About Me

Monday, July 4, 2011

...menGira deTik...

Sebenarnya, susah nak buat sesebuah novel.
Susah sebab:
=> nak cipta watak-watak yang tak wujud.
=> mereka peristiwa-peristiwa yang tak pernah berlaku.
=> wujudkan pelbagai konflik yang merencahkan lagi cerita.

Kepala boleh biol nak fikir semua ni.
Huhuu......

Teringat zaman sekolah masa buat karangan.
Rasa senang je nak buat.
Dah la pendek. Ringkas pulak tu.
Sekejap je dah siap.
(Ceh! Berlagak la pulak)

Zaman sekolah dulu, kalau tak buat karangan analogi, memang tak sah.
Yang paling popular karangan bertajuk AKU SEBATANG PEN.
Senang sangat nak buat.
Kacang boncis!

Tiba-tiba Moon rasa macam nak buat karangan analogi macam zaman dulu-dulu.
Tapi bukan kisah pen.
Moon nak cerita pasal jam.
Tajuknya AKU SEUTAS JAM TANGAN.
Heheee.....

Aku dilahirkan sebagai jam tangan.
Badanku diperbuat daripada besi berwarna hitam.
Mukaku bulat dan ada jarum yang menunjukkan waktu.
Aku direka untuk dijual kepada pelanggan yang berminat untuk membeliku.
Ramai yang memujiku cantik.
Apatah lagi aku ditempatkan di ruangan khas dalam rak berkaca.
Di situ aku mendabik dada menayangkan kecantikanku.

Pada suatu hari, seorang gadis datang ke kedai tuanku.
Dia mahu membeli kasut.
Setelah mendapat kasut yang diidamkan, penjual memberitahunya tentang promosi baru.
Pelanggan boleh membeli jam tangan di situ dengan harga yang murah selepas membeli kasut.
Lalu, gadis itu memerhatikan jam tangan di rak kaca.
Alangkah gembiranya apabila dia memilih aku.

Rupa-rupanya, dia membeliku bukan untuk dirinya sendiri.
Tetapi sebagai hadiah hari jadi untuk seorang kawannya.
Pada mulanya aku teruja kerana bakal dimiliki seseorang.
Malangnya, aku tidak diendahkan tuan baruku itu.
Kini, aku tidak tahu di mana aku berada.
Suasana sekelilingku gelap gelita.
Aku berdoa suatu hari dia sudi dan membenarkan aku memeluk pergelangan tangannya.
Aku mahu berbakti kepada tuanku sebaik-baiknya.
Dan harapanku agar dia juga menghargaiku.

-*-*-*-*-*-*-

Agak-agaknya, berapa bintang cikgu nak bagi bila baca karangan ni?
Hehehee.....

~end~

3 comments:

mohamadkholid said...

agaknya cikgu dulu tak ada idea... asyik-asyik aku sebatang pen... sebatang pensil... sebuah buku... he..he..he..

nina suhaina said...

cikgu bagi 4 bintang la kalau baca ni agaknya..hehe..

...:muRn! aQ!La:... said...

mohamadkholid : tp skrg cikgu dah up to date rs nyer. tajuk karangan bdk2 skrg aku sebuah ipad.... 1 set ps3... heheee......

nina suhaina : zaman ms jd bdk2 dulu kalo dpt 2 bintang pon dah melonjak2 mcm dpt adiah cabutan bertuah. ahahhahaa......