About Me

Friday, January 15, 2016

...top 5 novelis alaf 21...

serius saya tak sangka tersenarai dalam top 5 novelis alaf 21.
sebab novelis yang lain semuanya otai-otai belaka:

1. aisya sofea
2. anis ayuni
3. damya hanna
4. aleya aneesa

tetiba nama saya yang memenuhi ruangan senarai top 5 tu.
mungkin rezeki menyebelahi saya.
saya difahamkan senarai top 5 ni berdasarkan jualan novel tertinggi.
alhamdulillah...
terima kasih sangat sangat sangaaaat pada yang bagi sokongan dan dorongan pada saya selama ni.
terima kasih banyak-baaaaaaanyakkk yang sudi beli novel-novel saya.
kalau tak ada yang beli, tak adalah saya termasuk dalam senarai tu.
syukur alhamdulillah...

so pada 12 januari 2016 hari tu meeting untuk top 5 novelis alaf 21 diadakan buat pertama kali.
tapi sayang hanya saya, aisya sofea dan damya hanna je yang dapat datang.
anis ayuni dengan aleya aneesa tak dapat hadirkan diri.




banyak yang kami bincangkan masa meeting ni dengan pengurus bahagian novel grup buku karangkraf, encik ali... pengurus designer, rozie... darina selaku assistant designer dan suraya, editor alaf 21.
tapi saya tak boleh nak kongsikan.
sebab ni private & confidential.
rahsia syarikat. 

cuma yang boleh saya katakan ada projek khas yang menggemparkan untuk kami berlima.
nak tau apa... kena la tunggu pengumuman rasmi dari alaf 21, grup buku karangkraf dan kumpulan media karangkraf. 

apa-apa nanti saya akan update.
tolong doakan semuanya berjalan dengan lancar ek?
moga semuanya dipermudahkan.

mudah-mudahan.
aminnn..

~end~


1 comment:

Fyda Noh said...

Tahniah, semoga terus berjaya dalam bidang yang diceburi