About Me

Wednesday, May 27, 2009

...bEbaSkaH sUaRa diSuAraKaN?...

Inilah kali pertama tajuk posting Moon ada tanda soalan. Maknanya, Moon telah dikelirukan oleh sesuatu yang mengelirukan. Pada mulanya Moon tak keliru pun... tapi ada pula suara-suara unggas yang cuba mengelirukan Moon. Hampir-hampir nak keliru juga rasanya. Nasib baik Moon dapat menepis kekeliruan itu. Cayalah! Hehehe...

Sebuah televisyen telah menyiarkan debat yang berkisarkan tentang kewujudan bloggers yang tumbuh macam cendawan lepas hujan. Mungkin disebabkan kemudahan internet yang senang sangat diakses dan sudah ramai penggunanya serta menjadi budaya ikut-ikutan yang mana semua orang mahu berkongsi pendapat, maka lahirkan bloggers. Namun, ada juga yang hangat-hangat tahi ayam. Mula-mula je bersemangat, lepas tu blog jadi bersawang.

Yang menariknya dalam debat itu, blogger yang dijemput bermati-matian mempertahankan pendapat bahawa semua orang bebas bersuara. Jadi, persoalannya... bebas ke suara disuarakan? Boleh ke berasa bebas dengan hanya menyuarakan?

Memang tak salah menyuarakan apa yang terbuku di dalam hati. Yang salah bila apa yang kita suarakan itu berbau menghasut, mengandungi ayat-ayat yang lucah, keji serta maki-hamun, ada fakta yang tak tahu sama ada betul atau tidak kerana ia boleh dianggap fitnah, juga mempunyai niat yang negatif. Kita selalu mengatakan bahawa hidup mestilah berfikiran terbuka. Tapi bila ada pihak menegur bertujuan untuk memperbetulkan mana-mana yang tak betul, tak boleh terima. Tak terbuka pula fikirannya. Berdebat itu cuma untuk menegakkan benang masing-masing. Jadi, apa kesudahannya? Sampai bila-bila pun takkan selesai.

Sebelum Moon mendirikan blog Moon ni, Moon dah tetapkan beberapa syarat iaitu:
-> Tak boleh tulis tentang politik langsung. Tak ada faedah pun tulis hal-hal yang kalah jadi abu, menang jadi arang.

-> Tak payahlah tulis tentang gosip-gosip artis. Bukan dapat apa pun. Dapat dosa adalah.

-> Hal-hal peribadi jangan sesekali dijadikan tatapan umum. Moon masih mahukan privasi. Lebih-lebih lagi hal yang bagaikan membuka pekung di dada sendiri.


Kepada bloggers... fikirkanlah semula tujuan kita membina sebuah blog. Sebaik saja kita membina blog, segala yang tercatat di situ adalah tanggungjawab kita. Bagi Moon, sesebuah tulisan itu mencerminkan personalitinya. Bagaimana tulisan itu dicoraktuliskan, begitulah hati si penulis. Jika tulisannya penuh dengan kata-kata keji, penulisnya memang suka mengeji dan terkeji orangnya. Tak sukar kan untuk menilai?

***

Ada satu lagi award yang Moon dapat. Terima kasih Kak Hani Fazuha. Moon rasa terharu sangat dengan Kak Hani. Tak sangka dia suka dengar Moon gelak. Siap pesan suruh Moon gelak lagi masa ambil award ni. Wakakaka... Bulan ni merupakan bulan menganugerahkan award agaknya. Oklah tu! Mudah-mudahan murah rezeki bila kita rajin memberi. Moon diarahkan untuk:

1. Copy award tu dan letak di blog Moon.
Baiklah... Moon buat sambil ketawa ni. Wakakakaka...

2. Nyatakan 5 fakta tentang pemberi award ini.
Kak Hani tu... iskh 3x (sambil geleng kepala). Dia tu kan... sok sek sok sek. Wakakaka... Mana boleh gitu. Macam mengumpat pulak. Biarlah Moon berterus terang.
-> Dia baik orangnya. Bila senyum manis je Moon tengok.
-> Dia akan senyum lebih sikit bila dengar Moon gelak.
-> Dia punya novel best sangat. Rugi tak baca.
-> Dia comel...
-> Dia punya rambut cantik. Lurus gitu. Guna jari pun boleh.

3. Nyatakan 10 fakta atau hobi Moon.
10 je? Kenapa sikit sangat ni? Letak lebih-lebih kang kena denda pulak. 10 pun bolehlah. Wakakaka...
-> Moon suka warna hijau. Kalau boleh nak semua benda Moon warna hijau. Tapi ada saja halangannya. Susah betul!
-> Moon suka gelak. Tapi sekarang Moon cuba kawal gelak tu. Gelak lebih-lebih mana boleh. Nanti buta hati. Argh, takutnya...
-> Moon suka senyum. Entahlah... rasa happy aje.
-> Moon suka makan asam pedas. Sedap!
-> Moon suka berus gigi lama-lama. Selagi tak puas, selagi tu tak berhenti.
-> Moon suka minum susu. Lebih-lebih lagi fresh milk. Make me fresh!
-> Moon suka minum air jarang (air masak) daripada minum air manis-manis.
-> Moon tak suka cicak. Takut dan geli. Kalau terserempak dengan cicak, boleh bergegar dengar suara Moon menjerit.
-> Moon tak suka suka dengar orang memaki. Ringan aje tangan nak lempang mulut yang memaki tu. Tapi Moon cuba meng'cool'kan diri.
-> Moon tak suka berebut. Sebab Moon tahu, Moon tak pernah menang kalau berebut. Moon lebih suka mengalah.

4. Pilih 10 penerima seterusnya dan gambarkan tentang mereka.
Moon nak bagi, tapi semua orang dah dapat award ni. Nak bagi siapa lagi ni? Adoyai... Moon bagi tahu ajelah ek. Wakakakaka... Sesiapa yang belum dapat award ni, ambillah dengan segala hormatnya. Moon merelakan diri memberi tanpa diminta izin pun. Ambillah... cantik award ni.

3 comments:

Khar said...

Kau ni keliru sangat sebab banyak makan chikadis ni, Moon. Hehehe

zakiah said...

Teruskan berblog Moon
Benarlah blog mencerminkan diri kita
kerana blog bukan sssuatu yang compulsory
kita yang tentukan halatujunya

selamat bercuti sekolah heheheh

...:muRn! aQ!La a.k.a mOOn:... said...

elo khar..
wakahahaha...
abg kalo tukar nama pon moon pggil SF gak.
mkn chikadis bleh keliru he?
eh, chikadis ker.. chikedis?
abg pon dah keliru cam moon gak.
wakakakaka...

hai k.zakiah..
thx sbb akk byk bg sokongan pd moon.
moon rs terharu sgt ni.
slmt cuti skolah 2 u 2.
mesti byk program kan? =)