Oleh itu, dengan penuh rasa 'kekembangan' (wakakaka... jangan salah faham), Moon nak promosi novel terbaru Moon tu. Harap-harap ramai yang sukakan buah tangan Moon kali ni. Pesan Moon, ucapkanlah kata-kata rindu... kerana mereka yang mendengar ucapan rindu itu, pasti akan rasa benar-benar dihargai.
SINOPSIS UCAPKAN KAU RINDU
Hati Lailana berbunga rindu kala Adham meluahkan rasa cintanya. Itulah saatnya roboh benteng perasaan gadis itu yang selama ini menyimpan amarah terhadap insan bergelar lelaki. Seiring restu keluarga, mereka mula menganyam impian untuk hidup bersama.
Entah mengapa, menghampiri hari bahagia yang dinanti, Lailana mula menjauhkan diri. Dia sengaja menjalin kasih dengan Irfan. Walhal, dia sedar hati Adham pasti tercalar. Tidak sanggup berhadapan dengan kemarahan keluarga akibat tindakannya itu, Lailana nekad untuk menghilangkan diri.
Adham terkedu dengan segala yang terjadi. Di saat dia cuba mencari jawapan, keluarga Lailana menyerahkan sepucuk warkah yang merungkai segala rahsia silam gadis itu. Coretan kebenaran itu mendorong dia menjejaki Lailana agar kembali kepadanya. Namun, ke manakah harus dia mencari cintanya yang telah hilang?
9 comments:
congrats...congrats.....
semoga baby ke2 ni dapat diterima oleh suma lapisan masyarakat..
amin.....
Moon
Tahniah 5X
Teruskan berkarya
Akak doakan novel ini akan terus boom
thx ain..
ucapan awk tu simple.
tp penuh pengharapan.
buat akk rasa terharu sgt ni.
thx darl...
utk k.zakiah pun thx gak.
doa akk tu mudah2an diperkenankan-Nya.
thx so much.
sokongan akk mmg sgt2 moon perlukan.
thx again..
salam moon... dah ketinggalan akak ni yamoon dah dua. akak baru terhegeh2 nak buat yg ke4. tak pe.. biar lambat asal selamat. hehehe
aida adriani
alamak.. lupa nk ucap tahinah. TAHNIAH!!!
aida adriani
hai k.aida..
igtkan dpt saing kluar buku same2 lg.
akk jgn lama2 sgt..
ramai yg dah tggu novel br akk.
go go chaiyok!
hehehehe...
tahniah murni aqila
novel ni memang BEST!
kelainan yang saya cari selama ini telah saya ketemukan dalam novel ucapkan kau rindu.
memang puas hati baca.
utk itu,teruskan berkarya.
sy tgu novel moon seterusnya.
slmt maju jaya.
hai kak Moon,
Elley dh baca novel nie...
Best habis, jiwang sgt5X...
Tanniah kak Moon...
teruskan berkarya k...
Good Luck....
hye kak moon..
novel nie bes giler2...
waaa... i likeee it very2 much!
keep it touch..
love,
leyna
Post a Comment