About Me

Wednesday, April 22, 2015

...terima kasih SAYANG...


Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2015..!!

Acara tahunan besar-besaran bidang penerbitan buku sekali lagi menyemarakkan suasana. Amboi... ayat. Iklan TV sangat! ahahhahaa...

Istimewanya PBAKL tahun ni, majlis ANUGERAH NOVELIS PROLIFIK diadakan untuk mengiktiraf novelis Alaf 21 yang sudah menghasilkan sekurang-kurangnya 5 buah novel. 



Alhamdulillah... saya sudah mengarang 7 buah novel.  
1. Sebutlah Namaku - 2008
2. Ucapkan Kau Rindu - 2009
3. Cinta Aku Seadanya - 2010
4. Ingat Janji Kita - 2011
5. Sayang Awak, Sayang - 2012
6. Awak Jangan Nakal - 2014
7. Gila Tak Rindu - 2015

So datanglah ke Dewan Tun Dr. Ismail kat PWTC Kuala Lumpur pada 25 APRIL 2015 jam 10.30 pagi. Datang dan support saya serta novelis-novelis Alaf 21 yang lain dalam majlis tu nanti. 



Di kesempatan ni, saya nak ucapkan ribuah terima kasih pada semuuuuuuuua yang bagi sokongan dan dorongan pada saya selama ni. Terima kasih pada yang beli dan baca novel saya. Terima kasih atas pujian, kritikan, komen, pandangan dan doa. Anda semualah yang membuatkan saya mahu berkarya dan terus berkarya menghasilkan yang terbaik. 

Harapan saya, sokongan dan dorongan anda semua pada saya sampai bila-bila. Tak kira ketika saya sedang di atas atau di bawah. Terima kasih semua.

~end~

No comments: