About Me

Saturday, April 4, 2015

...sinopsis GILA TAK RINDU...


alhamdulillah... sebuah lagi novel saya diterbitkan untuk pembaca semua.

Nah!
saya belanja cover & sinopsis novel Gila Tak Rindu.

novel ni untuk terbitan Mei 2015. 
insya-Allah akan ada di Pesta Buku Antarabangsa PWTC 24 April - 3 Mei nanti.
saya harap novel saya yang ke 7 ni akan menawan hati anda semua. ewah.... 

(^__^)v

p/s: klik sini untuk baca novel Gila Tak Rindu secara online.



-*-*-*-*-*-

Alangkah terkejutnya Nomi apabila Mr. Krab yang pertama kali dia nak jumpa tu, lelaki yang bergaduh dengannya di lampu isyarat! Apa lagi, bertekaklah budak dua orang tu.

Adib mula menyesal menyamar jadi Mr. Krab. Mr. Krab yang sebenarnya ialah Risham. Risham suruh Adib ganti jadi dirinya sebab dia dah bercinta dengan Kisya. Adib terima tawaran Risham itu bersebab walau dia sukakan Hazza dalam diam.

Adib ingatkan... cerita sini, habis sini. Sekali Nomi langgar motornya! Berdebus jatuh berendam dalam parit. Mengamuklah dia. Dia nak Nomi jadi kulinya. Selagi motornya ada di worksyop, Nomi kena hantar dia pergi dan balik kerja.

Nomi bengang. Perangai Adib sungguh menjengkelkan. Asal jumpa mereka bertekak. Asal bertekak mereka jumpa. Sampaikan apabila tak bertekak, rasa sunyi pulak.

Eh, eh, ehh... lain macam je dia orang ni. Macam ada apa-apa je. Kalau Nomi tahu siapa Mr. Krab yang sebenar macam mana? Alamak... huru-haralah dunia ni.






~end~

3 comments:

~~Miss Diela~~ said...

cari novel ni kat popular tade pun .... :(

...:muRn! aQ!La:... said...

@miss diela: boleh beli direct dgn saya. emel kat murni.aqila@gmail.com

Beautifullife4ever said...

Sis, sy nk beli la novel.. Baca online memang klakar abis