menarik minat pembaca khususnya para remaja. Paparan novel ini amat dekat di hati para remaja dengan jalan cerita yang tidak memeningkan kepala untuk memahaminya.

Konflik cinta, persahatan dan kerjaya sememangnya lumrah kepada setiap orang dan itulah yang dipaparkan dalam novel ini. Amelissa adala watak yang mewakili remaja seusianya. Putus cinta, rasa dipinggirkan dan renggang dalam persahatan terpaksa dilalui sebelum bertemu kebahagiaan dalam percintaan. Namun itulah sebenarnya yang mendewasakan kita.

Cinta bertepuk sebelah tangan dialami oleh Johari apabila Amelissa hanya menganggapnya sebagai abang dan anak-anaknya seperti adik. Johari menjauhkan diri daripada Amelissa menyebabkan Amelissa merasa terpinggir.

Hairul pula cinta pertama Amelissa. Perkenalan secara tidak sengaja membuahkan bibibt-bibit cinta yang indah bagi mereka berdua. Kehangatan itu cukup mengujakan Amelissa yang tidak pernah dicinta dan mencintai. Namun cinta itu renggut oleh kesilapan Hairul yang tidak berterus terang. Amelissa terpaksa akur bahawa sahabat baiknya Azura turut mencintai orang yang sama dan demi sebuah persahatan Amelissa dengan rela mengundur diri.

Perkenalan dengan Tajul bermula dengan salah faham yang menyangka nombor telefon Tajul adalah milik sahabat baiknya. Namun siapa sangka tersilap nombor telefon menyebabkan pertemuan Amelissa dengan Tajul bermula. Dengan hanya berbual melalui telefon, akhirnya mereka bersetuju bersua namun pertemuan yang sepatutnya berlangsung dengan santai dan ceria bertukar menjadi mimpi ngeri pada Amelissa. Benci nya pada Tajul membahang kembali hingga apa jua yang dilakukan oleh lelaki itu hanya satu helah saja bagi Amelissa. Keadaan bertambah buruk apabila Tajul menjadi boss Amelissa pula.

Namun benci bertukar menjadi rindu. Dendam terurai menjadi sayang bila Tajul tidak pernah bertindak kasar maupun mengganggunya. Hanya sesekali Tajul dengan sengaja menyakiti hati gadisnya. Sikap Tajul yang mengambil berat hingga sanggup menghantarnya pulang ke kampung bagi menziarahi ibunya yang terlantar, membuat Amelissa keliru. Apatah lagi ibunya sendiri mula menyayangi Tajul. Apa muslihat Tajul kali ini. Benci dalam sayang bertindan dalam benaknya.

Adakah keresahan Amelissa membuahkan bahagia? Siapa sebenarnya menjadi pilihan Amelissa antara tiga lelaki yang pernah cuba memilikinya. Mungkin Johari yang memang mengasihinya sepenuh hati dan berjaya menarik cinta Amelissa kepadanya. Atau tidak mustahil juga Hairul, cinta pertamanya. Apatah lagi bila perhubungan Amelissa dan sahabat baiknya Azura kembali pulih dan keajaiban cinta mereka berdua kembali berkembang. Namun siapa tahu, mungkin lelaki yang dibenci itulah jodohnya.

Terdapat beberapa babak menarik yang termuat dalam novel ini. Babak di kedai buku pada saya sungguh romantik. Hairul dan Amelissa menggunakan tajuk novel untuk meluahkan rasa hati mereka. Selain itu, apabila Amelissa menukar nama Tajul kepada ‘hantu’ dalam senarai nombor telefonnya, saya juga tertanya-tanya. Namun, persoalan itu bakal terjawab apabila anda membaca buku ini hingga ke akhirnya.

Secara umumnya, novel ini amat santai dan saya pasti mampu meraih perhatian remaja khususnya. Kalau hendak tau, selanjutnya, jangan lupa mendapatkannya.
Selamat membaca.

Huda


Komen Ketiga:
Sebutlah Namaku merupakan hasil karya Murni Aqila, penulis baru alaf21. Karya beliau boleh dibanggakan kerana dah beberapa bulan Fadilah menantikan sebuah novel yang mampu membuatkan fad terasa 'umph'. Novel ni memang patut diberi pujian. Cara penyampaian yang sederhana namun teratur mampu membawa Fadilah menghayati watak Lis. Saat Lis happy, sedih, gelisah dan geram mampu Fadilah ikuti dengan baik. Novel ni merupakan hadiah yang Fadilah dapat daripada pihak alaf bagi pertandingan aku&bukuku.


Penulis yang meminati karya damya hanna + ramlee awang murshid ini mengetengahkan watak Lis, Tajul, Zura, Hairul dan Johari.
Pada mulanya Lis berkenalan dengan Johari @ Abg Jo. Abg Jo merupakan ayah kepada Muaz, anak murid Lis. Abg Jo memegang status duda semenjak dia dan isterinya bercerai 6 thun yang lepas. Abg Jo melihat Lis sebagai insan yang berjaya membuka pintu hatinya setelah sekian lama hidup bersendirian. Malangnya perasaan tersebut hanya bertepuk sebelah tangan dan Abg Jo mula menjauhkan diri apabila Abg Jo tahu yang Lis sedang menjalin kasih dengan lelaki lain iaitu Hairul.

Hairul merupakan lelaki yang dikenali secara xsengaja. Hairul yang pada mulanya tersalah no cuba menjalinkan perhubungan dengan Lis.
Pada mulanya Lis takut2 kerana dia xpernah bercinta namun setelah acap kali dipujuk Lis akhirnya setuju untuk berjumpa. Blind date mereka bermula dengan alasan meminjam novel. Semakin hari semakin akrab hingga mereka saling jatuh hati. Namun rupa2nya Hairul merupakan kekasih kepada Azura, teman serumah Lis... Lis cuba melupakan Hairul dengan cara bersms dgn Tajul yg disangkakan sahabatnya, Suraya... Lisa tersalah sms dan tajul pula seronok melayan... walaupun setelah rahsia terbongkar namun hubungan yang terjalin terus akrab.

Walaubagaimanapun semasa pertemuan pertama mereka, barulah Lis sedar yang tajul tu merupakan peragut yang pernah meragut dia dan Suraya sewaktu di kg dahulu. Apakah yang akan terjadi???
hurm, mcm biasalah kan... kena dapatkan novel ni di pasaran. InsyaAllah xrugi.


Panjangnya posting kali ni...
Apa-apa pun, Moon ucapkan ratusan jutaan terima kasih kepada semua yang dah membaca novel Sebutlah Namaku. Sama ada yang mengkritik atau memuji, Moon terima semuanya dengan hati yang terbuka. Ia umpama sebatang pohon. Dan pada pohon itulah Moon bersandar sebelum meneruskan perjalanan yang sangat jauh. Terima kasih...