About Me

Saturday, August 15, 2009

...bEgiNikaH?...

Ada satu perkataan yang berlegar-legar dalam kepala Moon sejak akhir-akhir ni. Perkataan tu ada 5 huruf je. Tapi impaknya sangat menggerunkan.

K.U.S.U.T (bila sebut, terus rasa makin kusut. adoi la...)


Ada yang kata Moon sebenarnya ada masalah stress kat tempat kerja. Err... mungkin! Yang peliknya, Moon tak ada rasa tak nak datang kerja. Rasa terbeban dengan kerja pun tak ada. Tapi fikiran Moon kusut. Ada 'sesuatu' yang menyesakkan kepala hotak ni.

Kerja kalau tak ada cabaran dan masalah, serupa macam tak ada kerja. Betul tak? Moon akui hal tu. Cuma Moon harap, pihak yang sepatutnya tu tunjuk Moon satu arah yang jelas supaya Moon faham apa yang dia nak sebenarnya. Dan jangan buat Moon kusut hari demi hari. Dahlah rasa kusut, lepas tu buat orang makin rimas pulak. Huh...

Sudahnya... Moon ambil keputusan 'go with the flow'. Kusut pun, kusutlah... Dah cara menguruskannya kusut, kusut jugaklah apa-apa pun nanti. Tawakal jelah...


*****

Sebelum Moon semakin kusut, Moon nak langsaikan satu hutang dulu. Rania... sorry ek. Akak ambil masa yang lama nak ambil award kat blog awak. Jadikan kekusutan akak ni sebagai tauladan. Ia tak baik untuk diri dan kesihatan. Wakakakaka...










1. Nyatakan 6 fakta menarik tentang pemberi awards:
~> dia comel.
~> budak baik.
~> rajin belajar dan bijak.

~> calon isteri yang solehah. (sesape yg bujang tu... cepat2 la. wakaka...)

~> tak lokek dengan senyuman.

~> kata-kata yang dia bicarakan, manis-manis belaka. =D


2. Nyatakan 9 fakta tentang diri sendiri:
~> tengah kusut sekarang ni. huhu...

~> suka gelak.

~> mudah menangis.

~> manja. =)

~> selalu mengalah.

~> lebih banyak mendengar daripada bersuara.

~> tak suka menonjolkan diri sebab rasa rendah diri.

~> mudah rasa kesian.

~> suka termenung.


3. Pilih 10 penerima seterusnya bersama description: [tema: penulis ALAF21]
~> Err... sape ek? Macam semua dapat dapat award ni. Dahlah Moon orang yang paling lambat jawab tag ni. Moon akan berbangga pada sesiapa yang sudi ambil award ni dari blog Moon. Tanpa ada rasa kusut langsung! Wakakakaka...


*****

Memang satu kejutan! Menambahkan lagi sukatan kekusutan yang Moon alami. Pagi semalam, bos Alaf 21 yang dikasihi... Encik Nordin mengumumkan yang dia akan ke Sinar Harian bermula pada 17 Ogos 09. Dan semalam merupakan hari terakhir dia berkhidmat untuk Alaf 21.

Sungguh... Moon sangat-sangat sedih. Dan kesedihan itu berbaur sama dengan perasaan terkilan. Kerana Moon merasakan keputusan itu dibuat di bawah pengaruh emosional, tak rasional dan tak profesional.


Moon minta maaf... sebanyak-banyak maaf yang ada. Moon tahu yang Moon tak layak menyuarakannya. Apatah lagi mencampuri urusan Encik Nordin. Cuma, Moon anggap Encik Nordin selama ni sebagai 'ayah'. Mungkin kerana Moon dah tak ada ayah lagi. Walaupun Moon bukanlah 'anak' yang menjadi perhatian 'ayah'.


Kerana rasa kasih seorang 'anak', Moon nak lihat 'ayah' bahagia dan gembira. Lebih-lebih lagi 'ayah' yang menaikkan nama Alaf 21 dan susah sama-sama susah, senang sama-sama senang serta jatuh - bangun dengan 'anak-anak' yang lebih dulu 'lahir' daripada Moon.

Sebagai 'anak', Moon harap 'ayah' membuat pilihan yang paling tepat. Begitu juga harapan 'anak-anak' yang lain. Semoga 'ayah' tidak terpedaya dengan sesiapa saja yang hipokrit, tidak jujur, mengambil kesempatan dan berpura-pura. 'Ayah' lebih lama mengenali 'anak-anak' ayah berbanding orang lain. Jadi, percayalah... 'anak-anak ayah' ni mahu yang terbaik buat 'ayahnya'. Dan sesungguhnya kami rindukan 'ayah' yang dulu.


Sekali lagi Moon minta maaf dari hujung rambut sampai hujung kaki. Budi baik 'ayah' takkan Moon lupakan. Halalkan makan minum Moon selama ni. Ketahuilah yang 'anak ayah' ni sangat sayangkan 'ayah'.

Semasa mencatatkan rasa hati ni, menitis air mata Moon yang tak mampu mengalir semalam. Wujud kekesalan di dasar hati. Kenapa begini kesudahannya? Dan beginikah kesudahannya?

-end-

6 comments:

Unknown said...

erm..gitukah? ape hal sebenarnye kak moon smpi begini?

-Ain-Dak In- said...

hidup mcm roda...suma org tahu hakikat tuh..
cuma bila kita berada di bawah, ketabahan,kesabaran serta keyakinan terhadap NYA akan membuatkan kita redha dgn segala apa yg telah di aturkan untuk kita...

jadi kak moon....sabar okie..setiap perkara berlaku ada hikmah di sebaliknya....

banyakkan doa pada ALLAH..pada dia kita mengadu..

Istana Puteh by Geecantik said...

sabar jer lah tuhan AKAN MEMBALAS yang buat MOON menjadi KUSUT itu... AMIN

Istana Puteh by Geecantik said...

nak ilangkan kusut... JOM BOWLING LAGI!!!! YEEEE

Novelis Aleya Aneesa said...

moon... apa nak kata ya? hem... pertama, tentu aje terima kasih atas apa yang pihak alaf dh buat utk sya. kedua... harap moon selalu ada dalam rahmat ALLAH. dugaan ALLAH untuk hamba-NYA, tak pernah berhenti. Moon mesti mampu hadapi semua yg dtg, insya-ALLAH...

fadli akiti said...

ohh, tak cakap ada keluarkan buku yek!