About Me

Thursday, August 16, 2012

...kerana KEBERKATANNYA...

Salam Ramadan yang ke-27.
Sekejap je dah nak Syawal.

Masa raya nilah nak berkumpul dengan family, sedara-mara, kawan-kawan.....
Lagi-lagi yang memang susah nak jumpa. 
Rasa excited sangat.
Boleh borak-borak, tukar-tukar nombor telefon, kutuk-kutuk, gelak-gelak.....
Best-best.
Hahahaa.....

Tapi masa kecik-kecik dulu kalau sedara-mara datang, mesti ada je duit yang hilang.
Bengkek betul rasanya.
Masa raya nilah nak kumpul duit. 
Ramai pulak tu yang bagi.
Lepas tu masukkan dalam tabung.
Tahu-tahu tabung dah ringan.
Huhuu....

Biasalah.....
Zaman kanak-kanak ni lain macam sikit perangai masing-masing.
Semangat nak kumpul duit banyak-banyak berkobar semacam.
Tu yang best jadi budak-budak ni. Hehehe.....
Sekarang Moon pulak yang kena bagi duit raya.
Tapi Moon bagi kat orang yang belum baligh je.
Yang dah baligh tu harap maaf ya?
(^_^)v

Di kesempatan ni Moon nak minta maaf pada semua yang mengenali Moon.
Minta maaf sangat-sangat kalau Moon ada buat silap.
Moon dah cuba jaga hati semua orang.
Moon dah cuba tak nak bermusuh dengan sesiapa pun.
Tapi sebagai manusia biasa, Moon mesti ada buat salah. 
Maafkan Moon ya?



Memang kita digalakkan meminta maaf pada bila-bila masa.
Tapi dalam bulan Ramadan pasti hati kita lebih lembut kerana keberkatannya.
Sebab ada yang ego tak nak maafkan, ada yang ego tak nak minta maaf..... 
So, inilah masa yang terbaik untuk bermaafan.
Mereka yang bersifat pemaaf disebut sebagai sifat orang yang hampir di sisi Allah.
Lagipun kita disarankan supaya lupakan segala kebaikan yang kita buat.
Dan lupakan segala kejahatan orang lain.
Dengan cara ni lebih mudah kita menjadi seorang pemaaf.
Insya-ALLAH.....

Akhir kata, moga Syawal dirai bersama hati yang paling tenang.
Tiada hati yang tenang melainkan setelah memaafkan.

Selamat Hari Raya Aidilfitri.
Maaf Zahir & Batin.

~end~

2 comments:

Unknown said...

Assalamualaikum Kak Murni Aqila,

Sudah follow blog ini.. :)

Selamat Hari Raya..Tahun ni dah masuk 2 tahun saya x dapat duit raya dah..

www.kisahsigemok.com

...: muRn! aQ!La :... said...

waalaikumussalam acap...

slmat ari raya jgk utk awk. akk nak bg duit raye tp masalahnya awk dah baligh. tu laa.... sape suruh awk baligh cpt2. ehh..!! :P

hahahaa....