Moon tak harapkan apa-apa selain kesihatan yang baik untuk menjalani bulan yang mulia ni dengan penuh ketenangan. Memang merisaukan bila kematian demi kematian meningkat ketika Ramadan mula nak menjengah akibat terkena jangkitan H1N1. Moon pun dah membayangkan yang bukan-bukan berlaku.

Di ruang yang menjadi medium Moon berbicara ni, Moon ingin mengucapkan selamat berpuasa kepada semua muslimin dan muslimat. Semoga Ramadan kali ini lebih bermakna buat kita semua, meneguhkan iman di setiap hati insan. Amin...
*****
Berkecah satu ofis bila kita orang menyiapkan props untuk pelancaran 5 novel Aleya Aneesa. Ada yang kata macam pelamin. Kalau nak tahu, kita orang pun sebenarnya sedang cuba 'membina' pelamin yang betul kat ofis tu. Siapa bakal pengantinnya? Rahsia... Ahak!
Perasaan Moon mestilah berbunga-bunga. Siapa tak gembira bila tengok teman sepejabat gembira? Sebagai sahabat, tiada yang lebih bermakna melainkan kami berdoa yang baik-baik je untuk mereka berdua tu. Oopsss... tak boleh komen lebih-lebih, nanti ada yang merajuk. Wakakaka...
Err... ruang untuk gambar kat sini terhadlah. Tengok kat myspace Moon ek? -Klik sini-
*****
Dua-dua perasaan Moon kat atas tak sama dengan perasaan Moon yang satu ni. Entahlah... tak ada gambaran yang dapat mengulas dengan tepat apa yang Moon rasa. Moon tak pernah merasa perasaan sebegini sebelum ni. Bagi sesiapa yang dah kenal dengan Moon, mesti tahu sikap Moon yang tak suka berkira. Kalau ada yang minta tolong, Moon akan tolong selagi boleh. Moon jenis yang tak kisah sangat pasal ni. Apalah sangat pertolongan Moon yang tak seberapa tu.
Tapi bila ada seseorang meminta pertolongan Moon untuk orang lain yang berbentuk kepentingan peribadi mereka, hati Moon jadi panas. Terasa diri Moon menjadi alat untuk dipergunakan. Hancur berderai hati Moon ni tak tahu macam mana yang bayangkan. Moon sangat-sangat kecewa, terus merajuk dengan orang tu.
Selama ni Moon tak pernah berkira dengan dia. Tapi bila dia seolah-olah 'gunakan' Moon untuk kepentingan seseorang yang Moon tak kenal, apatah lagi alasan pertolongan tu memang tak logik, ditambah lagi untuk kepentingan peribadi mereka... apa perasaan yang sepatutnya bergelora dalam hati Moon? Dahlah dia tu antara orang yang Moon sayang. ;-(
Moon tak boleh fikirkan pertolongan-pertolongan Moon pada dia sebelum ni jika dia hanya anggap Moon sebagai 'alat' semata-mata. Pedihnya jiwa ni nak terima kenyataan tu...
Dia dah minta maaf pada Moon. Dan Moon sebenarnya dah maafkan dia. Mungkin dia belum matang dan tak sedar yang perbuatan dia tu melukakan hati orang lain. Oleh kerana hati Moon dah terluka, ia mengambil masa untuk pulih seperti sedia kala. Juga bergantung pada cara 'rawatannya'.
Apa yang pasti, perasaan Moon sekarang cepat mendidih bila dengar perkataan 'Putra'. Dan juga 'Putrajaya'. Menyampah!
-end-