About Me

Wednesday, July 1, 2009

...jaNgaN pErGi...

Cuti panjang... buat kita rasa diselimuti wabak malas. Itu yang Moon alami. Seminggu cuti, bila masuk bertugas semula, Moon masih terbawa-bawa mood cuti. Ada kala Moon terlupa tugasan rutin semasa bekerja. Hisy... ni dah tahap kritikal. Tak boleh jadi ni! Sampaikan nak tengok blog pun tak berapa nak rajin. Apa lagi nak tambah post baru. Malas betul kan? Wakakaka... Moon, wake up!
Dalam masa yang sama, Moon sedih sangat sebab beberapa orang yang Moon sayang, akan pergi jauh dari sisi Moon. Ceritanya begini... Karya Bestari Sdn Bhd yang menerbitkan buku-buku agama akan dipisahkan dari Alaf 21 sambil membawa pergi 6-7 staf. Antaranya Kak Wan, Faizal, Kak Han dan Yatt. Dan dia orang ni mendapat tawaran Karya Bestari pada hari yang berlainan. Sedihnya tak boleh nak dibicarakan dengan kata-kata. Sebab dia orang akan dihantar ke bangunan lain yang agak jauh dari premis Alaf 21. Memang sedih...

Yatt jiran sebelah meja Moon. Dia baik sangat dengan Moon. Dan Moon rapat dengan dia. Orangnya lemah lembut. Manis dipandang... Moon suka panggil dia Yayat. Macam manja-manja gitu. Setiap kali sembahyang, Moon mesti ajak dia, nak sembahyang dengan dia. Selalunya, kita orang yang paling awal ke surau. Moon terfikir-fikir... nak sembahyang dengan siapa kalau Yatt dah pindah nanti?

Kak Han pula seperti yang sudah dijangkakan akan ke Karya Bestari sebab tugas asal dia sebelum ni ialah membuat layout buku-buku agama. Sedih jugalah sebab Kak Han pun suka buat lawak. Dia juga suka ketawa macam Moon. Lepas ni, makin suramlah ofis Alaf tanpa teman ketawa.

Mula-mula tahu Faizal pun turut serta dalam perpindahan tu, Moon rasa macam nak menjerit. Kenapa mesti dia yang dipilih? Besar pengaruh dia dalam Alaf. Boleh dikatakan dia antara staf yang 'menghidupkan' karya mahupun suasana Alaf. Dialah yang sering membuatkan Moon senyum dan ketawa. Lebih-lebih lagi perubahan besar yang berlaku pada diri dia membuatkan hati Moon sejuk setiap kali pandang wajah dia. Oops... jangan salah faham. Wakakaka...

Pemilihan Kak Wan yang paling Moon rasa berat nak lepaskan. Lepas dapat tahu Kak Wan akan dihantar ke Karya Bestari dan menjadi pengurusnya, air mata Moon mengalir tak semena-mena. Berhari-hari Moon termenung. Sukarnya nak terima keputusan tu walaupun gembira dia naik pangkat. Bila pandang wajah Kak Wan, rasa sayu nak lepaskan dia pergi. Terus terang Moon beritahu, Moon sayang sayang sangat dengan Kak Wan. Bagi Moon, dia bukan saja ketua... malah dialah ibu, kakak, sahabat dan tempat mengadu masalah. Dia ada semasa Moon dalam kesusahan atau kegembiraan. Sampaikan Moon menanam cita-cita nak jadikan dia idola.

Melihat riak mereka berempat ni sejak tahu akan dipindahkan ke Karya Bestari, Moon tahu... semua tak gembira dengan keputusan tu. Kalau boleh tak nak pindah dan tak nak berpisah, sebab kat Alaf ni dah macam 1 keluarga. Kak Wan tu nampak je ceria dan ketawa, tapi hatinya sebenarnya meronta-ronta tak nak keluar dari Alaf. Sedih beb... perasaan sayang pada Alaf dah berakar umbi dalam diri. Kalau boleh, Moon nak merayu. Tolonglah... jangan pergi.

Tapi pada petang Isnin lepas, Encik Nordin mengumumkan bahawa perpindahan Karya Bestari dibatalkan. Mereka akan bernaung di bawah bumbung Alaf. Horayyy! Kak Wan yang ketara sangat gembira dengan pengumuman tu. Cerah wajah dia. Moon gembira tak terkata. Alhamdulillah... Mungkin doa mereka dimakbulkan.

Sekarang ni, Moon mula berfikir. Dalam hidup kita, akan berlaku sesuatu yang tak pernah kita jangka. Dan sesuatu yang kita jangka akan berlaku, tak akan berlaku pula. Ironinya kehidupan ni. So, ready for whatever comes next! Kata-kata nilah yang Moon tanamkan dalam mindset. Apa-apa yang kita hadapi, berdepanlah dengan tenang. Pasti semuanya akan okey...


Oh, ya... ada seorang lagi yang 'pergi' walaupun Moon tak sampai hati nak kata 'jangan pergi'. Orang nak sambung belajar, takkan nak halang pulak. Raimi... dia dah pergi UiTM Kelantan 25 Jun hari tu ambil Diploma Statistik. Sepanjang yang Moon kenal, Raimi ni memang budak baik. Orangnya agak pemalu yang ada kala macam tak tahu malu. Wakakakaka... Setiap kali Moon makan, mesti teringat dia. Sebab dia ni kuat makan. Sekali makan 2 pinggan boleh licin walaupun makan kat kedai. Moon sempat pesan kat dia... kalau fail 1 paper, Moon belasah dia cukup-cukup. Wakakaka...

Perasan tak? Kalau kita melarang sesuatu perkara, ia seolah-olah menyuruh buat perkara yang dilarang tu. Macam gambar ni... =)

Samalah juga kalau kita mengarah seseorang supaya 'jangan pergi'. Pasti dia akan 'pergi' jua.

12 comments:

Unknown said...

sedih jugak kalau diorg kena pindah walaupun huda dah x keje sane :(

alhamdulillah..x menjadi :)

-Ain-Dak In- said...

ooo...raimi namanye..
huhuhu..
dah lame nak tye..tp segan..
wakakakaka....
x sempat lo nak suh k moon kem salam kat beliau...
lalalalala~~~~

...: muRn! aQ!La :... said...

hai huda.. si ibu muda..
mesti best kan dah ada baby..
tp kene adil tau ngan suami.
xbleh layan baby je.
wakakakaka....
dah byk perubahan berlaku kat alaf.
makin ramai skrg.
ada masa, singgah la alaf.
nak tgk baby yg comel tu..

ain..
nak kem slm kat raimi?
bleh aje..
xyah segan2.. selambe je.
wakakaka...

Istana Puteh by Geecantik said...

Moon sebak lak rasa bila baca komen tentang faizal.... Tapi hidup mesti diteruskan. Itu belum lagi jika nikmat hidup kawan-kawan ditarik yang belum kita tahu bila masanya... Bersamalah kita bersedia...

Anonymous said...

jika ada permulaan semestinya ada noktah.begitu jua perpisahan..perpisahan yang bahagia semestinya berlaku di atas kalimahNYA...

alhamdulillah, kita ditakdirkan untuk mengeratkan lagi ukhwah yang sedia terbina...

moga hubungan yang ada akan lebih teguh, seteguh iman di dada. ameen.

...: muRn! aQ!La :... said...

elo geecantik.. eh, faizal.. he3..
thx sudi bg respons.
btol sgt2 la tu.
bersedia je la tggu masa tu tiba.
argh, takot..
tp berkawan dgn ikhlas lebih indah perasaannya.
selagi kita ikhlas, apa saja yg dtg bagai angin berlalu.
kita rasa, tp x nmpk.
cewahhh.. berfalsafah lak.
hik3..

anonymous @ yayat!
wakakaka.. i know it was u.
thx darling..
u'r such a sweet excellent friend.
muuuahhh!

sf said...

Salam tahniah atas novel terbaru.

Gambar - nanti abg kerol hantar ok.

Pertemuan dan perisahan - sesuatu yang tak dapat kita jangka dan tak dapat kita tahan. Bahkan pertemuan itu sejak dahulu Allah dah tentukan. Sukar sekali untuk menyatakan perkara ni Moon.

Hz Njw said...

Moon ney pghiba orgnya. Thniah nvl bru. Ad 2 tjuk rindu bln ney. Rmilh trindu2. Nk cr bk Moon n jgn sdeh2. Hi hik

...: muRn! aQ!La :... said...

hi SF..
thx 4 ur congrat wish.
moon malu2 ni..
wahahaha...
n thx 4 ur beautiful words..
madah tu menggemparkan hati ini.
lalalala...

elo kak hz njw..
thx so much..
akk byk support moon.
moon nak jd mcm akk, yg penuh dgn bahasa puitis.. =)

Unknown said...

salam moon..jutaan tahniah dan kak Iris dah war-warkan dalam blog akak...Moga terus berjaya...salam manis. Kak Iris Ixora

...: muRn! aQ!La :... said...

salam k.iris ixora yg jauh di mata..
tp dekat di hati ini..
jutaan terima kasih utk akk.
ucapan akk sgt bermakna bg moon.
smoga akk bahagia dgn apa saja dlm hidup akk.
xoxo!

EYA ZAMANI ZAITEE said...

Salam Singgah ...Tahniah utk Ucapan Kau Rindu ....Suka Watak Adham yg punya ciri2 Panyelawat hihiih klau semua org dlm dunia ni mcm Adham mesti Wanita2 diluar sana Selamat :)bgtu juga dgn Lana demi kluarga snggup myepikan smua lara ati :) ...salam maju jaya ...:)