About Me

Friday, February 5, 2016

...nak jadi NOVELIS...

tak sangka.. ramai jugak yang nak saya share cara-cara tulis novel. 
ehehee...

so saya akan share cara nak mula menulis step by step. 
step by step ni untuk tulis novel boleh, untuk tulis cerpen pon boleh. 
tapi INGAT..! 
tips ni versi saya yang baru 8 tahun jadi novelis. 
baru ada 7 novel. 
novel ke 8 akan menyusul tak lama lagi. 
insya Allah..
kalau ada kekurangan, harap maafkan la saya.

berdasarkan pengalaman, saya ikhtiar sendiri macam mana nak tulis novel supaya jalan cerita menarik dan cepat siap. 
sebab saya bukan dari bidang sastera. 
pergi bengkel penulisan pun berapa kali je. 
dalam bengkel yang saya pergi tak ada yang khusus ajar step by step ni. 
sebab setiap penulis mesti ada cara memasing. 
dan ini la cara yang saya amalkan sebelum tulis novel.

panjang pulak intro saya ni. 
okey la.. step by step cara nak tulis novel ada 6 semuanya. 
saya mulakan dengan STEP PERTAMA. 
kita belajar sesama ek..? 
sila abaikan bahasa rojak dan pasor saya tu taw. 
kat sini memang perangai saya camni. 
kalau dalam novel elok je saya. 
huhuhuu...

STEP PERTAMA: cari idea cerita.

yang jadi masalah besar setiap penulis nak cari idea. sampai bingung + bengong nak fikir. saya tak pernah tetapkan tema cerita. tema cerita bagi saya akan mengongkong idea saya. padahal dalam 1 novel kita boleh gabungkan macam-macam tema supaya lebih berwarna-warni. so.. macam mana nak cari idea..?

a) pengalaman sendiri – sepanjang kita hidup mesti banyak pengalaman. dalam banyak-banyak pengalaman tu, ambil yang kita rasa sangat menarik je. jangan ambil semua. kalau ambil semua nanti dah macam diari syok sendiri pulak.

b) pengalaman famili – dalam famili kita pun ada cerita yang mungkin boleh kita ambil. kalau tak nak ambil cerita yang jadi dalam famili, kita boleh ambil karakter yang sesuai untuk dijadikan cerita.

c) pengalaman kawan – berapa ramai kawan kita..? lagi ramai kawan, lagi banyak cerita yang kita dapat. biasa la kengkawan ni. cuba perhati perangai sorang-sorang. ada yang ego, banyak mulut, pendiam, sombong, perahsia, baran... pernah tak kaji kenapa kengkawan kita jadi camtu? mesti ada kisah di sebalik kisah. dari situ kita boleh olah jadi cerita yang kita garap sendiri.

d) saudara-mara/jiran tetangga/kenalan media sosial – point yang sama macam (b) dan (c). motifnya sama ada nak cari cerita atau nak dapatkan karakter watak.

e) suratkhabar/majalah – banyak kali saya dapat idea dari bahan ni. contohnya novel sayang awak, sayang. saya baca berita kemalangan 2 keluarga. semua meninggal kecuali sorang. yang hidup tu pulak lumpuh. saya terfikir.. apa jadi dengan yang hidup tu? lalu otak saya mula mereka-reka cerita apa yang berlaku lepas accident tu.

f) novel penulis lain – baca novel-novel yang ada. tak kira la dari penulis lokal atau luar. Ingat ya..? baca novel penulis lain bukan niat nak ciplak. cuma nak dapatkan idea saja. setiap kali baca novel, tanamkan sikap suka menyoal. contoh: kenapa cerita ni tak jadi macam ni, tak jadi macam tu? apasal watak dia macam ni? patutnya watak dia jadi lain. apa jadi kalau cerita ni ditukar jadi macam ni pulak? so, secara tak langsung kita belajar cara nak twist cerita. sejujurnya kalau saya buat novel.. saya cuba elak baca novel novelis lain. sebab saya takut terikut-ikut gaya novelis tu. takut identiti saya hilang. herherr...

g) drama/filem – tonton la apa saja drama atau filem. sama ada cerita melayu, korea, bollywood, hollywood, jepun, taiwan, latin... apa saja. point yang sama macam (f). kita boleh twist cerita tu, amek plot yg menarik, karakter watak, latar tempat... dan macam macam lagi.

dan sekarang kita kena kreatifkan cara berfikir. 
gabungkan senarai idea yang ada. 
contohnya:
-> a + c + e + f + g 

atau
-> b + c + d + f

atau
-> d + e + f + g

atau
-> a + b + c + e + f

so.. amacam..? 
nampaknya dah boleh start cari idea lepas ni. 
saya akan bagi masa cari idea sepanjang cuti chinese new year ni sebelum kita beralih ke step kedua pulak. 
hurmm... apa jadi ek kalau salah seorang penari tarian singa tetiba mati..? kes bunuh ke..? eh! ni dah jadi novel thriller ni. 
hohoo..

anyway.. selamat bercuti. 
Gongxi gongxi..!!

~end~

baca STEP KEDUA klik sini.
baca STEP KETIGA klik sini.
baca STEP KEEMPAT klik sini.
baca STEP KELIMA klik sini.
baca STEP KEENAM klik sini.

No comments: